Tuesday, July 22, 2008

Perlukah Muzakarah ??

Selepas kekalahan besar Pasukan BN didalam Pilihan Raya ke 12 baru baru ini menyebabkan Kerusi Perdana Menteri ibarat seperti "Telur dihujung Tanduk" lebih lebih lagi bila komponen Pasukan Bn itu sendiri ini bermasalah, Bermula dari MCA, Gerakan dan MIC, malah termasuk Umno itu sendiri makin retak akibat penangan kebangkitan Pembangkang dan juga kelemahan Perdana MEnteri itu sendiri

Masalah bertambah lagi bila SAPP cuba bermain api dengan mengeluarkan usul tidak percaya kepada kepimpinan PM. Diikuti juga khabar angin terdapat segelintir Adun dari Sabah yang bercadang untuk "bertukar baju"

Melihat keyakinan rakyat pada pembangkang semakin bertambah maka Pasukan gerak khas BN terpaksa mencari formula baru untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka untuk terus mengkaut dan terus mengkaut keuntungan hasil bumi Malaysia kepada Kaum Kroni mereka dan keluarga mereka.

Pada andaian saya kes liwat DSAI dan Muzakarah Umno Barisan adalah antara Formula untuk mengembalikan cengkaman BN dalam arena politik Malaysia. Kenapa selepas beberapa tahun lamanya memerintah dengan selesa tanpa sebarang kerjasama dengan Pembangkang kenapa kini bila Orang Melayu itu sendiri tidak mempercayai BN atau Umno baru rancangan untuk Muzakarah itu timbul.

Sedangkan masalah kemiskinan tegar, masalah sosial, keugaman itu sendiri telah menghantui negara sejak 10 tahun yang lepas. Kenapa tidak Muzakarah itu diadakan 10 tahun yang lepas? Mengapa cadangan untuk Muzakarah sejurus selepas keputusan Pilihanraya ke 12 ?

Cakap cakap pula mengatakan terdapat pujukan dan sogokan jawatan yang akan diberikan kepada pemimpin PAS sekiranya PAS sedia bergabung dengan BN sehingga jawatan TPM ?Bukankah sogokan itu untuk semata mata memecah-belahkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Begitu juga Gabungan PAS BN mampu menawan kembali Selangor Kedah dan juga Kelantan. Ibarat "Serampang 3 Negeri"

Forum Majlis Peguam yang menyentuh pasal Kontrak Sosial juga antara formula yang dirancangkan untuk menguatkan kan lagi Pisko fikiran Rakyat dan NGO keperluan Muzakarah ini.

Pada saya BN dan UMNO sudah dijangkiti Kanser tahap Kritikal, Rawatan yang terbaik yang perlu dibuat hanyalah potong dan buang saja. Muzakarah antara senjata untuk BN untuk meneruskan memijak PAS terus ditakuk lama, dan sekiranya Muzakarah masih teruskan maka berkemungkinan jangkitan tersebut bole merebak dan menghancurkan PAS.

Monday, July 21, 2008

Tradisi Menipu Rakyat


BN Langsung tidak mahu berubah dan masih lagi mengekalkan dengan slogan Tradisi MembelaNipu Rakyat. Untuk menutup satu penipuan maka siri siri penipuan lagi pula akan digunakan untuk menutup siri penipuan asal.

Bila berita menyiarkan Kerajaan Terengganu membeli Mercedes Benz Kompresor E 200 bernilai hampir Rm 3.45 juta Menteri Besor Terengganu dengan selamba Dog menjawap “Untuk mengurang kos penyelanggaran sebagai contoh kereta Toh Chim Yaw 2 kali selanggara dah kena Rm 50K"..

Bila mendengar jawapan yang separa bodoh, maka rakyat kampung & orang minyak kampong pun termasuk saya hanya mampu tersenggih serupa kerang busuk mendengar jawapan dari seorang MB.


Mungkin MB tahu kat Terengganu tak ramai yang pakai Mercedes Benz E200 so bolehlah kelentong sikit. Wahal rakyat sudah arif yang kereta seumpama ini kalu masuk workshop untuk services saja dah cecah 5 ke 7 ribu belum tukar parts dan angkat engine.

Sepatutnya Toh Chin Yaw tu perlu diservices dahulu sebelum keretanya. Apa ke jadah pakai kereta pun tak tau ?? Bangang Apa? Tu semua duit Rakyat walaupun bukan amik duit royalti.


Tak kala Kami kat bawah sisi nak beli beras pun pikir 2 – 3 kali, Nak isi petrol pun telan air liur, Korang kat atas belanja besar Nampak….

Kalu ko berani cuba parking E 200 tu kat Kemaman aku nak tengok……

Thursday, July 17, 2008

DeMo-KeRaT-SiH

Tadi semasa menonton Telibesen sempat tengok 3Suku rancangan Kelentong utama pukul 8.00 sempat mendengar ulasan dari Ketua Mafia Negara Musa hassan berkata penangkapan DSAI mengikut prosedur prosedur yang betul.

"adalah satu amalan biasa dalam siasatan kes jenayah dan dibuat mengikut proses undang-undang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau berkata adalah menjadi amalan kepada semua pihak termasuk Anwar, selaku tertuduh untuk tampil dan memberikan keterangan bagi membolehkan polis membuat siasatan secara adil.

“Polis tahu apa yang mereka lakukan dan polis hanya jalankan tanggungjawab bagi menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini petang ini dari Brunei.

Kenapa pula DSAI sahaja yang kena waran tangkap ? Sedangkan terdapat beberapa kes termasuk membunuh diatas nama TPM Datuk Najib. Kenapa Najib tidak dilokap untuk satu malam?
Malah Musa Hassan sendiri menpunyai kes jenayah rasuah kenapa tidak ditahan dilokap untuk siasatan ? Malah jenayah kesalahan seksyen mereka ini semuanya perlu ditahan dilokap untuk siasatan lanjut.

Kebanyakan ketua kerajaan malaysia terlibat dan terdapat tuduhan dalam pelbagai jenayah, salah guna kuasa, rasuah maka kemana arah Malaysia ni nak pergi ?

dah kalu Bapak Kencing berdiri tak hairan anak Kencing Belari

Wednesday, July 16, 2008

Pengeluaran KWSP.

Tahukah andasekiranya anda mengeluarkan wang dari KWSP untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan terdapat satu tanda tanya kemana wang anda disimpan selepas pengeluran tersebut diluluskan.

Sekiranya anda membuat pengeluaran perumahan untuk membayar ansuran bulanan sebagai contoh anda perlu membayar 500 kepada bank A maka sekiranya 12 bulan anda perlu membayar Rm 6000. Dan selepas permohonan pengeluaran KWSP diluluskan duit anda sebanyak Rm 6000 dikeluarkan dari KWSP dan Pihak KWSP hanya membayar kepada ahli Rm 500 setiap bulan untuk bayaran pinjaman perumahan bank dan BUKAN lump sum Rm 6000 kepada bank.

Persoalan sekarang kemana duit Rm 6000 tersebut disimpan sebelum bayaran bulanan untuk bulan berikutnya??

Sekiranya terdapat 1000 orang membuat pengeluaran ini maka rm 6juta akan disimpan di akaun sapa ??

KWSP dapat "melarikan diri" dari membayar dividen tahunan untuk amount ini dan akaun siapa pula yang bertuah mendapat Intrest durian Runtuh ??

Yang pasti pencarum juga yang terNGANGA........

Tuesday, July 15, 2008

Menyampah dan yang Paling menyampah

Dalam hidup aku pekara yang paling aku menyampah dan benci sekali ialah
bila ada orang call aku guna "Private Number" especially pihak bank yang kejar bayaran kad kredit dan loan bank.

Biasanya kalu Private number ni aku malas nak layan sangat biasanya aku tak angkat
biarkan dia call. Aku pernah komplen kat customer services yang aku takkan angkat kalu lu orang guna private number. Tapi tiada apa apa perubahan. Kadang kadang 5 ke 6 kali miss call dari Private Number lepas tu siap dia orang call rumah aku pulak.
Menyampahnyeeee....

Satu lagi yang paling menyampah ialah bila syarikat insuran call yang jual cheap insuran. Jenis insuran ni yang terus potong kad kredit. Amount dalam rm 15 ke atas. Walaupun nampak kecik tetapi entah aku tak berkenan. Dia punya telemarketing tu orang siap ucap tahniah dan aku dikira bertuah kerana terpilih menyertai program insuran mereka. Apa yang bertuah aku pun tak tau bukan kad bapak mereka yang dia orang swipe untuk bayaran bulanan.

Yang boringnya bila Bank pembekal Kad Kredit yang pass pass kan no HP aku kat dia group telemarketing ini.

Dua dua kegiatan dikira HALAL oleh Bank Negara kerana aku pernah membuat aduan kepada bank tersebut dan juga kepada Bapak Bank iaitu Bank Negara tetapi malangnya tiada tindakan

Friday, July 11, 2008

Piper Alpha satu pengajaran

Bila para pekerja offshore pergi mengikuti course Safety training semestinya akan ditayangkan sebuah documentary "The worst oil rig disaster"
Dalam kejadian kemalangan di Platform Piper Alpha yang terletak di Scotland ini berlaku pada 6/July/1988. Dalam kejadian tersebut dari 167 orang mati sementara 60 terselemat. Kejadian ini mengambil masa 13 tahun untuk menlengkap segala siasatan dan tuntutan insuran. Diangarkan kira kira 3.4 Billion dituntut dari syarikat Insuran.



Pengajaraan dari kemalangan tersebut antaranya ialah
1. Kegagalan sistem management yang menyelengarakan pelantar
2. Tiada Komunakasi yang baik antara semua petugas juga antara Pelantar bersebelahan
3. Sikap pekerja yang lambat bertindak walaupun mengetahui terdapat letupan
4. Tiada latihan yang secukupnya diberi kepada pekerja.

Mengambil kira dengan sistem pemerintahan diMalaysia maka oleh dikira mempunyai bersamaan dimana
1. Banyak kegagalan sistem management - {Sistem Pemerintahan}
Banyak plan tindakan, Koridor, tidak dilakukan dengan kajian yang sempurna dan mendatangkan pelbagai kemuskyilan kepada rakyat

2. Komunakasi yang tidak baik antara semua komponan parti BN
Siapa yang mendengar cakap PM Malaysia ?? cakap yang berbelit dan juga putar belit begitu juga dengan ahli UMno/BN sendiri tiada respek dekan PM

3. Sikap rakyat yang sambil lewa dalam menangani masalah semasa
Rakyat tidak pernah bersungguh sungguh menberi tekanan kepada kerajaan

Apakah bila PM bla dari jawatan PM pada tahun 2010 keadaan Malaysia masih seperti sekarang atau Tenat atau hancur seperti mana Platfrom Piper Alpha ???

Jalan Jalan Lagi

Masih lagi letih.....
Setelah pulang dari Genting brainstorming session terpaksa pergi ke Batu Pahat untuk menghantar Anak Buah masuk "U" selepas itu bermalam di Parit Jamil Muar 2 malam (Dah lama tak balik ke rumah atuk muar) singgah kat Tangkak melayan isteri membeli kain dan tempah langsir untuk Persiapan Raya tahun ni, sebelum baik keKemaman. Masuk Office boh beritau kena pergi Refresher course untuk offshore safety training kat Kelana Jaya travel lagi seorang diri ke KL untuk course 3 hari. Hari ni pulak kena pergi ke Imigration Kuantan pulak untuk settle kan masalah passport wife.

Next week kena pergi ke Offshore pulak ...

Takpe lah dah kerja sebagai Kuli dengan syarikat orang ikut jelah........

Tuesday, July 1, 2008

Still kickin alive.....

Hari ni baru kembali ke Kemaman, Minggu lepas berada kat Genting kerana ada program "Brain Storming session" Program ni semacam kira dera otak untuk menerima pembahruan dan perubahan dalam syarikat. Management juga berfikir dengan program ini Buluh masih bole di lendur walaupun dah lanjut usia.. Nak buat cam mana dah terpaksa. So apa apa pun kita orang happy kat Program tu walau pun tersenguk senguk akibat Mengantuk menonton bola final Jerman VS Spain....
Antara berita berita sensasi masa kat sana
Cerita sensasi pasal Lawak bodoh bila ada dakwaan Liwat keatas DSAI
Pasal Match booking EURO final
Pemuda MIC letak jawatan
Presiden & timbalan presiden MCA tidak mahu bertanding untuk jawatan

Apa apa pun nanti kita tengok apa akan jadi... Miss pulak lawatan sambil berdemo ke KL pada 5/julai/08 nanti kerana ada program lain...

Tekan

Tekan