Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari lahir Habeeba

27.September.2008.
Selamat Hari Lahir yang ke 2 untuk anak perempuan kesayangan saya Beeba




P/S Penyiaran gambar diatas mengakibatkan rasa kurang senang terhadap abangnya kerana saya tidak menyiarkan gambar sedemikian semasa Hari Lahirnya yang ke 8 bulan lepas. Abangnya telah melancarkan serangan peribadi keatas Papanya akibat penyiaran gambar adiknya..
-----------------------
P/SS . Rakan blogger Aeropama.com juga maraikan hari lahirnya sama dengan anak saya pada hari ini. Saya mengambil kesempatan Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur & mencapai apa yang dihajati olehnya. Amin

Thursday, September 25, 2008

Bila Rakyat Sudsidi KERAjaan

Semasa harga minyak mentah meningkat naik dan terus naik. Kerajaan terpaksa menaikan harga minyak petrol dan diesel sehingga satu masa harga Petrol mencecah Rm2.70. Rata rata dirakyat jajah minda mereka dengan kenaikan global minyak di pasaran dan menstruktur kembali subsidi. Kalau masa tu kita baca akhbar, tengok Tv atau wawancara semua Menteri MKU (menteri Kurang Upaya) tidak putus putus menahankan keputusan kerajaan pasal kenaikan minyak.

Tapi pada hari ini seperti kata Menteri MKU dan perkiraan mereka boleh dilihat seperti dibawah :

Harga Minyak Global USD 104.55 Barrel
Tukaran Ringgit USD 1.00 = Rm 3.42
Harga Minyak Malaysia Rm 104.55 X Rm 3.42
Bersamaan Rm 357.56/barrel = Rm 2.25/Ltr
(Barrel / Tong = 159 Ltr)

Sekiranya Minyak diMalaysia KERAjaan memberi Subsidi sebanyak Rm 0.30 maka harga minyak selepas subsidi ialah Rm 1.95 sahaja
Maka saya tidak pasti sama ada KERAjaan memberi rakyat Malaysia Subdisi Rm 0.30 atau
Rakyat Malaysia yang memberi Kepada KERAjaan Subsidi Rm 0.25 mengikut harga minyak

Harga Minyak Pada Hari Ini 2.50/Ltr 2.40/ltr



Maka bermula satu lagi episod Pak Menteri MKU bakal memberi fakta fakta yang merapu + menipu untuk mencairkan tahi telinga rakyat.

HATI SAYA CEDERA


Hati saya cedera kerana :-

1. Saya percaya kepada Allah S.W.T tetapi saya tidak menurut PerintahNya

2. Saya percaya kepada Rasullulah S.A.W tetapi saya tidak menurut sunnahnya

3. Saya Baca Al Quran tetapi saya tidak mengamal nya

4. Saya terima nikmat Allah tetapi saya tidak pernah bersyukur

5. Saya tahu kewujudan syaitan tetapi saya tidak pernah melawannya

6. Saya ingin ke surga Allah tetapi saya tidak berusaha kearahnya kebaikan

7. Saya tidak ingin ke Neraka tetapi saya tidak pernah melawan kemungkaran

8. Saya tunjuk kesalahan orang lain tetapi saya tidak nampak kesalahan saya

9. Saya tahu saya akan ditaman bila mati tetapi saya tidak pernah mengambil iktibar darinya

Ya Allah dimanakah saya berada?
Ya Allah adakah aku berlindung dibawah rahmatMu
atau aku jauh tersimpang dari jalanMu..............

Wednesday, September 24, 2008

AKU KAYO ??

Masa bukak gmail tadi terkejut ada satu sms "unclaimed prized" Baca punya baca wow! terkejut siamang kejap aku menang lottery USD 33,000,000.00. Wah kalu tukar ke Malaysian Ringgit mau jadi Billion air kot....

Sebenarnya mungkin ramai yang dapat email sebegitu. Ini satu taktik penipuan yang berleluasa di peringkat antarabangsa pada masa ini. Sebelum ini mungkin kita pernah terima SMS menang peraduan SIM Kad Maxis, Peraduan Petronas, Peraduan AF. Kebiasaan modus Operandi meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk clearance atau private courier melalui Western Union sebelum cek tersebut dihantar ke Malaysia. Selepas menbalas email mereka akan menelipon kita dengan pelbagai soalan seolah olah sebagai soalan sekuriti. Dan secara ringkasnya fahamlah wahai mangsa setelah anda membayar wang kepada mereka, so completelah pusingan PENIPUAN mereka. dengan erti kata You Being Cheated.

Selain dari itu pelbagai lagi operasi penipuan peringkat antarabangsa yang berlaku seperti membawa bungkusan, menerima bungkusan dari luar negara, Black money, etc.

Mungkin untuk mencari sumber kewangan alternetif atau menambah sumber kewangan sesetengah individu terperangkap dengan sendikit seperti ini. Nama nama seperti Raja Munirah, Umi Azlim, Ringgo, Siti Aisyah mungkin sebagai satu pengajaran bahawa mengejar wang ringgit cara sebegini bukan jalan penyelesaian bagi masalah kewangan

Pesta pemberian Wang Ehsan


Pagi tadi masa keluar ke bandar untuk urusan bank ter sangkut kejap kat bandar Kemaman
Kenapa jem ni kat bandar kemaman ?
Oh rupanya ada pemberian Wang Ehsan rupanya kat Dewan Diraja Sri Amar rupanya....
Lepak kejap tengok kerenah penerima Wang Ehsan....

Scene 1.
Tengok brader Pakai kereta wira, Sport Rim 15, Ekzos Sport, spoiler, pun amik wang ehsan..

Scene 2.
Makcik jalan berlenggang lenggok Rantai Emas, Gelang Emas ala ala Mami Jarum pun amik wang ehsan....

Scene 3.
Alamak member aku, Jeans Levis 505 Ori, Spec Rayban, Baju Renoma, pun angkat wang ehsan.
Jalan tunduk2 malu kot ... Sampai opis siap ko...

Scene 4.
Tengok macam penyokong pembangkang je... Takkan amik jugak wang Ehsan.

Scene 5.
Macam ahli keluarga Ketua Bahagian je.. Opss.. mungin ada borang lebih....

Ehm.. Begitulah kerenah para penerima penerima wang Ehsan layak atau tidak hanya empunya diri sahaja yang tau. Begitu juga dengan cara pembahagian kalau jujur cara pemberian maka jujurlah tapi kalu kronisme maka konarlah pemberian.
Begitulah antara salah satu acara tahunan bagi kerajaaan BN terengganu
Pesta pemberian Wang Ehsan.

Before & After Marriage

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.

Now after the marriage
Sila baca dari bawah ke atas .. !!!!

Tuesday, September 23, 2008

5 Tip JANGAN semasa Tidur

1) JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM
Jam mampu memancarkan sejumlah Radioaktif.
Walaupun kecil tetapi memakai jam jangkamasa lama semasa tidur bole menghasilkan effects jangkamasa panjang terhadap kesihatan anda.

2) JANGAN TIDUR DENGAN HANDPHONE
Meletakan HP berhampiran anda semasa tidur tidak walaupun mengunakan HP sebagai Alarm. Kajian membuktikan semua barangan elektrik termasuk HP bole memancarkan gelombang magnet semasa ianya ON. Gelombang ini memberi kesan kepada sistem pendarahan manusia

3) JANGAN TIDUR TANPA REMOVE MAKE UP
Sesetengah wanita selalu tidor tanpa membuang makeup selalunya menghadapi masalah kulit pada jangka masa panjang. Tidur dengan make up juga memganggu kulit mengeluarkan peluh dan proses menbuang kekotoran. Anda juga memerlukan masa yang lama untuk tidur lena

4) JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA
Saintis Amerika mengatakan sesiapa yang tidur memakai bra dalam jangka masa 12 jam atau lebih mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Barah. Sekiranyatidur untuk jangkamasa lama jangan memakai BRA

5) JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI / ISTERI ORANG
Anda mungkin "tidak" bangun keesokan hari lagi!!!!

Kasih Sayang Sebelum / Lepas kahwin

Kisah sekumpulan gadis sedang bersembang sembang

Watak
1. Gadis 26 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang
2. Gadis 24 tahun bujang (sedang dilamun cinta)
3. Wanita Berusia 35 - 38 tahun berkahwin dan mempunyai ? orang
4. Aku (Spy Leman)

Gadis Kahwin : Shim ko tak jual prepaid sekarang ?
Aku : Skarang ni kurang sambutan dah lepas ko kahwin jualan top up aku merosot. Skarang ni cuma *Nama* (si Anak dara) je yang beli tu pun tak banyak.
Gadis Kahwin : Ye la sekarang aku pakai pun tak banyak sebulan cuma 10 - 20 ringit je
Gadis Bujang : Ketawa sambil menaip SMS mungkin dari pakwenya. I pakai tak banyak sebab si dia tolong top upkan..

Aku : Dulu ko punya belian Top up mencecah ratusan ringgit kayo aku kejap.

Gadis Kahwin : Ya la tu dulu masa belum kahwin si hubby aku tu sebelum kahwin kejap kejap sms kejap kejap sms, satu hari sampai 40 - 50 sms dari dia. Kalau dulu aku tanya dia .. dia reply dari hujung kaki ke hujung rambut dia SMS sampai letih aku membaca. tapi skarang 3 - 4 kali aku sms dia cuma reply "K" tak sakit hati bakpe?

Gadis Bujang : Ye ke ?

Gadis Kahwin : Kalau dulu masa lunch dia ditanya " Yang U nak makan apa" Skarang ni apa dia tapau makan aje, Jangan banyak tanya nanti dia jawab "Beli Mujur". Dulu kejap kejap Lap You kejap kejap Miss You, pergi toilet keluar dah miss you dah... Skarang nak cakap I Lap you pun tergagap gagap.

Aku : Hek Ellleh ko bohong kot aku tengok *Name* (Suami) Ok je...
Gadis Bujang : Ye la tengok dia pun Romantis gitu....

Gadis Kahwin : Memang ko akan sokong lelaki... Aku dengan dia ok happy lagi cuma aku hairan kenapa lelaki selepas kahwin berubah begitu sekali .....

Wanita : Aleh .... dia dah dapat apa yang dia nak (cuba force kearah mengapi api kan perbualan)
Saya beredar dari tempat kejadian dengan 4 ribu soalan. Kenapa lelaki berubah selepas berkahwin ? Apakah sayang & caring Hormon berkurangan selepas berkahwin? Korang perasan tak sesetengah suami bawak kereta anak duduk sebelah wife kat mana ? kat belakang beb... Ingat Mem besar ke ?
Kawan aku kalu wife dia call jawapan " Em... Em.... Arh? .... Em Em.. cut the phone ... tapi kalu aweks call biar pun tungggakan kad kredit punya call " Hello ... ye saya .. baiklah ... saya cuba .... ok .... bye..... Apakah Faktor wanita telah menguasai diri suami sehingga Lelaki hilang caring and romance lepas kahwin ??

Aku tidak pasti pasal aku kerana aku tidak bercinta dengan wife aku. Kenal pun lepas angkat nikah... Semua diaturkan oleh Orang Tua aku. Makin lama aku kenal dia makin dalam cinta aku rasanya...... Hopefully forever !
(Mungkin kat catitan di atas kerana wife aku berada kat belakang aku ni sekarang?????)

Kurangkan paras Gula dalam Darah

Pememuan terbaru oleh para scientists di Bangalore India menemui Air Kencing Lembu bole mengurangkan paras gula dalam darah.

Kajian oleh Professor K Jayakumar dari Government Veterinary College Bangalore mengatakan Air Kencing Lembu menpunyai anti-diabetic properties.

Bercakap kepada pemberita .......

http://in.news.yahoo.com/ani/20080607/r_t_ani_nl_nri/tnl-cow-urine-as-anti-diabetic-drug-d03182a.html




P/S
Jangan pulak ada yang pergi tadah air kencing lembu untuk mengubat penyakit kencing manis

Saturday, September 20, 2008

Bagaimana Kemiskinan Tegar hendak dihapuskan ?

Suka saya melihat surat jawapan dari DBKL terhadap surat permohonan daripada Dr Lo Lo Adun Titiwangsa yang memohon supaya dapat salinan Nama penduduk Titiwangsa yang mendapat bantuan. Berita asal dari http://muslimeen-united.blogspot.com/2008/09/dbkl-halang-dr-lolo-bantu-rakyat-miskin.html


Cakap berapi berapi hendak membasmi kemiskinan tegar. Baru mintak nama nak top up jumlah bantuan. Terus nama senarai penerima bantuan dah jadi Rahsia. dalam erti kata "In nama gua cari punya lu mau lu cari sendiri"
Salahke sekiranya Dua Agensi memberi tumpuan hanya terhadap satu senarai nama dan berusaha agar nama nama tersebut dapat dikeluarkan dari list penerima bantuan??

Bagi saya yang bukan bertaraf menteri Lebih baik satu senarai saja yang wujud dan semua Agensi terlibat berusaha memberi bantuan agar kemiskinan dapat ditangani secara effektif.

Atau mungkinkah Agensi Kerajaan takut sekiranya Penerima Bantuan terima dari Adun pembangkang maka next election undi mereka akan bertukar ??

Macam mana mau maju bantuan kepada rakyat miskin pun ada kronisme

Friday, September 19, 2008

Tingkat keupayaan Otak Anda

10 Panduan untuk meningkatkan keupayaan Otak Manusia
melalui permakanan, senaman, rehat yang cukup dan juga latihan kepada otak



Mungkin klip ini berguna kepada Menteri - Menteri kita yang mengalami sindrom MKU
(Menteri Kurang Upaya)

What Kind of Sleep you are

Semasa browse web site tadi tengok ada gambar ni, Menarik pulak tips ini. Ada persamaan dengan saya melihat gambar cara saya tido. Tapi kalau yang "buas" tidor pelbagai pesen mungkin bole diketagorikan sebagai "Multiple Personality Disorder"








Wednesday, September 17, 2008

Mengapa Abdullah Memilih Kementerian Pertahanan?

Sekitar tengahhari tadi satu sidang media dibuat atas pertukaran suka sama suka diantara PM dengan TPM, tetapi ianya BUKAN untuk jawatan Perdana Menteri tetapi untuk jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan. untuk berita sila klik Malaysiakini

Bila dilihat Negara luar Kebiasaannya Perdana Menteri atau Presiden yang tidak begitu kuat atau kepimpinan yang lemah, Kementerian Pertahanan biasanya dijawat oleh Perdana Menteri atau Presiden. kemungkinan takut akan berlaku Rampasan Kuasa. Tetapi saya tidak nampak Rampasan Kuasa Tentera akan berlaku tetapi apa yang saya sedikit khuatirkan ialah pengunaaan ketenteraan dalan menangani masalah samaada Huru Hara atau Darurat atau sebarang berkemungkinan.

Orang akan berkata saya terlalu fanatik tak bolehke memimikirkan sedikit yang positif terhadap Pak Lah?? tetapi memikirkan satu yang positif dalam kerajaan Pak Lah adalah sesuatu yang Mustahil. dari siri siri pembohongannya untuk terus Kekal menjadi Pm.

Saya doakan agar pertukaran suka sama suka ini seperti kata PM proses peralihan kuasa dan bukannya sebagai mengunakan ketenteraan bagi menangani masalah ketidakstablian Politik Malaysia.

Wassalam ..
Negative Thinking

Monday, September 15, 2008

Use My Illusion

Hashimhabeed : Salam Dato Hamid Albar
Syed Hamid : Apa hal ni ?
Hashimhabeed : Kecoh kat luar Kenapa 3 orang di Tangkap dibawah Akta ISA ?
Syed Hamid : Mereka tu mengancam dalam negara kita
Hashimhabeed : OOoo.... Aik kenapa pulak dibebaskan ???
Syed Hamid : Ooo Yang tu pasal kita mengambil langkah perlindungan bagi menjamin keselamatannya.

hashimhabeed : Hari tu ada budak ni complaint jugak pasal keselamatannya terancam kenapa tak tahan dia bawah akta ISA ??

Syed Hamid : Banyak bertanya budak ni skali aku "Lesingkan" baru tau

Dailog seterusnya bole tengok cerita Tamil atau Hindustan kerana belitnya lebih teruk dari filem tamil & Hindustan


Best Stunt Of the Yr - Tamil Movie - The top video clips of the week are here

Bila ISLAM semakin Maju

Teringat dulu dulu semasa ke saya mula mula bekerja, Berhampiran syarikat tersebut ada sebuah Gerai yang memberi services "Tapau" makanan disepanjang bulan Puasa kepada umat islam. Rata rata pembeli terdiri dari pekerja yang mengunakan tenaga dan mereka yang mengaku mengalami sakit Gastirk.
Kegiataan ini biasanya dilakukan secara sembunyi sembunyi akibat takut orang melihat atau ditangkap oleh Jabatan Agama Islam dan dibawa berarak menaiki Van Mayat .... Tapi itu satu suatu masa dahulu kira kira 15 tahun lepas

Hari Jumaat lepas sempat ke KL untuk sediikit urusan peribadi, singgah bebberapa tempat famous sekitar Damansara. Agak terharu melihat pemuda, dan segelintir Warga ISLAM tanpa segan silu mimum diStarBuck, CofeeBean, Strudle.. Entahlah saya pun tak tahu nak kata apa tengok mula Melayu, cakap melayu, angkat telipon jawap salam tapi sikit pun tiada perasaan malu makan dikhalayak ramai...

Jabatan Agama Islam pula mungkin sibuk dengan pelbagai kes kes lain yang lebih sensasi sehingga gagal menjalankan kerja kerja mereka. Janganlah hanya warung warung tepi jalan diambush sekali sekala naiklah ke tempat high klass sikit

atau mungkin juga kerana Islam sudah berkembang dengan majunya........

Saturday, September 13, 2008

Siapa Tekan ESD Button



Semua pekerja dipelantar mengenali ESD Button, ESD atau Emergency Shutdown Button adalah satu button yang digunakan ketika mana mana pelantar mengalami masalah teknikal, antaranya kebocoran gas atau minyak, kebakaran, letupan dal lain masalah,
Dan kebiasaannya sekiranya ESB button ditekan biasanya siren kecemasan akan bebunyi dan semua pekerja pelantar dikehendaki abandon platform menakala DCT team akan mengawal keadaan.
Pernah juga pekerja dihantar pulang first chopper (istilah O&G) akibat gatal tangan tekan ESB Button.

Tetapi agak malang bagi bagi Rakyat Malaysia apabila kerajaan BN juga mengunakan ESD button yakni AKTA ISA untuk menyelamatkan kerajaan yang pincang dan hampir binasa. Kedegilan PM mengundurkan diri walaupun kalah teruk dalam PRU baru baru ini, kes timbalannya yang melibatkan jurubahasa dari Mongolia, adalah detik detik keruntuhan kerajaan BN. Kritikan terbuka dari pemimpin UMNO itu sendiri keatas kepimpinan PM, Kes kes berprofile tinggi yang disiar di laman blog adalah faktor BN terpaksa menekan buton ESD,

Semalam sahaja 3 orang kuat pembangkang ditahan dibawah AKTA ISA menampakkan semakin buruk perangai kerajaan BN. Rakyat yang dulunya tidak tahu pun mula menjadi cuak atas Kerajaan.

Adakah Buttan ESD ditekan kerana hari 16 Sept Semakin Hampir ?
Siapa kah yang menekan panic button ini ?? Pak Lah ? Najib ?? atau Khairy ??? atau menteri bersongkok tinggi ????

N/B -> sekiranya yang wartawan Sin Chew ditahan dibawah Akta ISA, Kenapa yang mengeluaran kata kata tersebut hanya dihukum digugurkan dari UMNO.... Hairan bin Ajaib

Tuesday, September 9, 2008

Alahai Adun Rembau.



Petikan berita diatas dari akhbar The Star semalam. Agak lucu bila Adun Rembau Si KJ meminta Pakatan mengantung Dua Adun Perak akibat Rasuah. Mungkin gambar diatas sedikit blur tetapi untuk berita yang lebih jelas SINI

Haha Ha Ha Ha lawak lawak sungguh budak ni.... Apa ko tak sedar dekat nogeri ko tu jang ada satu Dearah bernamo Lenggeng. Adun nyo bernamo En Mustapa Salim to engko tak konal ko Jang. Budak ini jugo terlibat dalam kes kes cam tu apo ko tak sedo ko ??. Ko kobar kat Pak Mertuo engko suruh gantung budak to dulu sebelom ko poi tengok masalah nogeri Perok.
ALAHAI JANG.... APO KONO ENGKO E JANG

Monday, September 8, 2008

Sekitar Lawatan Sambil Belajar Para MP

Tadi masa menonton Berita Bernama TER rasa sedikit musykil pasal para para MP bersetuju pergi melancung sambil belajar ke suatu tempat yang dirahsiakan.

Teringat saya masa Zaman sekolah dulu semasa pergi rombongan sambil belajar Guru semestinya memberi satu surat kebenaran menyatakan tempat lawatan tujuan nama dan no telepon guru sekiranya kecemasan yang perlu diisi oleh penjaga sekiranya murid murid pergi kelawatan sambil belajar. Tak pernah pula tempat lawatan di rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa.

Begitu juga selepas bergelar Suami sekiranya hendak pergi lawatan sambil belajar ke luar negara seharusnya mendapat mandat dari Isteri baru bole pergi... Kalau isteri dengar aje pergi Batam atau Thailand mau perang besar dulu sebelum keizinan diberi.

Tapi agak pelik bin ajaib bila Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menganjurkan lawatan sambil belajar yang tak pernah dibuatnya sebelum ni, dengan tempat yang dirahsiakan pula.
Katanya lagi ianya berkaitan dengan perbangunan Pertanian, kenapa pulak tak bawak menteri Asas Tani ??

Ada pula tin tin kosong berbunyi. Tujuan lawatan melarikan para para MP dari membuat Lompat Kijang atau lompat katak pada 16 Sept, maka ianya hanya bertujuan menyelamatkan Pak Lah dari turun kerusi PM.

Dan bagi saya perbuatan ini bole dikategori sebagai Jenayah Rasuah Klik untuk Definisi Rasuah

Entahlah apa lagi nak jadi semakin lama semakin haru biru kacau bilau aku dibuatnya
apa apa pun aku nak layan lagu scorpion lagi lah.......

Sunday, September 7, 2008

Layan lagu Skit.....

Aku feel something is going to change this coming 16th September
So aku nak layan lagu Scorpion Wind of change sekejap.
Kalau translate bahasa Melayu dah jadi Angin Perubahan..
Mungkin sama kot Perubahan dari Kerajaan PAklah kepada Kerajaan Rakyat



Wind of change

I follow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change
An August summer night
Soldiers passing by
Listening to the wind of change

The world is closing in
Did you ever think
That we could be so close, like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever
I folow the Moskva
Down to Gorky Park
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

The wind of change
Blows straight into the face of time
Like a stormwind that will ring the freedom bell
For peace of mind
Let your balalaika sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
in the wind of change

Tuesday, September 2, 2008

Sekiranya 16 Sept Menjadi Kenyataan

Sekiranya 16 Sept menjadi Kenyataan maka sebagai Rakyat saya memohon agar
permintaan permintaan berikut di teliti dan menohon jasa baik Kerajaan Baru
meneliti sedalam dalamnya permintaan berikut

1. Mengumumkan 16 Sept adalah Cuti Umum bagi Rakyat Malaysia
2. Membentangkan kembali Belanjawan baru. Tidak ingin "belanjawan Chewing Gum"
3. Mengantung permit akhbar Utusan Meloya & Berita Harian kerana menyembunyi kebenaran
4. Menggantung Media pro Kerajaan Hadhari TV1,Tv2, TV3
5. Tiada lagi syarikat atau badan korporat Monopoli
6. Post Mortem Polis/ BPR /SPR
7. Badan Bebas menyiasat kerajaan Hadhari dan penyelewengan dibawa ke muka pengadilan
8. Menghapuskan I.S.A
9. Mengembalikan sistem pemerintahan yang adil dan saksama.(Badan Kehakiman)
10.Mengkaji kembali harga barangan kawalan dan mencadangkan harga yang benar benar logik

Semoga 16 Sept menjadi kenyataan dan Para para penjenayah yang telah dikenal pasti dibawa kemuka pengadilan. Insyaallah

Tekan

Tekan