Wednesday, April 20, 2011

Tibe tibe ......

tibe tibe terfikir hendak menulis balik di blog
tibe tibe masuk ke blog hashimhabeed.aeropama.com
tibe tibe terperasaan bahawa blog tu dah pun terpadam
tibe tibe teringat balik ke blog haprak ni
tibe tibe terfikir hendak update balik blog ni
tibe tibe semangat berkobar kobar untuk kembali berkongsi fikiran dgn blogger otai diluar sana

Wednesday, October 22, 2008

Akhirnya



Setelah beberapa hari menjalankan kerja kerja mencari gali, mengodeh2 copy paste dan meminta tunjuk ajar dari Sifu Wordpress Aeropama akhirnya saya akan memulakan kerja kerja membuat entri dari Wordpress pula. setting dah buat, pluggin ada lagi yang kena masuk, layout lebih kurang dah buat so apa lagi berpindah je



so saya akan stat berWorpPress dari

http://hashimhabeed.aeropama.com

Semua yang pernah datang ke sini / terpaksa datang, termasuk kesini dipersilakan ke sana dan saya mengalu alukan sebarang positive atau negative komen

SALAM

Monday, October 20, 2008

MANIFESTO CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG

Melihat Akhbar, Berita semasa sepanjang minggu lepas bulan lepas rata rata berkisar tentang Pembunuhan kejam, Rompakan Bersenjata, Tembak Menembak, Tetak Menetak, Tikam menikam rogol merogol dan macam macam lagi kejadian yang semacam dah dalam filem orang putih



Teringat pula saya janji BN semasa pilihanraya lepas. Manifesto AMAN SELAMAT, MAKMUR hanya tinggal janji kosong. Paling sedih apabila seorang perogol aka pembunuh kejam terlepas hukuman mati di tali gantung atas kekurangan bahan si pendakwaraya.

PSS. Mungkin PM Sibuk dengan menjaga kerusinya yang masih blum SELAMAT, kedudukan yang blum AMAN, dan partinya yang tidak MAKMUR

Problem


Saya terpaksa kembali berblog dari sini kerana saya akui agak sukar untuk menukar banyak setting dati wordpress. Saya akui kata kata Lochee yang wordpress memang bukan user friendly. Wordpress memang mudah untuk membuat entri dari tetapi untuk tukar theme agak sukar.
Masa download FTP.exe file 2 kali aku dapati PC aku ada problem dijangkiti Virus yang pertama PC Auto Shutdown yang Kedua Excel aku tiba tiba ada password.

Entahlah esok aku try chat dengan Syam find out more....

Wednesday, October 15, 2008

TESTING


http://hashimhabeed.aeropama.com/

Memandangkan saya mendapat Ruang hosting 100 MB + aplikasi Wordpress siap dipasang + basic plugins + subdomain di bawah Aeropama Dot Com sebagai hadiah dalam peraduan dan sebagai tempoh percubaan saya akan berposting dari sana. Nampak gaya membuat entri dari Wordpress nampak senang dan sedikit user friendly. Tetapi untuk setting Templates & other application sedikit complicated. Nanti saya cuba mengoogle atau tanya sifu Aeropama.com

Sunday, October 12, 2008

Aku Menang

Salam sejahtera wahai peserta pertandingan yang aku anjurkan,
Untuk pengetahuan tuan/puan, kau semua adalah pemenang bagi pertandingan ini. Jadi kau layak untuk terima hadiah seperti berikut:

- Ruang hosting 100 MB + aplikasi Wordpress siap dipasang + basic plugins + subdomain di bawah Aeropama Dot Com + 1 akaun emel berkapasiti 50 MB juga di bawah domain Aeropama dot com.

- 1 akaun FTP untuk akses & maintain ruangan hosting.
Jadi sekarang aku perlukan beberapa maklumat dari kau untuk melancarkan proses pemberian hadiah:

1. Berikan aku alamat email yang kau ingin gunakan untuk aplikasi Wordpress di ruangan hosting aku

2. Nama subdomain pilihan kau. Contoh, jika kau mahu guna subdomain 'aku kool', maka URL blog kau akan berupa begini ---> http://akukool.aeropama.com

Kepada yang tidak tahu menggunakan Wordpress & FTP, jangan risau. Aku akan sediakan satu manual selengkap mungkin untuk kau rujuk.

Proses untuk aku setup Wordpress mungkin akan ambil masa 2 hari - seminggu bergantung pada keadaan. .......

cheers,
syam @ http://aeropama.com
/
----------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulilah Berkat Kemuraham hati Tuan Punya blog aeropama.com yang menganjurkan & menaja Hadiah diatas ..

Thursday, October 9, 2008

Nasihat Dari Bakal PM

Tepat pukul 8.03 Malam tadi sempat dengar berita TB Tree ucapan bakal PM Najib yang ramai oramg berkata kepadanya mengapa dia terus setia kepada Presiden kenapa tidak dia menentang Presiden lebih kurang begitulah nada suaranya.

P/SS
Jadi saya pun terpikir sama ada Najib ni cakap pasal dia dengan Paklah atau warning kepada orang bawahannya jangan sekali sekali lawan tokey... Sebab sekarang dia bakal jadi Tokey Besar.
Nasihat yang mempunyai serampang 2 mata .......... Mungkin


Gambar yang selalu saya guna masa brainstorm offshore crew

Wednesday, October 8, 2008

Lambatnya Masa Bergerak


Rata rata semua dah pulang bercuti dari kampung halaman selepas beraya & memulakan kerja masing masing. Selepas satu atau dua hari bercerita tentang kampung halaman kemeriahan raya semasa waktu kerja kini mereka kembali memulakan seharian mereka dengan muka yang kelat dan masam.

Bagi mereka yang bekerja baik sudah berkeluarga atau bujang masa berlalu agak perlahan untuk melepasi minggu ketiga atau keempat dimana Gaji bulan 10 Masuk. Kalau tengok kat Bank atau ATM mesin atau CDM machine dah naik berdebu sebab tak ada orang nak draw atau masuk duit. Tapi bagi kaunter ASB tu banyak sikit pelanggannya mengisi borang kaler Merah. Begitu juga Bank Rakyat juga sesak sedikit dari biasa bagi Kaunter Ah Rahnu..

Waktu Lunch pula agak bernasib baik kerana ada para "dermawan" dan "hartawan" yang mambawa kuih raya ke pejabat untuk dijamah bersama sama. Kalau nasib ada "ong" pergi jamuan raya supplier atau kontraktor... Syukur..

Bagi Para isteri Buat sementara waktu tidak berani bercerita pasal langsir raya baru, kasut raya baru, atau Perabut Raya Baru takut mungkin terima Tendangan Kung Fu dari pihak Suami. Kalau yang terover bugget semasa hari raya dek serangan pengumpul2 duit raya yang menganas, Mungkin sedikit kelegaan jika dapat Tapau kuih raya dari kampung halaman semasa pulang kembali ke Kota.

Time time begini kiuh raya dengan serdak serdak memang best untuk dimakan. Begitu juga permainan game baru iaitu mencucuk dan mengeluarkan duit raya dari tabung anak adalah satu permainan yang popular.


Antara ayat ayat yang famous sering terdengar selepas raya ialah "Bro bila nak buat Open House", " Malam ni kita satu family nak beraya kat rumah ko". kalau dapat dalam 10 ke 15 buah rumah setiap malam.. ok selamt. Tapi jangan pulak lupa kalau 10 , 15 buah rumah membuat serangan balas atas lawatan hari raya anda lagi Parah.

Demikian juga Keadaan Surau dan Masjid mula lenggang & kosong menunggu kedatangan Ramadan yang akan datang.

Apa apa pun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani kegiatan seharian anda semula semoga perkara pekara diatas tidak menimpa diri anda. Begitu juga dengan amalan amalan anda, jangan semasa Bulan pose aje nak beribadat.

New Gadgets


Hu Hu Hu minggu ni Saya sungguh gumbira dengan bila dapat membeli Notebook Sony Vaio dengan sebuah camera digital Panasonic Lumix. Walaupun ianya hanya mampu di beli selepas Raya.

Sony VAio SR VGN SR12G dengan
Intel core 2 Duo processor P8400 (2.26GHz)
Hard disk 200gb
Window Vista
Memory 1g

Manakala Camera
Lumix FS 3
8.1 mpxl

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari lahir Habeeba

27.September.2008.
Selamat Hari Lahir yang ke 2 untuk anak perempuan kesayangan saya Beeba




P/S Penyiaran gambar diatas mengakibatkan rasa kurang senang terhadap abangnya kerana saya tidak menyiarkan gambar sedemikian semasa Hari Lahirnya yang ke 8 bulan lepas. Abangnya telah melancarkan serangan peribadi keatas Papanya akibat penyiaran gambar adiknya..
-----------------------
P/SS . Rakan blogger Aeropama.com juga maraikan hari lahirnya sama dengan anak saya pada hari ini. Saya mengambil kesempatan Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur & mencapai apa yang dihajati olehnya. Amin

Thursday, September 25, 2008

Bila Rakyat Sudsidi KERAjaan

Semasa harga minyak mentah meningkat naik dan terus naik. Kerajaan terpaksa menaikan harga minyak petrol dan diesel sehingga satu masa harga Petrol mencecah Rm2.70. Rata rata dirakyat jajah minda mereka dengan kenaikan global minyak di pasaran dan menstruktur kembali subsidi. Kalau masa tu kita baca akhbar, tengok Tv atau wawancara semua Menteri MKU (menteri Kurang Upaya) tidak putus putus menahankan keputusan kerajaan pasal kenaikan minyak.

Tapi pada hari ini seperti kata Menteri MKU dan perkiraan mereka boleh dilihat seperti dibawah :

Harga Minyak Global USD 104.55 Barrel
Tukaran Ringgit USD 1.00 = Rm 3.42
Harga Minyak Malaysia Rm 104.55 X Rm 3.42
Bersamaan Rm 357.56/barrel = Rm 2.25/Ltr
(Barrel / Tong = 159 Ltr)

Sekiranya Minyak diMalaysia KERAjaan memberi Subsidi sebanyak Rm 0.30 maka harga minyak selepas subsidi ialah Rm 1.95 sahaja
Maka saya tidak pasti sama ada KERAjaan memberi rakyat Malaysia Subdisi Rm 0.30 atau
Rakyat Malaysia yang memberi Kepada KERAjaan Subsidi Rm 0.25 mengikut harga minyak

Harga Minyak Pada Hari Ini 2.50/Ltr 2.40/ltr



Maka bermula satu lagi episod Pak Menteri MKU bakal memberi fakta fakta yang merapu + menipu untuk mencairkan tahi telinga rakyat.

HATI SAYA CEDERA


Hati saya cedera kerana :-

1. Saya percaya kepada Allah S.W.T tetapi saya tidak menurut PerintahNya

2. Saya percaya kepada Rasullulah S.A.W tetapi saya tidak menurut sunnahnya

3. Saya Baca Al Quran tetapi saya tidak mengamal nya

4. Saya terima nikmat Allah tetapi saya tidak pernah bersyukur

5. Saya tahu kewujudan syaitan tetapi saya tidak pernah melawannya

6. Saya ingin ke surga Allah tetapi saya tidak berusaha kearahnya kebaikan

7. Saya tidak ingin ke Neraka tetapi saya tidak pernah melawan kemungkaran

8. Saya tunjuk kesalahan orang lain tetapi saya tidak nampak kesalahan saya

9. Saya tahu saya akan ditaman bila mati tetapi saya tidak pernah mengambil iktibar darinya

Ya Allah dimanakah saya berada?
Ya Allah adakah aku berlindung dibawah rahmatMu
atau aku jauh tersimpang dari jalanMu..............

Wednesday, September 24, 2008

AKU KAYO ??

Masa bukak gmail tadi terkejut ada satu sms "unclaimed prized" Baca punya baca wow! terkejut siamang kejap aku menang lottery USD 33,000,000.00. Wah kalu tukar ke Malaysian Ringgit mau jadi Billion air kot....

Sebenarnya mungkin ramai yang dapat email sebegitu. Ini satu taktik penipuan yang berleluasa di peringkat antarabangsa pada masa ini. Sebelum ini mungkin kita pernah terima SMS menang peraduan SIM Kad Maxis, Peraduan Petronas, Peraduan AF. Kebiasaan modus Operandi meminta mangsa membayar sejumlah wang untuk clearance atau private courier melalui Western Union sebelum cek tersebut dihantar ke Malaysia. Selepas menbalas email mereka akan menelipon kita dengan pelbagai soalan seolah olah sebagai soalan sekuriti. Dan secara ringkasnya fahamlah wahai mangsa setelah anda membayar wang kepada mereka, so completelah pusingan PENIPUAN mereka. dengan erti kata You Being Cheated.

Selain dari itu pelbagai lagi operasi penipuan peringkat antarabangsa yang berlaku seperti membawa bungkusan, menerima bungkusan dari luar negara, Black money, etc.

Mungkin untuk mencari sumber kewangan alternetif atau menambah sumber kewangan sesetengah individu terperangkap dengan sendikit seperti ini. Nama nama seperti Raja Munirah, Umi Azlim, Ringgo, Siti Aisyah mungkin sebagai satu pengajaran bahawa mengejar wang ringgit cara sebegini bukan jalan penyelesaian bagi masalah kewangan

Pesta pemberian Wang Ehsan


Pagi tadi masa keluar ke bandar untuk urusan bank ter sangkut kejap kat bandar Kemaman
Kenapa jem ni kat bandar kemaman ?
Oh rupanya ada pemberian Wang Ehsan rupanya kat Dewan Diraja Sri Amar rupanya....
Lepak kejap tengok kerenah penerima Wang Ehsan....

Scene 1.
Tengok brader Pakai kereta wira, Sport Rim 15, Ekzos Sport, spoiler, pun amik wang ehsan..

Scene 2.
Makcik jalan berlenggang lenggok Rantai Emas, Gelang Emas ala ala Mami Jarum pun amik wang ehsan....

Scene 3.
Alamak member aku, Jeans Levis 505 Ori, Spec Rayban, Baju Renoma, pun angkat wang ehsan.
Jalan tunduk2 malu kot ... Sampai opis siap ko...

Scene 4.
Tengok macam penyokong pembangkang je... Takkan amik jugak wang Ehsan.

Scene 5.
Macam ahli keluarga Ketua Bahagian je.. Opss.. mungin ada borang lebih....

Ehm.. Begitulah kerenah para penerima penerima wang Ehsan layak atau tidak hanya empunya diri sahaja yang tau. Begitu juga dengan cara pembahagian kalau jujur cara pemberian maka jujurlah tapi kalu kronisme maka konarlah pemberian.
Begitulah antara salah satu acara tahunan bagi kerajaaan BN terengganu
Pesta pemberian Wang Ehsan.

Before & After Marriage

Before the marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: NO! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course!
She: Have you ever cheated on me?
He: NO! Why you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Yes!
She: Will you hit me?
He: No way! I'm not such kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.

Now after the marriage
Sila baca dari bawah ke atas .. !!!!

Tuesday, September 23, 2008

5 Tip JANGAN semasa Tidur

1) JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM
Jam mampu memancarkan sejumlah Radioaktif.
Walaupun kecil tetapi memakai jam jangkamasa lama semasa tidur bole menghasilkan effects jangkamasa panjang terhadap kesihatan anda.

2) JANGAN TIDUR DENGAN HANDPHONE
Meletakan HP berhampiran anda semasa tidur tidak walaupun mengunakan HP sebagai Alarm. Kajian membuktikan semua barangan elektrik termasuk HP bole memancarkan gelombang magnet semasa ianya ON. Gelombang ini memberi kesan kepada sistem pendarahan manusia

3) JANGAN TIDUR TANPA REMOVE MAKE UP
Sesetengah wanita selalu tidor tanpa membuang makeup selalunya menghadapi masalah kulit pada jangka masa panjang. Tidur dengan make up juga memganggu kulit mengeluarkan peluh dan proses menbuang kekotoran. Anda juga memerlukan masa yang lama untuk tidur lena

4) JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA
Saintis Amerika mengatakan sesiapa yang tidur memakai bra dalam jangka masa 12 jam atau lebih mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Barah. Sekiranyatidur untuk jangkamasa lama jangan memakai BRA

5) JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI / ISTERI ORANG
Anda mungkin "tidak" bangun keesokan hari lagi!!!!

Kasih Sayang Sebelum / Lepas kahwin

Kisah sekumpulan gadis sedang bersembang sembang

Watak
1. Gadis 26 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang
2. Gadis 24 tahun bujang (sedang dilamun cinta)
3. Wanita Berusia 35 - 38 tahun berkahwin dan mempunyai ? orang
4. Aku (Spy Leman)

Gadis Kahwin : Shim ko tak jual prepaid sekarang ?
Aku : Skarang ni kurang sambutan dah lepas ko kahwin jualan top up aku merosot. Skarang ni cuma *Nama* (si Anak dara) je yang beli tu pun tak banyak.
Gadis Kahwin : Ye la sekarang aku pakai pun tak banyak sebulan cuma 10 - 20 ringit je
Gadis Bujang : Ketawa sambil menaip SMS mungkin dari pakwenya. I pakai tak banyak sebab si dia tolong top upkan..

Aku : Dulu ko punya belian Top up mencecah ratusan ringgit kayo aku kejap.

Gadis Kahwin : Ya la tu dulu masa belum kahwin si hubby aku tu sebelum kahwin kejap kejap sms kejap kejap sms, satu hari sampai 40 - 50 sms dari dia. Kalau dulu aku tanya dia .. dia reply dari hujung kaki ke hujung rambut dia SMS sampai letih aku membaca. tapi skarang 3 - 4 kali aku sms dia cuma reply "K" tak sakit hati bakpe?

Gadis Bujang : Ye ke ?

Gadis Kahwin : Kalau dulu masa lunch dia ditanya " Yang U nak makan apa" Skarang ni apa dia tapau makan aje, Jangan banyak tanya nanti dia jawab "Beli Mujur". Dulu kejap kejap Lap You kejap kejap Miss You, pergi toilet keluar dah miss you dah... Skarang nak cakap I Lap you pun tergagap gagap.

Aku : Hek Ellleh ko bohong kot aku tengok *Name* (Suami) Ok je...
Gadis Bujang : Ye la tengok dia pun Romantis gitu....

Gadis Kahwin : Memang ko akan sokong lelaki... Aku dengan dia ok happy lagi cuma aku hairan kenapa lelaki selepas kahwin berubah begitu sekali .....

Wanita : Aleh .... dia dah dapat apa yang dia nak (cuba force kearah mengapi api kan perbualan)
Saya beredar dari tempat kejadian dengan 4 ribu soalan. Kenapa lelaki berubah selepas berkahwin ? Apakah sayang & caring Hormon berkurangan selepas berkahwin? Korang perasan tak sesetengah suami bawak kereta anak duduk sebelah wife kat mana ? kat belakang beb... Ingat Mem besar ke ?
Kawan aku kalu wife dia call jawapan " Em... Em.... Arh? .... Em Em.. cut the phone ... tapi kalu aweks call biar pun tungggakan kad kredit punya call " Hello ... ye saya .. baiklah ... saya cuba .... ok .... bye..... Apakah Faktor wanita telah menguasai diri suami sehingga Lelaki hilang caring and romance lepas kahwin ??

Aku tidak pasti pasal aku kerana aku tidak bercinta dengan wife aku. Kenal pun lepas angkat nikah... Semua diaturkan oleh Orang Tua aku. Makin lama aku kenal dia makin dalam cinta aku rasanya...... Hopefully forever !
(Mungkin kat catitan di atas kerana wife aku berada kat belakang aku ni sekarang?????)

Kurangkan paras Gula dalam Darah

Pememuan terbaru oleh para scientists di Bangalore India menemui Air Kencing Lembu bole mengurangkan paras gula dalam darah.

Kajian oleh Professor K Jayakumar dari Government Veterinary College Bangalore mengatakan Air Kencing Lembu menpunyai anti-diabetic properties.

Bercakap kepada pemberita .......

http://in.news.yahoo.com/ani/20080607/r_t_ani_nl_nri/tnl-cow-urine-as-anti-diabetic-drug-d03182a.html




P/S
Jangan pulak ada yang pergi tadah air kencing lembu untuk mengubat penyakit kencing manis

Saturday, September 20, 2008

Bagaimana Kemiskinan Tegar hendak dihapuskan ?

Suka saya melihat surat jawapan dari DBKL terhadap surat permohonan daripada Dr Lo Lo Adun Titiwangsa yang memohon supaya dapat salinan Nama penduduk Titiwangsa yang mendapat bantuan. Berita asal dari http://muslimeen-united.blogspot.com/2008/09/dbkl-halang-dr-lolo-bantu-rakyat-miskin.html


Cakap berapi berapi hendak membasmi kemiskinan tegar. Baru mintak nama nak top up jumlah bantuan. Terus nama senarai penerima bantuan dah jadi Rahsia. dalam erti kata "In nama gua cari punya lu mau lu cari sendiri"
Salahke sekiranya Dua Agensi memberi tumpuan hanya terhadap satu senarai nama dan berusaha agar nama nama tersebut dapat dikeluarkan dari list penerima bantuan??

Bagi saya yang bukan bertaraf menteri Lebih baik satu senarai saja yang wujud dan semua Agensi terlibat berusaha memberi bantuan agar kemiskinan dapat ditangani secara effektif.

Atau mungkinkah Agensi Kerajaan takut sekiranya Penerima Bantuan terima dari Adun pembangkang maka next election undi mereka akan bertukar ??

Macam mana mau maju bantuan kepada rakyat miskin pun ada kronisme

Friday, September 19, 2008

Tingkat keupayaan Otak Anda

10 Panduan untuk meningkatkan keupayaan Otak Manusia
melalui permakanan, senaman, rehat yang cukup dan juga latihan kepada otak



Mungkin klip ini berguna kepada Menteri - Menteri kita yang mengalami sindrom MKU
(Menteri Kurang Upaya)

Tekan

Tekan