Wednesday, April 23, 2008

Apakah BN Benar benar Ingin Membantu Rakyat ?


Saya sempat berbual dengan beberapa seorang Orang Kuat Umno Kemaman, yang menyatakan bahawa dia merasakan hanya BN dan umno yang memperjuangkan kesejahteraan dan hanya umno yang bole membantu rakyat Malaysia. Dia juga berkata rakyat patut bla...bla...bla.... bla.....

So aku tersentak sejenak kat kedai kopi Hai Peng, memandangkan masa tidak mengizinkan aku terpaksa pergi tanpa mendengar kutubah mereka sampai habis. semasa kat pejabat sempat buka akhbar on line utusan meloya. tertarik dengan berita yang mengatakan yang Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang. Susulan berita itu Presiden Gerakan mengeluarkan kenyatan akan menghantar surat tunjuk sebab atau mengambil tindakan terhadap Kah Choon. Koh Tsu Koon juga berkata tindakan Guan Eng KM P.pinang melantik Kah Choon bermotif politik. Kah Choon hanya pengalaman sebagai peguam tidak layak menjawat dan tiada pengalaman dalam mempromosi pelaburan di sektor perindustrian.

Sekiranya Tindakan Guan Eng tidak bijak apakah bijak tindakan Pak Lah melantik Kah Choon sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan dlm kabinet 2004 -2008? apa kena mengena kesihatan dengan peguam? Manakala Koh Tsu Koon juga mengumum antara calon untuk KM P.Pinang juga Kah Choon. Sekarang siapa yang kurang bijak? Manakala Najib pula berkata tindakan Kah Choon bertentangan dengan prinsip parti.... Apa prinsip ?? tidak boleh membantu kerajaan pembangkang? Apakah pula pengambilan komisen dalam membeli peralatan tentera terdapat dalam prinsip party BN ??

Sekiranya kerajaan BN/Gerakan ingin membantu rakyat dan memajukan Pulau Pinang seharusnya mereka menyokong salah seorang ahlinya menjawat dalan kerajaan Pakatan Rakyat
untuk kemajuan Pulau Pinang amnya. Apakah Motif Gerakan ? Adakah ini arahan Pak Presiden BN ? Adakah mereka ini tidak mau melihat rakyat P/Pinang maju dibawah pembangkang ?? BN/UMNO/Gerakan sekarang mungkin sudah takut melihat kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu telus, mesra rakyat, dan tiada diskriminasi ideologi politik dalam menbantu rakyat P.Mutiara ini

Latest news diterima
Akibat tekanan yang diterima & tindakan yang bakal diambil terhadap Kah Choon, beliau telah melepas semua jawatan dalam gerakan. Gugur lagi seorang pejuang pasukan komponen BN yang
gugurnya diatas sikap angkuh dan sikap tiada kerjasama antara mereka.
(Untuk makluman jangan hubungi Kah Choon buat masa ini beliau sibuk dengan urusan kerja)

Apakah ini perjuangan yang dilaung-laungkan kan BN untuk membantu rakyat, Sekiranya sesama pemimpin pun tak bole bertolak ansur inikan pula nak membantu anak anak mamu dan mami.

Seronoknya melihat pergolokan yang membuka pekung didada mereka sendiri.

hashim230408

No comments:

Tekan

Tekan