Wednesday, October 22, 2008

Akhirnya



Setelah beberapa hari menjalankan kerja kerja mencari gali, mengodeh2 copy paste dan meminta tunjuk ajar dari Sifu Wordpress Aeropama akhirnya saya akan memulakan kerja kerja membuat entri dari Wordpress pula. setting dah buat, pluggin ada lagi yang kena masuk, layout lebih kurang dah buat so apa lagi berpindah je



so saya akan stat berWorpPress dari

http://hashimhabeed.aeropama.com

Semua yang pernah datang ke sini / terpaksa datang, termasuk kesini dipersilakan ke sana dan saya mengalu alukan sebarang positive atau negative komen

SALAM

Monday, October 20, 2008

MANIFESTO CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG

Melihat Akhbar, Berita semasa sepanjang minggu lepas bulan lepas rata rata berkisar tentang Pembunuhan kejam, Rompakan Bersenjata, Tembak Menembak, Tetak Menetak, Tikam menikam rogol merogol dan macam macam lagi kejadian yang semacam dah dalam filem orang putih



Teringat pula saya janji BN semasa pilihanraya lepas. Manifesto AMAN SELAMAT, MAKMUR hanya tinggal janji kosong. Paling sedih apabila seorang perogol aka pembunuh kejam terlepas hukuman mati di tali gantung atas kekurangan bahan si pendakwaraya.

PSS. Mungkin PM Sibuk dengan menjaga kerusinya yang masih blum SELAMAT, kedudukan yang blum AMAN, dan partinya yang tidak MAKMUR

Problem


Saya terpaksa kembali berblog dari sini kerana saya akui agak sukar untuk menukar banyak setting dati wordpress. Saya akui kata kata Lochee yang wordpress memang bukan user friendly. Wordpress memang mudah untuk membuat entri dari tetapi untuk tukar theme agak sukar.
Masa download FTP.exe file 2 kali aku dapati PC aku ada problem dijangkiti Virus yang pertama PC Auto Shutdown yang Kedua Excel aku tiba tiba ada password.

Entahlah esok aku try chat dengan Syam find out more....

Wednesday, October 15, 2008

TESTING


http://hashimhabeed.aeropama.com/

Memandangkan saya mendapat Ruang hosting 100 MB + aplikasi Wordpress siap dipasang + basic plugins + subdomain di bawah Aeropama Dot Com sebagai hadiah dalam peraduan dan sebagai tempoh percubaan saya akan berposting dari sana. Nampak gaya membuat entri dari Wordpress nampak senang dan sedikit user friendly. Tetapi untuk setting Templates & other application sedikit complicated. Nanti saya cuba mengoogle atau tanya sifu Aeropama.com

Sunday, October 12, 2008

Aku Menang

Salam sejahtera wahai peserta pertandingan yang aku anjurkan,
Untuk pengetahuan tuan/puan, kau semua adalah pemenang bagi pertandingan ini. Jadi kau layak untuk terima hadiah seperti berikut:

- Ruang hosting 100 MB + aplikasi Wordpress siap dipasang + basic plugins + subdomain di bawah Aeropama Dot Com + 1 akaun emel berkapasiti 50 MB juga di bawah domain Aeropama dot com.

- 1 akaun FTP untuk akses & maintain ruangan hosting.
Jadi sekarang aku perlukan beberapa maklumat dari kau untuk melancarkan proses pemberian hadiah:

1. Berikan aku alamat email yang kau ingin gunakan untuk aplikasi Wordpress di ruangan hosting aku

2. Nama subdomain pilihan kau. Contoh, jika kau mahu guna subdomain 'aku kool', maka URL blog kau akan berupa begini ---> http://akukool.aeropama.com

Kepada yang tidak tahu menggunakan Wordpress & FTP, jangan risau. Aku akan sediakan satu manual selengkap mungkin untuk kau rujuk.

Proses untuk aku setup Wordpress mungkin akan ambil masa 2 hari - seminggu bergantung pada keadaan. .......

cheers,
syam @ http://aeropama.com
/
----------------------------------------------------------------
Syukur Alhamdulilah Berkat Kemuraham hati Tuan Punya blog aeropama.com yang menganjurkan & menaja Hadiah diatas ..

Thursday, October 9, 2008

Nasihat Dari Bakal PM

Tepat pukul 8.03 Malam tadi sempat dengar berita TB Tree ucapan bakal PM Najib yang ramai oramg berkata kepadanya mengapa dia terus setia kepada Presiden kenapa tidak dia menentang Presiden lebih kurang begitulah nada suaranya.

P/SS
Jadi saya pun terpikir sama ada Najib ni cakap pasal dia dengan Paklah atau warning kepada orang bawahannya jangan sekali sekali lawan tokey... Sebab sekarang dia bakal jadi Tokey Besar.
Nasihat yang mempunyai serampang 2 mata .......... Mungkin


Gambar yang selalu saya guna masa brainstorm offshore crew

Wednesday, October 8, 2008

Lambatnya Masa Bergerak


Rata rata semua dah pulang bercuti dari kampung halaman selepas beraya & memulakan kerja masing masing. Selepas satu atau dua hari bercerita tentang kampung halaman kemeriahan raya semasa waktu kerja kini mereka kembali memulakan seharian mereka dengan muka yang kelat dan masam.

Bagi mereka yang bekerja baik sudah berkeluarga atau bujang masa berlalu agak perlahan untuk melepasi minggu ketiga atau keempat dimana Gaji bulan 10 Masuk. Kalau tengok kat Bank atau ATM mesin atau CDM machine dah naik berdebu sebab tak ada orang nak draw atau masuk duit. Tapi bagi kaunter ASB tu banyak sikit pelanggannya mengisi borang kaler Merah. Begitu juga Bank Rakyat juga sesak sedikit dari biasa bagi Kaunter Ah Rahnu..

Waktu Lunch pula agak bernasib baik kerana ada para "dermawan" dan "hartawan" yang mambawa kuih raya ke pejabat untuk dijamah bersama sama. Kalau nasib ada "ong" pergi jamuan raya supplier atau kontraktor... Syukur..

Bagi Para isteri Buat sementara waktu tidak berani bercerita pasal langsir raya baru, kasut raya baru, atau Perabut Raya Baru takut mungkin terima Tendangan Kung Fu dari pihak Suami. Kalau yang terover bugget semasa hari raya dek serangan pengumpul2 duit raya yang menganas, Mungkin sedikit kelegaan jika dapat Tapau kuih raya dari kampung halaman semasa pulang kembali ke Kota.

Time time begini kiuh raya dengan serdak serdak memang best untuk dimakan. Begitu juga permainan game baru iaitu mencucuk dan mengeluarkan duit raya dari tabung anak adalah satu permainan yang popular.


Antara ayat ayat yang famous sering terdengar selepas raya ialah "Bro bila nak buat Open House", " Malam ni kita satu family nak beraya kat rumah ko". kalau dapat dalam 10 ke 15 buah rumah setiap malam.. ok selamt. Tapi jangan pulak lupa kalau 10 , 15 buah rumah membuat serangan balas atas lawatan hari raya anda lagi Parah.

Demikian juga Keadaan Surau dan Masjid mula lenggang & kosong menunggu kedatangan Ramadan yang akan datang.

Apa apa pun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani kegiatan seharian anda semula semoga perkara pekara diatas tidak menimpa diri anda. Begitu juga dengan amalan amalan anda, jangan semasa Bulan pose aje nak beribadat.

New Gadgets


Hu Hu Hu minggu ni Saya sungguh gumbira dengan bila dapat membeli Notebook Sony Vaio dengan sebuah camera digital Panasonic Lumix. Walaupun ianya hanya mampu di beli selepas Raya.

Sony VAio SR VGN SR12G dengan
Intel core 2 Duo processor P8400 (2.26GHz)
Hard disk 200gb
Window Vista
Memory 1g

Manakala Camera
Lumix FS 3
8.1 mpxl

Tekan

Tekan

Loading...