Friday, June 27, 2008

Sampai Bila Kita dapat Royalti ?

Cara FSO beroperasi
Gambar gambar :Hijack dari http://amin1982.blogspot.com

FSO atau Floating Storange Operation sekarang ini lebih dikenali di Industry Minyak dan Gas di Malaysia. Di Malaysia kebiasaan Anak syarikat Petronas MMHE di Pasir Gudang adalah satu satunya (Setakat saya tahu) yang menukarkan (convert) dari kapal menjadi FSO. Kapal yang siap di convert akan di tarik dan dihantar ke Perairan dimana Carigali Minyak dilakukan. Carigali Minyak dari satu satu pelantar atau pelantar seitarnya akan di bawa melalui Pipeline dan akan disimpan ke FSO tersebut

Antara FSO yang terdapat diPerairan Malaysia ialah Puteri Dulang (yang pertama), Perintis Bunga Kekwa, Bunga Raya, FSO Abu dan lain lain. Kos ini dikatakan jauh lebih murah dan effektif berbanding penghantaran Minyak Mentah menerusi Pipeline dasar laut ke Loji Pemprosesan Minyak di Kerteh.

FSO tidak mempunyai engine atau peralatan pemprosesan minyak mentah dan hanya sekadar tangki simpanan sahaja. Apabila minyak yang disedut dari muka bumi penuh didalam tangki maka mereka akan terus menjualkan minyak mentah kepada dunia menerusi kapal kapal dagang yang datang menghampirinya.

Saya tidak pasti tapi dengar dengar cakap sekiranya jualan tersebut dilakukan dari FSO ke kapal dagang maka Negeri tersebut tiada mendapat apa apa royalti. Royalti hanya diperolehi apabila Minyak mentah ke Terminal didarat.

Sekiranya benar cakap cakap diatas, dan jika Petronas mengunakkan lebih banyak FSO maka satu hari nanti tiada lagi Royalti kepada Negeri Negeri pengeluar minyak.
terimakasih untuk http://amin1982.blogspot.com untuk sumber gambar

Thursday, June 26, 2008

Rakyat Sabah perlu Terima Kasih kat SAPP

Bila Presiden SAPP Yong Teck Lee memutuskan hilang kepercayaan terhadap Pak lembik Lah maka macam macam kecaman yang diterima oleh SAPP sehingga ramai yang mengatakan bahawa mereka akan hilang "sleeping partner" dalam BN.
Mungkin disebabkan terlalu selesa dengan jawatan dan pelbagai imbuhan yang diterima oleh MP diSabah menyebabkan mereka terlupa masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kawasan pendalaman. Begitu juga masalah pendatang asing. Masalah Pengangkutan, Masalah Royalti dan macam macam masalah.

Bila saja Presiden SAPP mengemukakan usul tidak percaya terhadap PM, maka berjuta juta ringgit dilontarkan ke SABAH jalan raya baru, Jalan Turap baru, dan pelbagai additional Budget diperuntukan untuk Sabah. Terbaru Najib akan mengempur pendatang asing diSabah. Semua tindakan ini hanya diambil selepas SAPP mengusulkan Undi tidak percaya kepada PM.

Apakah rakyat Sabah mampu menerima segala peruntukan tambahan @ Instant money atau instant action sekiranya SAPP tidak bersuara,
Maka Rakyat Sabah seharusnya berfikir siapa yang membantu untuk memaju dan membantu mereka BN atau SAPP ??

USUL MINYAK ..129 UNDI RAKYAT ?

Beberapa hari lepas Shahril Samad membahaskan usul menyokong kenaikan harga minyak susulan pemotongan subsidi awal bulan ini. Dari undian yang dibuat oleh MP maka BN memperolehi 129 undi dan PR mendapat 78 undi.
Menjadi tanda tanya difikiran saya bila 129 MP mengatakan sokongan undi kenaikan minyak mewakili 129 buah kawasan Parlimen. Ini bermakna 129 Penduduk kawasan tersebut sememangnya BERSETUJU dengan kenaikan minyak. Adakah ini mendapat persetujuan semua rakyat di 129 kawasan tersebut. Ataupun ini persetujuan ini hanya sokongan MP kepada Ketua Mereka. Atau sememangnya inilah cari BN membantu rakyat selaras dengan slogan mereka "Tradisi Membela Rakyat"

Lahm late goal - Jerman ke Final

JERMAN 3 - TURKI 2
Jaringan minit ke 89 oleh Philip Lahm membawa Jerman terus ke perlawanan Akhir. Jerman yang bangkit dari ketingganlan 0 -1 menerusi gol Boral pada minit ke 22. bangkit pada minit ke 27 dengan gool penyamaan oleh Schweinsteiger. Perlawanan yang menyaksikan Turki yang bermain dengan cemerlang dan menguasai perlawanan dengan.
Pada minit ke 79 Klose berjaya menjaringkan gol dan pasukan turki berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 86 menerusi Semik Senturk (Kedua dua gol ini tidak dapat disiarkan kerana siaran tergendala kat ASTRO ) 2X Hampeh.
Bagaimanapun rumah aku hampir pecah menjerit kegembiraan bila Bola lorongan Hitzlsperge direbut oleh Lahm dan merembat kencang dan gagal ditampan oleh Rustu penjaga gol Turki.
Masih ada satu game lagi sebelum Pasukan Bookmark Jerman ini menjadi JUARA
seperti kata the rock " JUST BRING IT samaada Spain atau Russia.

Wednesday, June 25, 2008

Kemalangan Maut Mana penguatkuasaan?

Harian metro menyiarkan beberapa siri kemalangan maut yang berlaku sejak 8 April lalu menyaksikan jumlah maut dalam kemalangan 8 orang dalam kejadian yang membabitkan Bas Express termasuk yang berlaku tengah hari kemarin.
Amat malang sekali bila kejadian berlaku, kenyataan yang dikeluarkan oleh polis bahawa Pemandu menpunyai 40 saman, Pemandu menpunyai 3 waran tangkap, pemandu Bla bla bla...

Mengapa Pihak JPJ, polis, LPKP gagal mengenal pasti pemandu pemandu ini sebelum kemalangan berlaku ?
Mengapa tiada satu undang undang atau peraturan dimana semua nama pemandu dari syarikat yang telah bekerja atau baru mau bekerja perlu di hantar kepada Pihak berkaitan untuk semakan, Dengan cara ini mereka dapat mengesan pemandu maut yang membawa bas bas express sebelum kemalangan dan BUKANnya selepas kemalangan.

Dengan kenaikan harga minyak maka ramai lagi akan mengunakan Pengangkutan awan dan adakah adil mereka terpaksa terdedah kepada risko menemui ajal dijalan raya dan juga disebabkan oleh Pemandu yang mempunyai kesalahan lalulintas??

Dengar dengar cerita pulak masa nak sambung road tax atau lesen bayar

Rasuah komisen Rm 50 kepada maka dapatlah bypass blacklist system Betul ker ??


Tuesday, June 24, 2008

Kad ASTRO baru yang Hampeh..


Bila astro menyuruh semua pelanggannya menukarkan kad Astro kepada kad baru dengan mengatakan bahawa Kad baru mereka bakal dapat mengurangkan gangguan siaran, Maka percayalah pelanggan mereka akan kad baru mereka bakal mengurangkan gangguan siaran akibat hujan atau angin kencang. Maka berbaloilah membayar yuran langganan bulanan siaran astro mereka.

Setelah dapat kad astro maka makcik pakcik kat kampung dengan bersusah payah mengaktifkan kad yang "Canggih" dari astro yang tidak mesra pelanggan ini,

Belum panas lagi Kad Astro duduk dalam Slot dekoder astro maka Hujan turun dalam dua malam semalam dan malam ni. Apa yang mendukacitakan ialah langsung tiada perbezaaan antara kad lama dan kad baru bila kat skrin tertera "Services Currently not Available". Siaran tergendala Semalam 45 minit & hari ini dalam 30 minit.

Maka tertipulah Pelanggan Astro yang dijanjikan diperkhidmatan yang lebih baik tetapi sebaliknya hampeh juga perkhidmatan mereka.

Sembang kedai Kopi

Entah Benar atau tidak tidak pasti khabar khabar angin mengatakan jumlah bayaran Ex Gratia @ Rasuah kepada Bekas Bekas hakim yang kena Pecat ialah
Rm 1.5 JUTA seorang.
Banyak ke 1.5 juta tu ?? apa apa pun bekas bekas Hakim sekarang dah bergelar Jutawan

Kalu kata Menteri Main Belakang Zaid Ibrahim jumlah ExGratia dirahsiakan atas atas sebab permintaan Bekas Hakim mungkin kerana Bekas Hakim tersebut enggan bahagi dengan anak anak mereka dan cucu mereka kot..

Kenapa Bapak aku tak kena pecat dari kerajaan dulu ?? kalu tak bole tuntut Ex Gratia



Gaji Aku Tak Cukup.....

Setelah melihat keratan ini aku merasakan ramai lagi yang perlu menghantar memorandum atau notis kepada bos atau majikan mereka untuk menuntut kenaikan Gaji 100% yang macam Azman Mokhtar buat. Azman Mokhtar dengan rasa tidak bertanggung jawab menghantar cadangan menaikan gaji CEO TNB che khalib kepada 100%.
Sekiranya gaji Che Khalib Rm 1,200 sebulan maka saya sokong sangat lah kenaikan 100% tu atau naik kepada 200% pun ok. Maklumlah dah harga barang naik....
Dah kalu kerja bagus sangat kenapa tidak menjana keuntungan dari source yang sedia ada tanpa menaikkan Tarif ? Atau mencekik darah rakyat dengan menaikkan tarif elektrik untuk membayar gaji CEO mereka? Apakah kecemerlangan TNB ini hanya dilakukan oleh seorang CEO sahaja?? bukan dengan kejayaan kakitangan Bawahan mereka?? Pelik juga ni ye... dah kira One Man Show..
Kepada Azman Mokhtar kenapa tak proposedkan kepada PM supaya potong 1oo% gaji CEO yang rugi seperti masa kerugian Mas, Proton, Telekom.
Aku rasa dah sampai masa Kerajaan harus telus kepada rakyat tentang jumlah bayaran gaji kepada CEO GLC. Kerana rasanya gaji Azman Mokhtar pun mungkin double dari jumlah diatas....

Ok aku stop dulu nak hantar memo kat bos aku mintak naik gaji 100%, naik milage claims, outstation allowance, food allowance, car allowance,

Saturday, June 21, 2008

Mari Belajar Jawi

Masa datang beberapa orang kawan dari KL kami minum disebuah restoran Thai di Geliga (Orang Kemaman mesti Tau)
Jadi kami duduk kat depat signboard terperasan pulak dengan keunikan nama restoran tersebut dalam bahasa Jawi berbanding nama restoran dalam bahasa melayu.
Jadi agak agak apa nama restoran tersebut ??


Cuba teka apa nama restoran tersebut


Ke Pusat Santuary Penyu Cherating

Semalam bersama sama sahabat sempat kami 2 keluarga bersama anak anak dan anak buah ke Santuary Penyu di Cherating. Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 malam ketiku itu seorang petugas baru saja pulang dari rondaan pantai sama ada penyu naik bertelur atau tidak. Pertugas tersebut mengajak kami masuk ke kawasan santuary untuk melihat anak anak penyu yang akan dilepaskan ke laut pada malam itu.

Selepas menandatangan buku pelawat kami dibawa menonton video pasal Penyu dan seorang pertugas membawa anak anak penyu yang bakal akan dilepaskan ke laut, Bukan main seronok lagi anak saya dapat memegang anak anak penyu.
Anak anak penyu yang bakal akan dilepaskan

Salah seekor penyu kat tangan saya

Sempat mengambil video dengan HP saya


Mungkin kami agak bernasib Baik kerana semasa melepaskan penyu ada seekor penyu naik untuk bertelur. Kami diarah naik oleh petugas supaya tidak menganggu penyu yang naik balai menunggu. Kami menunggu hampir 1 1/2 sebelum dipanggil untuk melihat dengan sendiri Seekor Penyu Agar bertelor dan kembali semula ke laut. Oleh kerana larangan mengunakan Flash semasa mengambil gambar tak dapat gambar yang clear untuk posting

Kepada yang berminat nak tengok penyu secara live bolelah berkunjung ke Santuary Penyu di Cherating Pahang semua ini disediakan secara percuma



Thursday, June 19, 2008

Siapa yang layak jadi PM?

Bila SAPP mengatakan Parti mereka hilang kepercayaan terhadap PM maka dalam hati saya merasakan tak lama lagi satu peralihan Kuasa bakal akan berlaku. Peralihan ini mungkin secara mengejut dengan PakLah mencampak jawatan PM kepada timbalannya atau mungkin secara pertukaran parti pemerintah dari BN kepada Pakatan rakyat. Kelemahan PM semakin terserlah dengan semakin banyak protes, hilang kepercayaan, demonstrasi, ibarat seperti Kapal yang tiada Nahkoda. Begitu juga keputusan flip flop yang ternyata menjadi kritikan dan umpatan rakyat.

Terdetik pula saya sekiranya siapa pula yang dikatakan layak memerintah dan menjadi Perdana Menteri ke 6 ?? sekiranya diambil dari teori RAHMAN maka nama Najiblah yang orang kata. Tetapi jangan lupa ada lagi yang bermula dengan "N" for Nik Aziz. "N" for Nazri.
Tetapi secara jujurnya siapakah yang layak memerintah Malaysia ?
Anwar? sedangkan beliau bukan ahli parlimen, Najib?, Nik Aziz?, Kit Siang? Azizah ? Khalid Ibrahim?

Saya pun tak pasti siapa yang BERKELAYAKAN untuk menjadi PM Malaysia ke6

Wednesday, June 18, 2008

FORUM HUJAH DITV9

Rancangan Hujah di TV9 selama 30 minit menbawa ahli panel dari Pas iaitu Yang Berhormat Mahfuz Dun Pokok Sena & Panel BN YB Datuk Aziz MP Sri Gading, dipengerusikan Dr Agus Yusuf.

Perbincangan yang sungguh Menarik dan seharusnya Tahniah ditujukan kepada YB Pokok Sena dengan ertikata Pulun Habis YB Sri Gading. Juga ucapan tahniah kepada Ar Agus yang begitu bagus menjadi pengerusi.

Mungkin kah rancangan ini akan diban?? tengok klip dari you tube
(Thank to jundumay for the clips)

Part 1


Part 2


Part 3

Pilihanraya Kecil di Sanglang Perlis

Source utusan
18/06/2008 12:20pm
KANGAR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut. -
---------------------------------------------------------

Ayuh Jentara PAS perkasakan persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari pihak Lawan

Tuesday, June 17, 2008

Typical Terengganurian

Nak tergelak pun ada nak muntah pun ada melihat sekumpulan manusia yang buta hati memegang sepanduk sebegini. Tak pasti mereka ini sekadar cari makan mendapat seratus dua untuk meneruskan kehidupan dizaman serba naik atau sememangnya penyokong KERAjaan yang setia.

Setelah mereka merompak dan menjoli duit royalti,
setelah mereka gagal mengurus tadbir dengan baik wang royalti,
setelah mereka mengunakan wang royalti untuk kekayaan kroni mereka,
Setelah mereka gunakan wang Royalti untuk pembaziran
setelah semua ini mendapat tentangan dari rakyat, maka barulah mereka memulangkan kembali wang royalti kepada Terengganu.
Seharusnya mereka dihukum atas pecah amanah, korupsi, salah guna wang mememangnya penjaralah tempat untuk mereka.
Ni tidak siap dengan sepanduk sokongan pula.

Ni lah Masalah rakyat Terengganu "menang sorak kampung tergadai", sama macam dialami rakyat johor, Pulau diamik oleh singapura masih bole ketawa dan tersenyum......................

Bantahan Kenaikan Tarif TNB

Copy & Paste dari http://sebolku.blogspot.com
Mari kita ramai-ramai melakukan
bantahan terhadap kenaikan Tarif Elektrik dengan melaksanakan "Cadangan Bodoh 2"

Iaitu:

Tepat pada jam 10 malam, pada 1 julai 2008, tutup semua sumber elektrik selama 1 jam.

Sila salin dan tepekkan catatan blog ini dan siarkan di blog anda sebagai tanda sokongan.

Berjuang dan terus berjuang kearah Malaysia Adil

Rakyat Makin Bodoh atau diperbodohkan ??

Sementara menunggu game Jerman Austria rasanya sempat update skit blog aku ni,

Tadi semasa pusing Bandar Kemaman, Kijal, Kemasik, Kerteh tengok Pejabat ECM LIBRA@ pos Office lah penuh sesak ingat ada sale stamp hasil ke atau stem kenang kenangan, Rupa rupanya ada pitis free dari KERAjaan yang prihatin akan kesusahan rakyat keatas kenaikan minyak laa…. Gua respek mung Pok Lah kerana mung lah satu satu Penipu Besor Kerajaan Hadari. Apa tidaknya
Setiap urusan rebet tunai di Pejabat Pos, Maka Pos Office akan amik services caj……(mahukan pos office kasi services percuma ????) Oh No Way…. Katakan Pos Office mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% dari setiap tranksasi maka Rm 6.25 akan diambil oleh pos Malaysia. Katakan pula jumlah kenderaan diMalaysia terdapat 5 Juta, 6 juta (Sila cek dengan JPJ) maka beginilah pengiraan Rebet Tunai untuk Si Khairy Jamaludin

Servis Caj Rm 6.25 X 5 Juta kenderaan = so dapat si KJ rebet tunai 31.Juta

Lagi duit free….. Pok Loh mengatakan bahawa untuk rebet tunai sebanyak Rm 6 billion diperuntukan maka mengambil kira kos pada hari pertama sebanyak 116 juta dikeluarkan untuk membayar rebet tunai so kalu 30 hari

pembayaran hari pertama Rm 116 Juta X 30 Hari = 3.5 billion

Kalau another 1 or 2 billion disimpan kat Bank atau fixed deposit @1% intrest rate maka
Tak ke 10 ke 20 juta easy money lagi anak anak haram jaa… ni dapat.
Maka sesungguhnya Pok Loh sungguh prihatin kepada anak menantunya & kroni2nya diatas kenaikan harga minyak global dunia

MORAL OF THE STORY
Maka makin kurang dan kuranglah penjimatan 13.7 Billion dari pengstrukturan subsidi & betapa senang cara anak anak haram mendapatkan duit free@Rebet Tunai



Saturday, June 14, 2008

Kick Badawi butt

Hu Hu Hu aku dah kick si badawi siap dapat extra kick lagi




thank kat ajbanjarionline for the games

Thursday, June 12, 2008

LUIZ FELIPE SCOLARI PENGURUS BARU CHELSEA


Setelah memecat Si Avrant Grant dari jawatan Pengurus Hari ini Chelsea mengumumkan Luiz Felipe Scolari sebagai Pengurus baru Chelsea. Scolari dikatakan mengalas jawatan Pengurus pada 1 julai 2008, sebaik saja selesai EURO 08. Scolari sekarang adalah jurulatih bagi pasukan Portugal dalam kempen EURO 2008. Kontrak Scolari dikatakan akan tamat pada 29.06.08 dengan Persekutuan Bolasepak Portugal

Scolari adalah Pengurus keempat bagi Chelsea selepas Jutawan Russia Roman Abromaovich membeli kelab England ini selepas Claudio Raineri, Jose Mourinho dan Avrnt Grant.

Sekiranya segalanya berjalan dengan lancar maka Luiz Felipe Scolari akan berkunjung ke Malaysia pada bulan Julai nanti bagi perlawanan pertunjukan dengan pasukan Malaysia

LUIZ FELIPE SCOLARI FACTFILE
1948: Born Passo Fundo, Rio Grande do Sul, November 9
2001: June - Replaces Emerson Leco as Brazil coach
2002: May/June - Brazil win the World Cup for a fifth time
2002: December - Takes over as Portugal manager
2004: Portugal lose to Greece in final of Euro 2004
2006: Pulls out of the running to succeed Sven-Goran Eriksson as England manager
2006: Leads Portugal to World Cup semi-finals
2007: Linked with England job for a second time but again vows to see out Portugal contract
2008: June - Confirmed as new manager of Chelsea, taking over on 1 July

Gila Judi


Isu 100 hari 100 kereta hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas, Apabila terdapat unsur unsur Judi. Lebih memeningkan kepala para Ulama & Mufti yang begitu arif mengeluarkan pelbagai Fatwa dan pandangan. Bila Mufti Perlis MAZA mengatakan peraduan tersebut terdapat unsur judi maka satu akhbar yang menemuramah Ketua Eksekutif Celcom Sazaly Ramli bermati mati mengatakan bahawa telah menkaji dan ianya tiada berunsur judi. Manakala beberapa hari lepas Mufti mengarahkan Celcom menghentikan peraduan tersebut
thank for keratan akhbar by mawifc.com.

Persoalan sekarang mengapa hanya peraduan celcom sahaja yang dikecam haram oleh Mutfi bagaimana peraduan yang disiarkan di ASTRO, TV 3, TV 2 seperti Durian Runtuh, Fulusmania dan sewaktu dengannya?? Sedangkan JAKIM telah mengeluarkan keputusan Menurut keputusan Panel Kajian Syariah JAKIM pada 19-20/4/2004 menyatakan hukum peraduan SMS dan menyertainya adalah haram kerana proses peraduan SMS yang dijalankan adalah tidak jelas dan mempunyai unsur-unsur perjudian.

Walaupun undang undang telah melarang umat islam berjudi masih ramai lagi yang kemarut berjudi.
Kalau derma masjid atau Surau Rm seringgit pun terketar ketar tangan, tapi kalu SMS ke AF, Gengster, Malaysian Idiot beratus ringgit pun tak kisah................


Saturday, June 7, 2008

Wonder Kid

THIS WHAT WE SHOULD CALL WONDER KID
I'M RIGHT ??
Wonder Kid 1


Wonder Kid 2


Wonder Kid 3


Wonder kid 4


Wonder Kid 5


Credit goes to original poster i.m just get it from youtube

Friday, June 6, 2008

TNB Tarif Sekadar Cherita Dongeng


Oleh kerana kenaikan tariff elektrik hanya akan berlaku dalam bulan Julai maka ramai orang hanya melihat pada satu masalah sahaja iaitu pada masalah Minyak naik sahaja. Mana mana web atau berita sekadar berkisar pada kenaikan minyak sahaja. Kenaikan tariff elektrik yang diumumkan bersama sama kenaikan minyak dilihat sebagai usaha usaha Silembik menyelamatkan TNB dari dikecam pelbagai pihak. Bila kenaikan minyak dan tariff diumumkan bersama semua rakyat hanya melihat minyak sebagai masalah utama dan tariff elektrik tidak diprotes secara meluas.

Mesti untung Punya

Berbalik kepada kenaikan tariff elektrik saya sempat kembali kepada masa lampau macam cerita “Back to the future” ketika itu Datuk Leo Maggi bersama anak Mohmad Noh iaitu Che Khalib pada sidang akhbarnya selepas mengumumkan prestasi kewangaan syarikat berakhir pada 31 Ogos 2007 memaklumkan TNB mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Maka sinilah persoalaan yang menarik minat saya untuk menkaji sedikit pasal TNB ini. Dengan bantuan pakcik google saya berjaya lagi mengorek keuntunggan pak lah TNB untuk beberapa tahun kebelakangan adalah Keuntungan sebelum cukai TNB menurut penyata kewangan berauditnya adalah seperti berikut:

2002 - (RM1.5135 bilion

2003 - (RM1.6485 bilion

2004 - (RM1.4827 bilion

2005 - (RM1.819) billion

2006 - (RM2.752) billion

2007 - (RM3.600) billion (Selepas cukai)

Sekiranya Maklumat yang tunjukan diatas salah maka penipulah sayalah tetapi sekiranya ianya betul dan seperti dilaporkan maka dekat mana TNB rugi ??

Dilihat dari kenaikan kos pada harga minyak dan gas global maka saya perlu tabik pada pengurusan TNB yang sering mencatatkan keuntungan yang meningkat dari tahun ke tahun. Sementara itu menurut Che Kalib lagi kenaikan arang batu tidak mengugat TNB kerana TNB telah mengikat perjanjian dengan pembekal arang batu (“Price Agreement”). Pada perkiraan saya Bekalan gas juga mereka mempunyai perjanjian harga.

Keuntunggan yang tinggi ini diperolehi pada tahun 2007, walaupun pun TNB mendakwa kos operasi meningkat sebanyak 8.6 peratus tahun 2007 berbanding 4.4 peratus pada tahun 2006, begitu juga dengan pelaksanaan program pengurusan tanggungan hutang dan faedah pengukuhan ringgit, kumpulan mencatat pengurangan 11.4 peratus dalam jumlah hutang daripada RM27.1 bilion kepada RM24.0 bilion, TNB masih mampu mencatat excellant performance

Sekadar congak paklah (congak bodoh) Sekiranya kos peningkatan 50% pada 2008 tanpa menaik tariff lektrik maka seharusnya TNB masih lagi untung sekitar 1.8 Billion.

Persoalnya Sekarang apakah keuntungan TNB yang didakwa sekarang adalah hanya untuk mengaburi mata rakyat dan para pembeli saham TNB?

Kenapa TNB terus boleh mencatatkan keuntungan walaupun kos bahan api dunia meningkat ? Apakah formula mereka sedikit pun tidak menjejaskan prestasi syarikat malah lebih untung dari tahun tahun sebelumnya?

Apakah GLC ops MLC menteris link-company tidak menambil kira semua fakta fakta berikut sebelum megkaji kenaikan tariff. Atau ada lagi Hidden Agenda disebalik kenaikan Tarif TNB ???

Thursday, June 5, 2008

Soalan Yang perlu Pak Lah Jawab

Disebabkan Kenaikan yang Mencecah Kadar GILA BABI maka dalam kepala Hotak aku terdapat sedikit confuse yang memerlukan PakLah atau kuda kuda menjawab beberapa soalan

1. Kenapa ko pilih kenaikan petrol 78sen bukan 80 sen ke atau rm1.00 ke ?

2. Kenapa Ko mungkir janji kerana sebelum ini janji mau naik bulan 8?

3. Kenapa bayaran Rebet ko beri Rm 625? dan apa asas pengiraannya?

4. Kenapa rebet kena tuntut kat Pejebat Pos sedangkan Pos Malaysia ialah syarikat swasta?

5. Kenapa Rebet bayaran tunai bermula bulan April ?? bukan bulan Januari ?

SAYA JUGA MENCADANGKAN SUPAYA PAKATAN RAKYAT MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK POLIS TENTANG PENIPUAN TARIKH KENAIKAN HARGA YANG DIBUAT OLEH MENTERI MENTERI KABINET.? (SEBELUM NI MEREKA MENGATAKAN MINYAK NAIK BULAN 8)

Siri Demostrasi di Kemaman

Bandar Kemaman agak panas sikit petang ini selepas Rakyat Kemaman bangun memprotes kenaikan GILA BABI minyak hari ini. Notis tentang demostrasi diwar- wae melalui web http://www.tranungkite.net/v7. Keadaan agak panas apabila pihak polis menempatkan sejumlah polis di kawasan Center Paont dan juga mengadakan Sekatan Jalanraya laluan masuk di ke Bandar Kemaman. Sayang sekali tidak sempat mengambil Gambar atau menyertai akibat laluan jem dan sesak.
Lagi siri Demostrasi akan diadakan mungkin diseluruh Malaysia agar Pak Lah yang kurang cerdik meletak jawatan
Sukma: Zaira raih emas, leburkan tiga rekod kebangsaan

PUAS: Reaksi Zaira selepas melakukan angkatan bebanan 93kg 'clean and jerk' kategori 48kg acara angkat berat wanita di Kolej Multimedia Timur Rusila, Kuala Terengganu, semalam.
Gambar & Berita source : Berita Harian

APA YANG DILEBURKAN BUKANNYA REKOD KEBANGSAAN TETAPI MARUAH DAN HARGA DIRI SERTA AURATNYA SEBAGAI SEORANG ISLAM. MANAKALA AKHBAR MENYIARKAN GAMBAR SEKADAR MELARISKAN SURATKHABAR,
KEPADA KONTIJEN SUKAN MUNGKIN KITA SEHARUSNYA MENCONTOHI SUKAN UNTUK WANITA ATAU NISA YANG PERNAH DIANJURKAN DIKELANTAN. ATAU PAKAIAN DIBAWAH LEBIH MENARIK DAN MENAWAN

Minyak oh Minyak

Semalam tepat pukul 12:00 malam semua pengusaha stesyen minyak mampu tersenyum disebabkan midnite shopping dengan keuntungan sekejap di atas kenaikan serta merta Rm 0.78 untuk satu liter minyak. Seperti yang saya katakan sebelum ini Kenaikan GILA BABI ini dibuat oleh KERAjaan untuk mengurangkan Subsidi keatas minyak dan Diesel. Sebelum ini kenaikan tertinggi sekitar 0.30 sen tahun.
Kenaikan ini menjadikan Malaysia antara pengeluar minyak didunia yang mengenakan harga yang paling tinggi didunia

Ketika itu Bedolah mengatakan KERAjaan Mengurangankan SUBSIDI untuk meningkatkan sistem pengangkutan. Maka berlalu sudah setahun lebih apa peningkatan yang mereka buat aku pun tak nampak. Kecuali peningkatan akaun personnel mereka adalah.
Sekarang ni harga dah naik Rm 2.70 kenaikan sekitar 41%. Cakap cakap kedai kopi mengatakan kenaikan ini terpaksa dibuat selepas KEBODOHAN para pemimpin yang BODOH SEPE KAYU memerintah dengan boros & perbelanjaan tidak berhemah, antara menyebabkan ialah Kenaikan Gaji Kakitangan awam yang menyebabkan kantung kerajaan kosong maka pengurangan subsidi ini sebagai short term solution.
Sememangnya KERAjaan tahu "bising" rakyat hanya sekejap saja bila nanti satu isu lain dimainkan maka hilanglah kemarahan rakyat kita.
Apa apa pun barangan yang naik pasti takkan turun tetapi tekanan yang berterusan perlu diberi untuk memastikan Kerajaan Sekarang Turun.
Kepada 132 pengundi yang mengundi Ahli Parlimen mereka TAHNIAH kerana usaha kepercayaan yang anda berikan tidak disia siakan oleh Ahli Parlimen Anda

Wednesday, June 4, 2008

Sekitar Khabar Angin Kenaikan minyak

Kemaman 04/06/2008@9:00,
Keadaan sekitar bandar Kemaman dikatakan Sesak dan dipenuhi kenderaan orang ramai mendapat berita dari pelbagai sumber tentang kenaikan Minyak.
Orang ramai mengambil keputusan uintuk memenuhkan tangki kenderaan mereka bila terkejut beruk dengan perkhabaran kenaikan yang paling GILA BABI ni. Keadaan terpaksa ditenteramkan oleh pihak polis.

Sekiranya Harga petrok naik maka tak lain dan tak bukan
maka Pak Lah lah yang perlu turun,

Petrol Naik HArga Esok ??

Kencang kencang ribut & Angin bertiup tak kurang pula sms bertaburan masuk yang mengatakan Harga Petrol akan naik selitar Rm 0.80. seliter

Sekiranya benarlah dakwaan para para tukang karut dan pengSMS tersebut maka bermula satu lagi episod Pedana Menteri Penipu lagi Zalim di abad sekarang ini. Maka Tak hairanlah bekas perdana menteri Tun Mahadir berkata ada menteri malaysia yang lebih layak menjadi Perdana Menteri Israel
Baru rakyat jelata sedikit buka mata sedikit menbiasakan diri dengan pelbagai kenaikan secara terus dari kiri - kanan - depan - belakang, Sekarang mendengar cerita minyak akan menyusul naik Aduh aduh mesti lain lain akan turut naik lagi.
Yang yang paling pasti tidak naik buat masa sekarang ialah Gaji saya dan rakan rakan.
FCUK.......

Tekan

Tekan

Loading...