Sunday, April 20, 2008

KJ Hang kata hang terror.....


Minggu ni semasa duduk depan PC aku just tengok web site FIFA masa melayari web just tengok ranking Pasukan pilihan aku semestinya England. so just tengok tengok la retek pasukan Kebangsaan kita ada kat mana. Setahu aku dalam ranking 156 begitula rasanya.
Tetapi mungkin lagi baik maklumlah orang yang sekarang ni Under pengurusan baru dan kepala Muda. lebih lebih menantu PM yang memegang jawatan vice presiden.

Tetapi alangkan terkejut kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking 170 dalam dunia. Kedudukan last sampai 202 dikongsi oleh beberapa negara yang langsung tak kita kenali.
Kalau dilihat sejak ranking ini diperkenalkan inilah tangga yang paling tercorot pernah Malaysia duduki. Sekiranya perbandingan dibuat antara Indonesia (Tangga 132), Myamar (164) & Singapore (129) Thailand tidak tengok kerana bukan tandingan malaysia lagi...
Negara negara Africa contoh Ethopia yang miskin tu pun lagi baik dari kita. Mengapa mereka mampu membawa jurulatih asing bartaraf dunia??

Link :
http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/compare/compareteams.html#g=m&t1=MAS&t2=MYA&t3=IDN&t4=SIN&fm=8&fy=1993&tm=4&ty=2008

Melihat trend pengurusan KJ sekarang lebih kepada mencari Glamour dengan mambawa Pasukan Giant ke Malaysia seperti MU, CHELSEA, dengan menganjurkan CYCcup tidak menampakan sebarang kejayaan untuk Negara. Akhirnya kita disajikan dengan perlawanan pertunjukan yang berat sebelah atau untuk Pasukan Giant sekadar memanaskan kan badan.
Dengan penajaan untuk membawa giant2, apakah lebih baik digunakan untuk kegunaan yang lebih memanafaat pasukan Bola Negara atau pembangunan bola sepak remaja.

Perlukan menghantar pemain melancung selama 2 minggu dengan pasukan giant...Ilmu apakah yang mampukan mereka mengutip selama 2 minggu?? Bagaimana pula dengan pemain yang pernah dihantar Akmal pernah ke German, Titus Palani pula ke France apakah hasilnya?
Pernah ke FAM menbuat kajian atau feedback kejayaannya??
Apakah sememangnya Malaysia tidak mampu melahirkan pemain berkaliber?

Aduhai KJ sudah sembilan bulan ko dah jadi timbalan presiden tak mampu buat apa apa ke?
hari tu sibuk dengan pilihanraya sekarang ni jaga bapak mertua takut tercicir dari jawatan ke ??
KJ oh KJ........
HANG KATA HANG TERROR..........

hashimhabeed.blogspot.com
120408

3 comments:

Anonymous said...

Aku rasa macam aku kenal hashimhabeed ni.. hehehe

Hashim said...

He he he ..
just for fun

Anonymous said...

OK la tu.. keluarkan idea. Bongkar apa yang kita rasa kita nak bongkar..

Tekan

Tekan