Petikan Bernama
KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) -- Media perlu memainkan peranan untuk melerai segala kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Khazan Che Mat.
Beliau berkata ini berikutan rakyat menganggap kerajaan sekarang adalah lemah.
"Hari ini kerajaan yang diperintah oleh parti yang menang (selepas pilihan raya) telah diberikan gambaran sebagai kerajaan yang lemah. Oleh itu rakyat wajar diberikan gambaran yang betul dan media mempunyai peranan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.
Khazan berkata agensi di bawah Kementerian Penerangan perlu menjadi pembekal maklumat yang berkesan kepada kerajaan.
"Kita tidak boleh tersilap langkah dalam bertindak hanya disebabkan kesilapan maklumat dan hal ini wajar diberikan perhatian oleh semua pihak berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------
Tengok berita yesterday & today my personnel comment media bukan lagi untuk meleraikan kekeliruan rakyat dan salah paham rakyat terhadap kerajaan tetapi semakin MENYESATKAN Rakyat dan menutup supaya terus duduk dibawah Tempurung
3 comments:
ermm..
dah selalu media nie dikroni dan dibeli..
cuba adil..
kan elok..
Tak yah la kita cakap elok2 ngan diorang..dah besar2 panjang belaka.
zaman sekarang mmg kena kutuk kena taruk kaw2 kena tinggi suara baru diorg nk beri perhatian.. kalau masih lagi nak baik2, pujuk rayu... kita je jd bodoh, jd mangsa.skrg ni ms utk bukak mata, ms utk berubah...kalau tak, bukan bangsa je diorg gadai, ISLAM pun diorg timbang kilo (atas penimbang diorg tu lah)....
Dulu rasulullah sebar dakwah sembunyi2...lama kelamaan terang terangan smp berjaya..
Sama la mcm skrg dah kita pujuk baik2 dah xjd apa2 gak...dah tersembur2 air liur tok guru mengajar, mengajak kepada kebaikan, kita tentang kemungkaran habis habisan demi agama Allah (tunggu masa je)............
Sedarlah, berjuanglah insan yang memegang kalam Allah sbg panduan dan muhammad rasulullah penghulu kita.............
Lu pikir la sindiri!!!!
Post a Comment