Pagi tadi semasa bangun dari tidor mendapati ada satu massage diterima
bila melihatnya rasa nak ketawa pun ada rasa nak menangis pun ada. Apa tidaknya satu massage dari satu services provider bertulis
" Hi sayang sudah kah download sexy movies saya ? Type ON HOT dan hantar sms kepada 3*** 8 awak mesti terpikat dengan saya"
bila saya bersembang dengan kawan kawan se ofis ada yang mengatakan mereka nyaris bergaduh dengan isteri apabila ada satu sms yang bertulis (lebih kurang) seperti di atas kebetulan sang isteri yang menbaca sms apalagi kena jawabler,,,,
Kalau dibiarkan saja saya rasa nanti mau filem prono pula jaja menerusi SMS. Ini diantara kenapa galakan kepada masalah Sosial meningkat pada hari ini. Kalau diihat pada hari ini rata rata pelajar sekolah pun dah ada handphone. bayangkan sekiranya klip2 begini dijual menerusi pesanan SMS.
Sekiranya membuka Harian Metro anda dapatlah melihat satu muka penuh syarikat yang menyiarkan iklan ringtone dan pelbagai services. Cuba bayangkan untuk menyiar satu muka penuh di akbhar berapa ongkosnya sehari ? kalu sebulan ?? Jadi sesungguhnya business sebegini memang menguntungkan. Bukan perlu bayar royalti pun...... Janganlah bila masalah lagi besar melanda baru nak merawat. Pada Suruhanjaya komunikasi & multimedia pantau pantau lah sikit ye, atau jabatan hasil dlm negeri tu tengok tengok la syarikat yang beroperasi menyediakan perkhidmatan sebegini tu ada ke bayor income tax ??
Jangan la pulak satu hari nanti SMS dikenali SEX MESSAGE SERVICES........
260408
No comments:
Post a Comment