Manakala peruntukan 725 Juta ringgit pula untuk subsidi adalah untuk menutup kesalahan Kerajaan. Semenjak krisis kenaikan yang lepas sekitar tahun 2006 -2007 pelbagai pihak meminta dikaji kedudukan Bernas sebagai monopoli Pengimport Tunggal. Tetapi semasa Pak Lah sedang seronok tidor dia mungkin lupa nak kaji perkara tersebut menyebabkan tiada keupayaan Bernas untuk bersaing sebagai pengimport tunggal juga telah menyalahgunakan kelebihan yang dinikmatinya sebagai pengimport tunggal beras dengan memperkenalkan beberapa peraturan yang menimbulkan masalah di kalangan pemborong yang terikat untuk membeli beras dari Bernas. Ini pernah diakui oleh Persatuan Pemborong Beras M'sia. Diatas kesalahan ini akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung akibatnya tetapi bila perkataan SUBSIDI dimasukkan dalam ucapannya maka menjadikanya sebagai robin hood...

N/B .. Saya juga kesian kepada Pakcik / Makcik kat kampung yang kurang arif tahukan mereka pasal Beras super tempatan 5% , 10% dan 15 % atau seperti biasa ditipu oleh pekedai..
No comments:
Post a Comment