Sunday, May 4, 2008

Harga Barang, Pak Menteri, Rakyat dan ..........



Sempat menonton berita TV 3 suku semalam pasal kenaikan harga beras so temu ramah menteri Shahril Samad, Pak shahril kata penetapan harga beras atau kenaikan harga beras bukan dalam kawalan Pak Shahril .... Habis tu sapa ??? Yang tu bawah menteri asas tani Pak Stopa. Hari ni pulak Pak Stopa mengatakan dia akan memastikan harga beras tidak naik dan memastikan bekalan beras mencukupi untuk rakyat. Ketawa pulak dengar memastikan harga beras tak naik...
Kalu pak Stopa biasa dapat beras FREE to belajar belajar beli kat pasaraya Gergasi ke kedai Mamat atau kedai Ah Chong ke untuk melihat harga Beras tu naik ke tidak. Saya rasa pak menteri2 ni tak pernah membeli barang dapor kot tu yang tak perasaan harga barang naik... entah entah beras, gula, minyak masak, gandum pun Kontraktor/Supplier beri jugak....

Terkenang pulak poster pilihanraya ni mungkin anda masih ingat ideal kotor pihak BN untuk mengaburi mata rakyat
Sumber dikeluarkan pada Feb 2008 tapi harga barangan sekarang (ikut semalam saya beli kat Pasaraya) semuanya melebihi harga yang ditetapkan. Apa nak buat dah kena beli. Beli aje lah cakap banyak tak guna
Tapi bila ketika mula mula gandum Kurang pas tu naik harga semua rakyat NGO, Menteri kecoh bagai nak rak last last peniaga naik harga 1 - 2 bulan semua senyap peniaga mantain dengan harga baru rakyat tanggung kos kenaikan.
Lepas itu Gula kurang kecoh sana kecoh sini last last harga naik semua senyap last last rakyat tanggung Lepas tu minyak masak heboh sana kecoh sini akhirnya minyak naik rakyat juga menanggung diatas batu jemala mereka.. Tup Tup beras pula sekarang semua orang dah kecoh sana harga naik sini harga naik sana beras tiada. Kecoh kecoh tiada guna mereka nak naikkan dah pun naikkan harga beras. Pak menteri dengan macam macam Auta tolak sana dalih sini last last kasi rakyat tanggung kenaikan,
Pada firasat saya kerajaan BN sudah boleh baca pattern rakyat malaysia kecoh 1 ke 2 bulan lepas tu semua rakyat dan NGO back to normal dan akhirnya rakyat akan menanggung semua kenaikan. Nak kata rakyat akan boikot sorry No way mengikut kajian yang pernah dibuat Program Boikot diMalaysia malah dinegara Islam tidak pernah mencapai kejayaan. Kalau ada pun %nya sangat sedikit.
Ini antara senjata atau trend mereka untuk menaikan harga dimarket sembunyikan barang war warkan dalam berita dan at the end Harga Naik. sapa heppi mereka heppi sapa sengsara kita sensara

Sebenarnya siapa yang mereka perbodohkan..atau sememang kita yang bodoh dengan memberi mereka terus berkuasa......

hashim040508

No comments:

Tekan

Tekan

Loading...