Wednesday, May 14, 2008

Sembahyang Sunat Hadiah

Semalam semasa kat Masjid ada sesorang meminta jemaah masjid meminta tolong menghadiahkan
solat sunat hadiah kepada arwah Cik Som bte Zainab. Maka tok iman memanggil beberapa orang jemaah masjid untuk membantu mendirikan solat Hadiah. Memandangkan sepanjang hayat saya tak "came a cross" dengan solat sunat hadiah ini maka sangat berminat mengetahui dengan lebih lanjut dan berjanji dengan Pak Iman akan memdirikan solat sunt Hadiah untuk arwah.
Beginilah kira kiranya cara cara dan fadhilatnya

Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat "Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala"
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah "Nama bte Nama".

Menurut Pak Imam itu lagi terdapat dalam satu kitab sesungguhnya pada malam pertama jenazah dikebumikan maka satu suasana yang maha hebat berlaku dalam liang kubur itu maka dengan solat ini dari anak /kaum keluarga /waris atau sahabat handai moga dilapangkan dan memberi ketenangan kepada arwah didalam kubur.
Ia juga mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa semoga mendapat keampunan dan Rahmat Allah sehingga ke hari Akhirat
Wallahu Alam.
Hashim 14/05/08 @ Masjid Geliga pulang kerumah Rm XX sedekah dari Keluarga si mati.....

17 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,

bole tanya sket dok, ini betul ke hashim habeeb yang saya kenal selama nih...keywords: srsi, smsi, adik kpd ameer?
actually, accidentally terjerepok dgn blog ni thru the link from the other blog(eddyra).

drpd sahabat lama..
~mat huda,(anok ust kassim)~
mohdhuda@hotmail.com

Hashim said...

Subahanalah... lamanya tak jupe..
apakabor sekarang
anak berapa ??
got your email address keep in touch

Anonymous said...

Alhamdulillah, kabor baik..
wah, hebat sunggoh blog mung nih aku tgk, nice job.
skrg aku masih keje dgn UniKL MSI di Kulim Kedah, tp on study leave until mid 2009, insyaAllah. Le ni study kat Uni Teknikal Msia, Melaka. Anok aku baru 1 org, ppuan.
baru2 ni aku ada balik kmn kejap psl org tua aku ada balik kmn, sejok ngundi aritu. dok dang jupe achong pung psl dia sibuk nak gi offshore. tp dang jgok jupe zemi korea dgn zaharin dkt rest limbong, pastu sheikh sabri kat kedai dia di
the store.
lpas ni dok tau lg bila nk balik,
psl ust kassim dah balik tpg semula doh..
aku dh lost no hp mu, aku pnye:
012-5306541

ok, chiao

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Wr.Wb.

Saya telah membaca tata cara shalat hadiah dari artikel Anda. Terima kasih...

Salam saudaramu, tamrin.

Anonymous said...

Setiap amalan yang disangka ibadah itu terbatal tanpa dalil kepada Allah dan Nabi. Dan setiap penyebaran amalan yang tanpa dalil ini adalah fitnah dan khianat pada kesucian Islam jika ternyata ianya sesuatu yang diada-adakan.
Diharap Sdr. Hashim mencari dahulu dalil dan sandaran "solat" ini sebelum menyebarkan sesuatu yang kita sangka amalan baik, tetapi sebenarnya karut marut.
WallhuA'lam

Anonymous said...

FATWA KERAJAAN NEGRI PULALU PINANG
Kategori : Sosial/Syariah

Tajuk :
Sembahyang hadiah kepada Mayat

Isu :
Masalah sembahyang hadiah kepada mayat dan amalan-amalan yang dilakukan dengan tujuan kebaikan.

Keputusan :
Jawatankuasa berpendapat tidak ada satu sembahyang yang dinamakan sembahyang hadiah kepada mayat, apa yang difahamkan daripada hadith ialah sembahyang sunat mutlak sepertimana yang terdapat didalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107)
Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, bacalah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.

(www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID)

Anonymous said...

Saya belajar sembahyang sunat hadiah ni semasa bersekolah agama di johor dan pernah melakukannya. Apa yang diajarkan oleh guru saya, kita digalakkan untuk melakukannya pada malan pertama jenazah dikebumikan.

Anonymous said...

assalamualaikum..
terima kasih atas info anda..
cuma saya rasa anda perlu perbetul lafaz niat solat sunat hadiah..
perkataan "adaan" membawa maksud tunai di mana kita baca dlm solat fardhu dan bknnya dalam solat sunat..
lafaz niat yg btul ialah dgn mengabaikan kalimat "adaan"..
mohon diperbetulkn jika sy ada sebarang kesilapan..

Anonymous said...

Salam. Tadi di kelas agama ada sebut tentang sembahyang sunat hadiah. Tidak ada satu nas pun yang menyebut tentang solat sunat ini' Banyak sunnah nabi kita tak ikut, kenapa nak buat sesuatu yang tidak dibuat oleh nabi?Solat ialah satu ibadat yang tidak boleh dilakukan untuk orang lain.

black rose said...

sy selalu buat gak solat hadiah...tp sy bc ikut suka je lps fatihah...tgk 'keadaan mayat' le...sb biasanya sy dapt lihat dan rasa apa yg mereka rasa...ada yg ok...ada yg tak..
org akan kata karut sb mrk x nmpak...

Anonymous said...

sembahyang hadiah boleh dilakukan bukan hanya pada hari jenazah dikebumikan...slps itu dan bile2 mase boleh...pd waktu yg boleh solat sunat kecuali slps asar....

Anonymous said...

sembahyang wudhu pun tiada nas atau dalil tapi dilakukan oleh Bilal yang melakukan solat sunat tersebut selepas wudhu. Rasulullah sendiri tidak pernah melakukanny tetapi tidak menghalang apa yg Bilal lakukan tu... kalau saya silap, tolong perbetulkan. Wallah hu a'lam.

Burhanudin said...

bid,ah

Burhanudin said...

bid,ah

Anonymous said...

Assalamualaikum..nak bertanya..boleh kah kita melakukan solat hadiah pada hari lain...maksudnya bukan pada malam si mati dikebumikan...boleh atau tidak?

Unknown said...

Alhamdulillah.banyak perbahasan tentang solat hadiah disini.guru saya juga mengajar melakukannya.saya bersetuju pendapat yg menyebut kita hanya perlu lakukan solat mutlak & niat menghairankan kepada simati. Ya Allah,aku mohon dengan ketinggian ilmuMu,ajarkanlah kami & bantulah kami untuk beramal.ampunilah & halangilah kami dari melakukan pekerjaan sia2 & mungkar. Aameein.

Unknown said...

Saya juga nak tahu adakah solat hadiah boleh dilakukan bila2 masa iaitu waktu2 yang tidak terlarang melakukan solat2 sunat lain. Mohon pencerahan. T.kasih. 🌷

Tekan

Tekan