Wednesday, May 21, 2008

Triangle War.....

Perang segi Tiga
saya tidak sempat mengulas Panas beberapa hari lepas pasal Tun Mahatir Keluar Umno kerana sakit yang amat sangat selepas Karnival Futsal Syarikat. Habis Badan Sakit & Kejang maklumlah dah tua ..... Ni baru rasal lega sikit terus update blog skit.
Berbalik kepada kenapa Dr M perlu keluar parti, ??
Sedikit menakutkan ramai menganalisa politik dan juga Para menteri lama termasuk Pak Lah.
Bole dikatakan menarik bila beberapa menteri baru setahun jagung membuat komen atau lawak bodo antara yang menarik dari Zahid Hamidi " Tindakanya keluar parti tidak penting malah saya mengalu alukan keputusannya kerana sudah tiba masa untuk beliau meninggalkan parti" Hu .. Hu ...Hu lawak jugak budak ni. Seharusnya ramai pihak sepatutnya merasakan ianya satu lagi ancaman kepada Pak Lah. Dan Juga kepada Anwar Ibrahim (DSAI).

Sekiranya difikirkan sejenak kenapa Dr M keluar Umno sekarang? Bukankah dia perlu keluar semasa siri siri kritikannya terhadap Pak Lah? Seharusnya semasa dia berucap "Now Umno totaly paralyze" Dr M sudah bole keluar Umno atau semasa kekalahan teruk dalam PRU baru baru ini pun Dr M boleh keluar dari Umno. Beliau mungkin menjangka-kan Pak Lah akan meletak jawatan selepas PRU baru baru ini tetapi kedegilan Pak Lah untuk Step Down selepas prestasi buruknya hanya menyebabkan semakin berpengaruh DSAI.
Khabar Khabar angin yang mengatakan bahawa akan ada segelintar ADUN BN yang akan berhijrah ke Pakatan Rakyat tidak dipandang ringan oleh Dr M. Kerana Dr M mungkin percaya kemampuan DSAI untuk menjatuhkan Pak Lah. Akan tetapi our Sleeping PM mungkin masih kabur atau langsung tidak tahu kekuatan DSAI kerana dikelilingi oleh kaki bodek, kaki temberang atau kaki angguk yang cemerlang. Mereka ini sentiasa meniupkan kata kata keramat "Hidup PakLah" ."Kami Sokong Pak Lah", "Kami sentiasa dibelakang Pak Lah" untuk Pak Lah terus di buai mimpi mimpi indah bersama Michelle Yeoh

Sesungguhnya Dr M melihat dari kelemahan Pak Lah membina kekuatan kepada Pakatan Rakyat khususnya DSAI. Bagi Dr M DSAI adalah seorang yang tidak bole dipandang ringan atau dikotak katikkan. Semasa DSAI menjadi TPM di zaman Dr M pengaruh & kekuatan DSAI begitu terserlah dan hampir mampu memadamkan zaman pemerintahan Dr M. Begitu juga Skandal Perwaja dan membawa Eric Chia ke muka pengadilan adalah antara kerja kerja yang gerakkan oleh DSAI. Sikap kematangan dan diplomasinya DSAI membawa dia dihormati & disenangi dinegara luar berbanding Dr M dan Ini antara yang menyebabkan Dr M begitu marah assistance sudah "Main Belakang", Maka mencantas timbalan dengan kes "Main Belakang". Sesungguhnya DSAI antara orang yang terhandal dan berwibawa sehingga menjadi ketakutan Dr M. Beliau pernah memecat 2 orang timbalannya Musa Hitam, Ghafar Baba tanpa sebarang ketakutan.

Mengapa Dr M perlukan Pak Lah meletak Jawatan?.
Jawapan saya simple, Sekiranya Pak Lah meletak jawatan dan menyerahkan kuasa PM kepada timbalannya DSN maka kekusutan dalaman Umno akan kembali tenang dan Umno akan kembali bekerja untuk boss baru. Oleh yang demikian seolah olah Umno mempunyai kekuatan baru dan ahli yang tidak begitu menyukai Pak Lah akan kembali bekerja untuk parti seperti mana ketika Pak Lah mula mula menganti Dr M. dan ketika itu kekuatan Pakatan Rakyat kembali menurun. Dan Sekiranya
Pak Lah tidak mahu turun maka Kebarang kalian DSAI menjadi PM semakin menjadi Kenyataan dan ini mungkin menakutkan kembali Dr M. Kemungkinan besar pelbagai kes kes skandal / Rasuah, Salah guna kuasa akan dibawa ke muka pengadilan, dan dipertontonkan ke pada rakyat. Ini antara kekuatan yang ada pada dan dimiliki oleh DSAI yang tiada pada Najib, atauHishamudin malah tiada Nazri, mahupun Zahid Hamidi apatahlagi pada Khairi..

Sekarang Dr M telah melancarkan perang keatas Paklah yang masih tidur akibat ketakutan pada DSAI yang makin aggresif.

5 comments:

Anonymous said...

Aku suka dengar ungkapan 'komen bodo' yang en hashim tulis tu..

Anonymous said...

Salam

Tegur sikit..

"Tringle War....." tu patutnya

"Triangle War....."


Jangan marah aa..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Roger
Thank
dah edit

wati said...

i suka ucapan u tu....

Tekan

Tekan