Thursday, June 12, 2008
Gila Judi
Isu 100 hari 100 kereta hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas, Apabila terdapat unsur unsur Judi. Lebih memeningkan kepala para Ulama & Mufti yang begitu arif mengeluarkan pelbagai Fatwa dan pandangan. Bila Mufti Perlis MAZA mengatakan peraduan tersebut terdapat unsur judi maka satu akhbar yang menemuramah Ketua Eksekutif Celcom Sazaly Ramli bermati mati mengatakan bahawa telah menkaji dan ianya tiada berunsur judi. Manakala beberapa hari lepas Mufti mengarahkan Celcom menghentikan peraduan tersebut
thank for keratan akhbar by mawifc.com.
Persoalan sekarang mengapa hanya peraduan celcom sahaja yang dikecam haram oleh Mutfi bagaimana peraduan yang disiarkan di ASTRO, TV 3, TV 2 seperti Durian Runtuh, Fulusmania dan sewaktu dengannya?? Sedangkan JAKIM telah mengeluarkan keputusan Menurut keputusan Panel Kajian Syariah JAKIM pada 19-20/4/2004 menyatakan hukum peraduan SMS dan menyertainya adalah haram kerana proses peraduan SMS yang dijalankan adalah tidak jelas dan mempunyai unsur-unsur perjudian.
Walaupun undang undang telah melarang umat islam berjudi masih ramai lagi yang kemarut berjudi.
Kalau derma masjid atau Surau Rm seringgit pun terketar ketar tangan, tapi kalu SMS ke AF, Gengster, Malaysian Idiot beratus ringgit pun tak kisah................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment