Friday, June 6, 2008

TNB Tarif Sekadar Cherita Dongeng


Oleh kerana kenaikan tariff elektrik hanya akan berlaku dalam bulan Julai maka ramai orang hanya melihat pada satu masalah sahaja iaitu pada masalah Minyak naik sahaja. Mana mana web atau berita sekadar berkisar pada kenaikan minyak sahaja. Kenaikan tariff elektrik yang diumumkan bersama sama kenaikan minyak dilihat sebagai usaha usaha Silembik menyelamatkan TNB dari dikecam pelbagai pihak. Bila kenaikan minyak dan tariff diumumkan bersama semua rakyat hanya melihat minyak sebagai masalah utama dan tariff elektrik tidak diprotes secara meluas.

Mesti untung Punya

Berbalik kepada kenaikan tariff elektrik saya sempat kembali kepada masa lampau macam cerita “Back to the future” ketika itu Datuk Leo Maggi bersama anak Mohmad Noh iaitu Che Khalib pada sidang akhbarnya selepas mengumumkan prestasi kewangaan syarikat berakhir pada 31 Ogos 2007 memaklumkan TNB mencatat peningkatan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM4.765 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2007 berbanding RM2.756 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Maka sinilah persoalaan yang menarik minat saya untuk menkaji sedikit pasal TNB ini. Dengan bantuan pakcik google saya berjaya lagi mengorek keuntunggan pak lah TNB untuk beberapa tahun kebelakangan adalah Keuntungan sebelum cukai TNB menurut penyata kewangan berauditnya adalah seperti berikut:

2002 - (RM1.5135 bilion

2003 - (RM1.6485 bilion

2004 - (RM1.4827 bilion

2005 - (RM1.819) billion

2006 - (RM2.752) billion

2007 - (RM3.600) billion (Selepas cukai)

Sekiranya Maklumat yang tunjukan diatas salah maka penipulah sayalah tetapi sekiranya ianya betul dan seperti dilaporkan maka dekat mana TNB rugi ??

Dilihat dari kenaikan kos pada harga minyak dan gas global maka saya perlu tabik pada pengurusan TNB yang sering mencatatkan keuntungan yang meningkat dari tahun ke tahun. Sementara itu menurut Che Kalib lagi kenaikan arang batu tidak mengugat TNB kerana TNB telah mengikat perjanjian dengan pembekal arang batu (“Price Agreement”). Pada perkiraan saya Bekalan gas juga mereka mempunyai perjanjian harga.

Keuntunggan yang tinggi ini diperolehi pada tahun 2007, walaupun pun TNB mendakwa kos operasi meningkat sebanyak 8.6 peratus tahun 2007 berbanding 4.4 peratus pada tahun 2006, begitu juga dengan pelaksanaan program pengurusan tanggungan hutang dan faedah pengukuhan ringgit, kumpulan mencatat pengurangan 11.4 peratus dalam jumlah hutang daripada RM27.1 bilion kepada RM24.0 bilion, TNB masih mampu mencatat excellant performance

Sekadar congak paklah (congak bodoh) Sekiranya kos peningkatan 50% pada 2008 tanpa menaik tariff lektrik maka seharusnya TNB masih lagi untung sekitar 1.8 Billion.

Persoalnya Sekarang apakah keuntungan TNB yang didakwa sekarang adalah hanya untuk mengaburi mata rakyat dan para pembeli saham TNB?

Kenapa TNB terus boleh mencatatkan keuntungan walaupun kos bahan api dunia meningkat ? Apakah formula mereka sedikit pun tidak menjejaskan prestasi syarikat malah lebih untung dari tahun tahun sebelumnya?

Apakah GLC ops MLC menteris link-company tidak menambil kira semua fakta fakta berikut sebelum megkaji kenaikan tariff. Atau ada lagi Hidden Agenda disebalik kenaikan Tarif TNB ???

3 comments:

mie said...

pemimpin sekarang pentingkan diri sendiri..

fikirlah nasib rakyat di Malaysia..

45% dari rakyat Malaysia ialah belia.. huhu~

Unknown said...

TNB??? in Sabah, they like living in hell. Terlalu kerap berlaku gangguan bekalan elektrik, apa tindakan mereka? TAKDE...duit nak ambil, kerja tak nak buat...DAMNIT....

Anonymous said...

Aku dok pakoh nimbang tu....
Hok mn2 hok fanatik sgt2 tu sedor2 lah...

Lu pikir la sindiri!!!!

Tekan

Tekan