Dalam hidup aku pekara yang paling aku menyampah dan benci sekali ialah
bila ada orang call aku guna "Private Number" especially pihak bank yang kejar bayaran kad kredit dan loan bank.
Biasanya kalu Private number ni aku malas nak layan sangat biasanya aku tak angkat
biarkan dia call. Aku pernah komplen kat customer services yang aku takkan angkat kalu lu orang guna private number. Tapi tiada apa apa perubahan. Kadang kadang 5 ke 6 kali miss call dari Private Number lepas tu siap dia orang call rumah aku pulak.
Menyampahnyeeee....
Satu lagi yang paling menyampah ialah bila syarikat insuran call yang jual cheap insuran. Jenis insuran ni yang terus potong kad kredit. Amount dalam rm 15 ke atas. Walaupun nampak kecik tetapi entah aku tak berkenan. Dia punya telemarketing tu orang siap ucap tahniah dan aku dikira bertuah kerana terpilih menyertai program insuran mereka. Apa yang bertuah aku pun tak tau bukan kad bapak mereka yang dia orang swipe untuk bayaran bulanan.
Yang boringnya bila Bank pembekal Kad Kredit yang pass pass kan no HP aku kat dia group telemarketing ini.
Dua dua kegiatan dikira HALAL oleh Bank Negara kerana aku pernah membuat aduan kepada bank tersebut dan juga kepada Bapak Bank iaitu Bank Negara tetapi malangnya tiada tindakan
1 comment:
Tak pe...klu kad credit jd masalah....nti kita bg kad raya...
Post a Comment