Wednesday, September 24, 2008
Pesta pemberian Wang Ehsan
Pagi tadi masa keluar ke bandar untuk urusan bank ter sangkut kejap kat bandar Kemaman
Kenapa jem ni kat bandar kemaman ?
Oh rupanya ada pemberian Wang Ehsan rupanya kat Dewan Diraja Sri Amar rupanya....
Lepak kejap tengok kerenah penerima Wang Ehsan....
Scene 1.
Tengok brader Pakai kereta wira, Sport Rim 15, Ekzos Sport, spoiler, pun amik wang ehsan..
Scene 2.
Makcik jalan berlenggang lenggok Rantai Emas, Gelang Emas ala ala Mami Jarum pun amik wang ehsan....
Scene 3.
Alamak member aku, Jeans Levis 505 Ori, Spec Rayban, Baju Renoma, pun angkat wang ehsan.
Jalan tunduk2 malu kot ... Sampai opis siap ko...
Scene 4.
Tengok macam penyokong pembangkang je... Takkan amik jugak wang Ehsan.
Scene 5.
Macam ahli keluarga Ketua Bahagian je.. Opss.. mungin ada borang lebih....
Ehm.. Begitulah kerenah para penerima penerima wang Ehsan layak atau tidak hanya empunya diri sahaja yang tau. Begitu juga dengan cara pembahagian kalau jujur cara pemberian maka jujurlah tapi kalu kronisme maka konarlah pemberian.
Begitulah antara salah satu acara tahunan bagi kerajaaan BN terengganu
Pesta pemberian Wang Ehsan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Salam Hashim...
Salam ziarah & salam kenal...
Mudah2an duit yg diberikan dari sumber yg halal..
Akak : Terima kasih atas ziarah akak dan sudi menulis komen,
encik hashim dok kat ganu ke?
Dijahsaad : Yup dikenali dengan nama glamer bandar Taxes @ Chukai Kemamang Gannu
La...saya kat kuala tganu..hehe
Lalalalala, ganu kiterrrrr
Ooo ye ke..bergantung la kepada penerima tu...kalau dia betul susah memang patut,tapi kalau sebaliknya dia patut sedekah yang diterimanya kepada yang lebih memerlukan..harap begitu la.
Dijahsaad : Sama la kite geng kepok lekor
Tie : Masalah sekarang Wang itu tidak diagih kepada mereka yang betul2 memerlukan.
Assallamualaikum
Ustaz, betul tu, hanya yang empunya diri saja yang tahu jika mereka betul2 perlukan wang ehsan itu. Tapi kalau dah ala ala mami jarum tu, tak payah lerr, bagi sahaja kat orang lain... tak gitu?
Wassallam
wang ehsan ni dh lama korup.. takkan sapa2 tak tahu..
ingat lagi masa belajar dulu (time PAS perintah trg)..
cikgu umum dlm kelas: "siapa yang nak wang ehsan, sila tulis nama kat borang ni".. semudah itu, xde tapisan..
semua budak dlm kelas aku tulis la, anak datuk ada, anak dr ada,
ni murid2 kelas aku.. yang sapa2 rasa patut dapat..
-anak mutalib embong ada..(pas pusat)
-anak che mat che jusoh ada..(pengarah sukan malaysia)
-anak sapa lagi.. ha anak SUK kerajaan terengganu
-anak tengku hassan (pengarah agama negeri)
-anak dr sulaiman kt
-anak datuk harun,marang
-anak Pengarah agama Malaysia Mufti)
itu x campur lagi yang sederhana tinggi..
apa2 pun xleh salahkan student jugak, org nak bagi.. ambik je lah..
.. semua tulis dan semua dapat rm700 satu semster.. punya la kaya terengganu ek.. walau org kata, negeri paling miskin di Malaysia...
Snowflake : Dalam dunia ini terdapat 3 TA yang menjadi rebutan & sekiranya TA ini dijadikan panduan hidup maka binasa lah diri
TA pertama WaniTA
TA kedua HarTA
Ta ketiga takhTA
Lochoe : Memang bukan salah student atau penerima, Tetapi bagi saya cara tapisan dan pemilihan penerima bantuan seharusnya diperbetulkan. Ni kuasa penuh ditangan JKKK
adehhh.. pitih ehsang skali abuk duk buleh.. puok-puok dia bahang belaka semaaa..
En Eddyra : Takkan Senior ******** ******** Gaji Rm **K pun nak pitis ehsang
Owh... Aku tak pernah lihat orang bagi wang ehsan. baru aku sedar cenggini senarionya
Syam : Cam ni ler tapi satu lagi sebelum membahagi wang wajib dengar ceramah dari Politik dari BN
kuang3x! Padang gitu doh la pitih rakyak..
Eddyra : Kalu mung nak pitis eshang nanti aku cakap contact Mok Long beri borang ke mung se... G amik ngan mat said
wahaha.. yashim baloh dengan mok long pasal PAS UMNO.. yashim panasang last-last yashim sound mok long..
"mapuh mu la mok long.."
Mok long sound semula..
"mapuh mu la cik yashim"...
Muahahaha.. main lagi dengan mok long..
Eddyra : Sumpahan kerana berbezaan politik Dasyat dasyat.... Main sangat dan maklong
sepatutnya penerima wang2 ehsan perlu dikaji latar belakang sieorang so orang2 yang betul2 memerlukan menerima wang tu..
Azuwan : Sepatutnya begitulah tetapi oleh kerana dasar pilih kasih kroni dan nepotisme inilah satu lagi salah guna kuasa yang berlaku id Gannu
Post a Comment