Monday, September 8, 2008

Sekitar Lawatan Sambil Belajar Para MP

Tadi masa menonton Berita Bernama TER rasa sedikit musykil pasal para para MP bersetuju pergi melancung sambil belajar ke suatu tempat yang dirahsiakan.

Teringat saya masa Zaman sekolah dulu semasa pergi rombongan sambil belajar Guru semestinya memberi satu surat kebenaran menyatakan tempat lawatan tujuan nama dan no telepon guru sekiranya kecemasan yang perlu diisi oleh penjaga sekiranya murid murid pergi kelawatan sambil belajar. Tak pernah pula tempat lawatan di rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa.

Begitu juga selepas bergelar Suami sekiranya hendak pergi lawatan sambil belajar ke luar negara seharusnya mendapat mandat dari Isteri baru bole pergi... Kalau isteri dengar aje pergi Batam atau Thailand mau perang besar dulu sebelum keizinan diberi.

Tapi agak pelik bin ajaib bila Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) menganjurkan lawatan sambil belajar yang tak pernah dibuatnya sebelum ni, dengan tempat yang dirahsiakan pula.
Katanya lagi ianya berkaitan dengan perbangunan Pertanian, kenapa pulak tak bawak menteri Asas Tani ??

Ada pula tin tin kosong berbunyi. Tujuan lawatan melarikan para para MP dari membuat Lompat Kijang atau lompat katak pada 16 Sept, maka ianya hanya bertujuan menyelamatkan Pak Lah dari turun kerusi PM.

Dan bagi saya perbuatan ini bole dikategori sebagai Jenayah Rasuah Klik untuk Definisi Rasuah

Entahlah apa lagi nak jadi semakin lama semakin haru biru kacau bilau aku dibuatnya
apa apa pun aku nak layan lagu scorpion lagi lah.......

1 comment:

Anonymous said...

inilah perancangan paling kelakar dan bangsat pernah aku dengar. sume takut dgn kedatangan 16 september. mcm2 helah dibuat... alahai...

Tekan

Tekan