Tuesday, April 22, 2008

Al-Fatihah untuk Keluarga Dr Norlida


Kereta cuba ditanam menggunakan jengkaut - Mayat 'mama' ditemui Oleh MANIRAH OTHMAN


KEMAMAN - Misteri kehilangan Zaiton Muhamad (gambar), 55, sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di Bukit Taka, Ibok di sini malam tadi.
Mayat mangsa ditemui pukul 9 malam tertanam di kawasan penanaman pokok naga selepas sepasang suami isteri yang ditahan polis menunjukkan lokasi mayat itu.
Sebelum penemuan mayat tersebut, kereta milik mangsa yang berasal dari Chukai itu, turut ditemui kemik dan ditanam separuh bahagian badannya di tapak semaian pokok bunga di Kampung Mak Chili.

Jarak antara tempat mayat Zaiton ditemui dengan keretanya ialah kira-kira dua kilometer.
Penemuan kereta yang dipercayai cuba ditanam menggunakan jengkaut itu disedari oleh penduduk kampung kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Anak mangsa, Norliana Ariffin, 25, mengesahkan penemuan mayat ibunya.
Beliau berkata, sebelum itu lebih 100 orang ahli keluarganya dan sahabat terdekat 'berkampung' di Cherating sejak malam kelmarin untuk menjejak ibunya.
"Tak sangka akhirnya mayat ibu ditemui di tempat lain yang kami tak jangkakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Chukai di sini.
Kosmo! kelmarin menyiarkan misteri kehilangan Zaiton yang juga merupakan pemandu van sekolah Rabu lalu selepas kali terakhir dilihat membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya kira-kira 10.30 pagi hari kejadian.
Menurut Norliana, pelbagai usaha dilakukan sejak kehilangan ibu mereka itu termasuklah mengadakan solat hajat dan menggunakan khidmat bomoh untuk mengesan lokasi ibu mereka."Sudah banyak tempat yang kami pergi untuk cari mama termasuk sehingga ke Bukit Besi, Dungun dan Gebeng, Kuantan," katanya.

Norliana berkata, polis memberitahu sepasang suami isteri yang menyewa rumah sewa ibunya sejak tiga bulan lalu ditahan semalam.
Katanya, beberapa hari sebelum hilang, ibunya pernah melahirkan rasa bimbang kerana rumah sewa itu kerap didatangi orang yang dipercayai datang mengutip hutang daripada suspek.

------------------------------------------------------------

AlFatihah kepada keluarga En Arifin bekas Guru dan seluruh ahli keluarganya keatas kehilangan Puan Zaiton. Moga moga rohnya dicucuri rahmat. Insyaallah penjenayah akan menanggung siksaan di dunia & akhirat. Amin.

Saya mengenali Arwah dan juga salah seorang anaknya. Kesedihan yang kita rasakan lebih perit kepada keluarga mereka yg kehilangan ahli keluarga mereka.

Aman kah Malaysia, Selamatkah Malaysia, Makmurkah Malaysia ????

3 comments:

Anonymous said...

al fatihah..
Memang kuang ajo pembunuh tu.. aku tak kenal aruah in person tapi selalu tengok aruah ni bawak van sekolah..

Anonymous said...

Bengong tu mmg kurang ajo tp kalu ikut hukum Allah sape berani bt mungkar!Rata2 skrg - zina , arak, judi, jenayah sbb xboh ikut hukum Allah. Hok bengong2 pakoh nimbang tu yg nak sgt hadhari.Ni la akibatnya.Kemamang ni berat sgt doh..tp dok sedor sittu uu!!!Org kata bengong berasa ati, dok kata dok reti!!Cit poooooDAH!!!!!!!!!!
Eh lu pikir la sindiri!!!!

Anonymous said...

Takbir.. :)

Tekan

Tekan