Aku terima satu mail dari Yeop office mate aku yang mengandungi
beberapa keping gambar.... satu keping aku posting kan dekat sini
tujuan aku bukan untuk memalukannya tetapi sekadar memberitau apa yang salah
Apa itu Aurat ?
AURAT ialah perkara aib atau keaiban dan jika dikaitkan dengan bahagian badan manusia adalah bermaksud bahagian badan yang dianggap tidak baik dan memalukan jika didedahkan kepada umum
Aurat Bagi Wanita ?
Aurat wanita pula ialah seluruh badan bagi wanita bebas kecuali muka, dua tapak tangan di bahagian atas dan bahagian bawahnya
Hukum menutup aurat itu bagi wanita ?
Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya . Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka. Pelbagai dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.
Siapa yang Bole melihat aurat wanita?
Surah An Nur ayat 31
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan."
Antara Kesalahan kesalahan yang sering berlakuYang sebenarnya atau yang lebih afdal seperti berikut
Secara amnya wanita berpakaian begini boleh dikatakan bole mengurangkan jenayah rogol, cabul, dan pelbagai kejadian yang tidak diingini... berbanding gambar wanita diatas....
Tujuan Tuntutan Aurat
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membuang bayi luar nikah dll.... Syaitan juga mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
Jazakallahu Khairan
hashim
16/4/08
No comments:
Post a Comment