Wednesday, April 30, 2008

MALAYSIA TIDAK MAMPU LAGI MENGHANTAR PELANCUNG KE ANGKASA?


Beberapa ulasan yang dibuat termasuk No 1 negara tentang penjimatan baru Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar Pelancung Angkasawan Malaysia kedua. Sekiranya kesakitan Mejar Faiz semasa ditetak oleh beberapa orang lelaki mungkin kesakitan mungkin lebih lagi apabila mendengar berita buruk ini

Menurut kebanyakan akhbar menipu minda rakyat berdasarkan fakta yang dipersetujui oleh badan-badan dunia, kos bagi membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa adalah lebih rendah daripada kos menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

So apakah kos menjadi factor ? Menyemak balik perbelanjaan menghantar Sheikh Muzaffar ke Angkasa Lepas yang memcecah 100 juta tu nasib baik ada discount dari kerajaan Russia diatas pembelian Jet Pejuang Sukhoi maka seorang Angkasawan Malaysia dibenarkan melawat Angkasa Lepas dengan kadar yang murah.

Memandangkan replacement Nuri yang disebut sebut kontraknya bakal diperolehi oleh sebuat syarikat Itali AgustaWestland (Agusta) untuk model AW101 juga dikenali dengan nama Merlin. Maka tiada lagi discount untuk penghantaran angkasawan yang kedua. Akan menjadi kemarahan rakyat Malaysia lah sekiranya ada pengumuman penghantaran angkasawan ke2 dengan kos yang lebih tinggi. Kecualilah Malaysia membeli Helikopter yang ditender oleh syarikat Russia.

Ataupun semenangnya Pak Lah mengetahui penghantaran Angkasawan ini memang suatu pembaziran Wang Rakyat yang selepas post mortem mendapati memang salah satu punca kekalahan BN dlm PRU13 atau Sekadar satu kemegahan BN dalam Era pentadbiran Pak Lah. ?

Sheikh Muzzafar juga menyarankan agar program angkasawan kedua dihentikan bila sedar beban yang kerajaan tanggung semasa dia ke sana...Atau tidak mahu Mejar Faiz lebih Glamour darinya Maklumlah sekarang dalam Majalah Hiburan pun ada gambar Sheikh Muzzafar dah.Tu tak termasuk pelbagai anugerah yang diterimanya Nanti kalu Mejar Faiz naik Angkasa dan buat experiment yang lagi canggih mau hilang glamournya.

Pokok pangkalnya Rakyat sekarang tidak mau tau Berapa Kos penghantaran Angkasawan, Atau Berapa kos membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa atau berapa kos pembelian helicopter. Tetapi rakyat lebih berminat untuk mengetahui Berapa Harga Gula sekilo hari esok? Berapa harga Minyak Petrol esok, Berapa harga beras esok………

Hashim300408

No comments:

Tekan

Tekan