Selepas pelbagai aduan diberikan kepada Badan Bebas BPR ops Belum Badan Bebas lagi cerita tentang seekor Toyol yang terlibat dengan pelbagai Skandal kebas Pitis, Salah guna kuasa, Pecah Amanah arakian maka masih kebal lagi Toyol tersebut walaupun tidak berkuasa lagi. Tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap Toyol walaupun pelbagai usaha diambil untuk menangkap Toyol Tersebut.
Semenjak Toyol berkuasa telah banyak projek-projek besar seperti projek jalan-jalan di Sekincan dan Sungai Panjang diagih kepada Kroni Kroni Toyol. Antara kroni Toyol paling banyak dapat projek adalah Setiausaha Poltik Toyol melalui sendiri iaitu Meram Holding dan Radzah Sdn Bhd dan juga pegawai khas Toyol, yang dalam usaha mengumpul harta kekayaan.
Toyol juga didakwa terlibat dalam skandal tanah di Kajang. Toyol dikatakan membeli sebidang tanah dengan harga RM2 bagi setiap kaki persegi dan menjualnya kepada PKNS dgn harga RM22 sekaki persegi. One shoot Toyol berjaya meraih RM59 juta.
Toyol juga didakwa terlibat dlm kes rasuah dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada tahun 2002. Dalam urusniaga itu, toyol selaku Pengerusi PKNS meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat 50 peratus potongan dari harga asal. Juga kontroversi dalam pembinaaan bunglow mewah di Shah Alam untuk kegunaan Exco2 yang memcecah nilai 40juta ringgit ketika rakyat menangani krisis ekonomi yg teruk. Tidak termasuk meminta komisen komisen untuk setiap projek yang telah diluluskan olehnya
Terbaru muncul satu lagi Toyol Kecik yang mampu menghilangkan duit sekitar 10juta dalam sekilip mata.Mana taknya toyol kecik ni belajar dari Gurunya... Mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasik.
Saya sering terbaca hikayat pasal toyol, selalunya Toyol amik pitis sikit aje.... tak sangka pula sekarang ni status Toyol dah berubah kalu sapu, ..... sapu sampai licin.
hashim290408
No comments:
Post a Comment