Friday, April 18, 2008

Pemain Simpanan Pasukan BN

Soure : Utusan Meloya

Maznah Mazlan, Abdul Rahim Bakri, Lajim Ukin diumum timbalan menteri baru

18/04/2008 5:26pm

Maznah Mazlan, Abdul Rahim Bakri dan Lajim Ukin

KUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baru termasuk dua pemimpin dari Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata, mereka yang dilantik ialah Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa selepas mereka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Rahim merupakan Ahli Parlimen Kudat manakala Lajim ialah Ahli Parlimen Beaufort.

Maznah pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Pahang.

Maznah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang.

Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Maznah sebagai Ahli Dewan Negara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mac lalu Ahli Parlimen Kalabakan dari Sabah, Datuk Ghafur Salleh melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala dua lagi Ahli Parlimen menolak tawaran menyertai pentadbiran kerajaan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar.

------------------------------------------

Datuk Maznah MP Muadzam.... Orang muadzam pasti ketawa dengan seorang lagi kaki kelentong diturun kan kepadang .....

3 comments:

kapong said...

Kalau Maznah, memang kaki kelentong. Aku ada pengalaman. Susah payah buat kertas kerja, orang lain yang dapat projek. Nak tahu hok real lagi, tanya orang Muadzam. Khabarnya, sebelum PRU12 ada nak beri tanah. Tapi tanahnya entah di mana? Barangkali, kalau nak jadi orang politik puak-puak ni, kena kelentong sikit.

kapong said...

Ahli politik kanan kes cabul dan yang berada di luar negara... Siapa agak-agaknya?
Mungkinkah orang Pahang juga? Macam kenal aje...

Hashim said...

Tahu tak pe....

Mentri tu Dari R****N

Tekan

Tekan

Loading...