Friday, May 2, 2008

Apabila Kambing Paklah mengembeek

Sabri Cheek aka Kambing Paklah mengembeek lagi beberapa hari dah dengan isu untuk tidak menyiarkan lagi siaran Perlimen secara langsung. Sekejap kata akan buat siaran langsung sekejap kata akan stop, sama lah tu dengan Tuannya buat kenyataan tak pernah tepat asyik flip flop je..

Nak kata tak kenal komang sangatlah aku ni, budak Kemaman, adiknya schoolmate aku familynya tinggal dekat Jabor memanglah aku kenal budak ni... Masa sekitar kempen pilihanraya ke 12 muka tak nampak pun agaknya takut dengan calon lawan kot.....

Apa pun dan jadi MP dah masuk musim kedua. Kalu seorang MP yang sering masuk Parlimen semestinya dah tahu perangai dan keadaan parlimen.. Sidang parlimen yang lepas pun kita dapat lihat pertengkaran sering terjadi antara pasukan BN dan pembangkang. Seharusnya perkara ini dah diambil kira sebelum keputusan siaran langsung ambil.

Kalau dilihat dari satu sudut lagi saya merasakan kerajaan barisan nasional "yang menang dengan kerusi yang banyak" semakin takut dengan soalan soalan yang ditujukan kepada dan jawapan yang mereka beri akhirnya akan menjadi bahan lawak, hari pertama dan kedua dapat melihat seperti bantahan dan perbahasan dari wakli PR, Salahudin Ayob, Lim Kit Siang akhirnya BN lega bila mendapat bantuan speaker Pendekar Amin. Seharusnya mereka sudah menekan buttan panic dan semesti "supercheek" bertindak menghentikan siaran langsung.

Kalau kuasa ditangan mereka apa saja bole buat.... itulah hakikatnya......
hashim020508

No comments:

Tekan

Tekan

Loading...