Friday, May 2, 2008

Tandas Oh Tandas

Baru ni berkesempatan menbawa anak anak KL Zoo Negara maklumlah masa cuti sekolah lepas janji nak Bawak tapi tak sempat. Bersama Isteri dua dan anak Hisham & Habeeba serta 2 orang anak sedara Fazelika dan Fatihah have a great day kat sana. Lepas Pergi ke Zoo singgah pulak shoping kat Mid Valley. Dah lama tak kesana so cari parking pusing punya pusing akhir dapat parking kat Garden Hotel / Shopping Mall bangsar.

Masa naik mall tu budak budak semua nak pergi toilet so pusing lagi cari toilet, maklumkah tempat baru tak beberapa familiar..... Follow signboard last last sampai satu sudut jumpa toilet. Masa budak budak serbu ke Tandas rasa lain pesen pulak ada sorang macam bell boy dengan pakaian green gitu tunggu dekat kaunter. Dekat belakang ada signboard Rm 5.00 untuk seorang masuk tandas. Fuyh yoo seorang Rm 5 kami 6 orang rm 30.00. So saya paksa mereka menahan tujuan nak g tandas. Kita ke Tempat Petrol station @ cari tandas awan yang Rm 0.20 cukuplah.

Saja nak tanya kat pelawat blog ni. Kat Malaysia ni dah sampaikkah masa nak caj masuk toilet Rm 5.00? Apa Special kat tandas tu aku masih memikirkannya. Mungkin orang KL dah biasa dengan caj sebegitu... Tapi untuk aku bayar Rm5.00 untuk kencing sorilah, Aku sanggup tahan lagi. Lebih Baik duit Rm30.00 tu aku buat isi minyak balik ke Kemaman.

Ada berani masuk tandas kat Garden Hotel ??

4 comments:

sebol said...

Tandas sebenarnya special, tetapi tidak perlu la sampai kena bayar Rm 5.

kalau sesebuah itu mempunyai rantaian tandas yang bersih, dan percuma, organisasi itu akan menggoncang dunia.

dari supervisor, ke manager, ke CEO semua mempersoalkan kenapa tandas kotor, maka dapatlah untung 74 bilion.

eddyra said...

sampai begitu sekali en hashim.. dasatt dasatt..
cekit darah tu..

hashim said...

Begitulah kiranya...
Kencang angin tiup belah telok kalong
Dengar kata ramai nak blah dah.....
En eddyra pun dengar kata nak masuk PCSB pulak
Nanti jadi client kitalah nanti ye...

eddyra said...

untung sabut timbul untung batu tenggelam en hashim.

Tengok lah, banyak sangat khabar angin, rumour, gossip itu ini.. macam-macam hal.

Kalau betul-betul berlaku, tinggal semua 2 technical clerk & 1 wpe jer ler.

Tekan

Tekan

Loading...