Gambar jentolak mengalih tembok hadang yang didirikan oleh Grand Saga
Pic : utusan malaysia
Pic : utusan malaysia
Setelah 3 tahun merana dengan membayar toll penduduk Bandar Mahkota Cheras semalam Kerajaan telah mengarahkan laluan tersebut dibuka. Menurut Menteri Kerja Raya laluan tersebut dibuka sehingga keputusan Mahkamah membuat keputusan berhubung pertikaian diantara pemegang konsesi lebuhraya Grand Saga dengan Pemaju BMC syarikat Narajaya Sdn Bhd. Ini bermakna sekiranya keputusan Mahkamah berpihak kepada Grand Saga maka laluan tersebut mungkin diTUTUP semula ??
Menurutnya Ir Zin keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri menerima cadangan Kementerian Kerjaraya agar membuka laluan setelah mengambil kira kepentingan penduduk dan mengelak kontroversi berlarutan.
Antara petikan berita tersebut mengatakan Grand Saga boleh menuntut Rm 9000 sehari dari kerajaan mengikut perjanjian konsesi.
Maka bolehlah bergembira "sementara" penduduk BMC setelah penat lelah mereka selama 3 tahun menentang isu tersebut memperolehi kemenangan. Sekiranya kerajaan mengatakan mengambil kira kepentingan penduduk mengapa mengambil masa sehingga 3 tahun, mengapa selepas penduduk bangun untuk protes, mengapa selepas FRU menembak Gas Pemedih Mata baru Jemaah Menteri mengambil kira kepentingan penduduk?? Sekiranya perjanjian konsesi diambil kira adakan jumlah bayaran Rm 9000 itu hanya dengan membuka tembok halangan laluan BMC? Sekiranya bayaran boleh dituntut oleh Grand Saga dengan membuka laluan BMC pada saya bodoh tahap Cipan punya perjanjian konsesi antara Kerajaan dengan Grand Saga.
Apapun saya TABIK kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras dengan semangat yang tidak luntur selama tiga tahun menprotes sehingga mendapat kejayaaan walaupun sementara. Semoga keputusan Mahkamah menyebelahi penduduk BMC

No comments:
Post a Comment