Masa balik dari kerja saya ada perasaan terdapat beberapa signboard dinaikan oleh MPK berkenaan dengan larangan kenderaan kenderaan yang melebihi 5 tons tidak dibenarkan melalui Jalan Sulaimani hingga ke Jalan Che Teng, Jalan Jakar (laluan kedai kopi Haipeng sehingga ke Laluan hadapan Pasaraya Tunas Manja). Larangan ini berkuat kuasa mulai 1. Jun 08. Ini kerana ianya adalah dikirakan kawasan Bandar Chukai dan laluan kenderaan berat menyebabkan kesesakan lalulintas @ bolok arok dan tidak dirasakan sesuai. Just imagine lori bawa Besi Billet perwaja parking depan bank untuk draw duit kat Atm dok ke Gila...
Saya setuju sangat keputusan ni. Dah lama dah suggest kat MPK, tapi mungkin suara suara sumbang saya tidak kedengaran di sana kot.
Dan satu lagi request Saya ialah larangan juga hendaklah dikuatkuasa di laluan dari Taman Permai Jaya (Institut Budi Kawan) sehingga ke simpang Sekolah Menengah Chukai. Jalan ini boleh dikatakan laluan kecil ke Kg Tempurung, Bandar Baru Bukit Mentok, Kalan Pandan. Ianya sering digunakan oleh Lori Lori Balak yang mungkin pada fikiran saya mengalihkan laluan dari melalui Balai Polis Kemaman. Memandangkan jalan ini agak kecil dan sering digunakan oleh budak budak sekolah, maka amatlah Bahaya sekiranya Lori Balak terus melalui jalan ini.
Jangan sampai kejadian yang tidak diingini berlaku baru nak bertindak
No comments:
Post a Comment