Saturday, June 21, 2008

Ke Pusat Santuary Penyu Cherating

Semalam bersama sama sahabat sempat kami 2 keluarga bersama anak anak dan anak buah ke Santuary Penyu di Cherating. Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 malam ketiku itu seorang petugas baru saja pulang dari rondaan pantai sama ada penyu naik bertelur atau tidak. Pertugas tersebut mengajak kami masuk ke kawasan santuary untuk melihat anak anak penyu yang akan dilepaskan ke laut pada malam itu.

Selepas menandatangan buku pelawat kami dibawa menonton video pasal Penyu dan seorang pertugas membawa anak anak penyu yang bakal akan dilepaskan ke laut, Bukan main seronok lagi anak saya dapat memegang anak anak penyu.
Anak anak penyu yang bakal akan dilepaskan

Salah seekor penyu kat tangan saya

Sempat mengambil video dengan HP saya


Mungkin kami agak bernasib Baik kerana semasa melepaskan penyu ada seekor penyu naik untuk bertelur. Kami diarah naik oleh petugas supaya tidak menganggu penyu yang naik balai menunggu. Kami menunggu hampir 1 1/2 sebelum dipanggil untuk melihat dengan sendiri Seekor Penyu Agar bertelor dan kembali semula ke laut. Oleh kerana larangan mengunakan Flash semasa mengambil gambar tak dapat gambar yang clear untuk posting

Kepada yang berminat nak tengok penyu secara live bolelah berkunjung ke Santuary Penyu di Cherating Pahang semua ini disediakan secara percuma



2 comments:

Tie said...

Anak2 Tie pun suka tgk penyu ni.Yg besar tu tiba2 jadi mcm budak kecik lak.Masa gi pulau redang dulu,terkinja2 nak pegang anak penyu. Tie takut mereka senyap2kidnap masuk pocket lak,yg lelaki tu lain sikit peranginya.

Anonymous said...

Betul tu tie, selama ni mereka cuma tengok dalam TV je penyu ni depan mata tentu suke.

Tekan

Tekan