FSO atau Floating Storange Operation sekarang ini lebih dikenali di Industry Minyak dan Gas di Malaysia. Di Malaysia kebiasaan Anak syarikat Petronas MMHE di Pasir Gudang adalah satu satunya (Setakat saya tahu) yang menukarkan (convert) dari kapal menjadi FSO. Kapal yang siap di convert akan di tarik dan dihantar ke Perairan dimana Carigali Minyak dilakukan. Carigali Minyak dari satu satu pelantar atau pelantar seitarnya akan di bawa melalui Pipeline dan akan disimpan ke FSO tersebut
Antara FSO yang terdapat diPerairan Malaysia ialah Puteri Dulang (yang pertama), Perintis Bunga Kekwa, Bunga Raya, FSO Abu dan lain lain. Kos ini dikatakan jauh lebih murah dan effektif berbanding penghantaran Minyak Mentah menerusi Pipeline dasar laut ke Loji Pemprosesan Minyak di Kerteh.
FSO tidak mempunyai engine atau peralatan pemprosesan minyak mentah dan hanya sekadar tangki simpanan sahaja. Apabila minyak yang disedut dari muka bumi penuh didalam tangki maka mereka akan terus menjualkan minyak mentah kepada dunia menerusi kapal kapal dagang yang datang menghampirinya.
Saya tidak pasti tapi dengar dengar cakap sekiranya jualan tersebut dilakukan dari FSO ke kapal dagang maka Negeri tersebut tiada mendapat apa apa royalti. Royalti hanya diperolehi apabila Minyak mentah ke Terminal didarat.
Sekiranya benar cakap cakap diatas, dan jika Petronas mengunakkan lebih banyak FSO maka satu hari nanti tiada lagi Royalti kepada Negeri Negeri pengeluar minyak.
terimakasih untuk http://amin1982.blogspot.com untuk sumber gambar
2 comments:
ye ke? betul ke mklumat ko nie? kalu betul,ada possibility la ganu tak dapat royalti suatu hari nanti.
aku baru tau pasal ni... reliable ke info yang kau dapar ni bro?
cheers,
syam @ http://aeropama.blogspot.com
Post a Comment