Teringat dulu dulu semasa ke saya mula mula bekerja, Berhampiran syarikat tersebut ada sebuah Gerai yang memberi services "Tapau" makanan disepanjang bulan Puasa kepada umat islam. Rata rata pembeli terdiri dari pekerja yang mengunakan tenaga dan mereka yang mengaku mengalami sakit Gastirk.
Kegiataan ini biasanya dilakukan secara sembunyi sembunyi akibat takut orang melihat atau ditangkap oleh Jabatan Agama Islam dan dibawa berarak menaiki Van Mayat .... Tapi itu satu suatu masa dahulu kira kira 15 tahun lepas
Hari Jumaat lepas sempat ke KL untuk sediikit urusan peribadi, singgah bebberapa tempat famous sekitar Damansara. Agak terharu melihat pemuda, dan segelintir Warga ISLAM tanpa segan silu mimum diStarBuck, CofeeBean, Strudle.. Entahlah saya pun tak tahu nak kata apa tengok mula Melayu, cakap melayu, angkat telipon jawap salam tapi sikit pun tiada perasaan malu makan dikhalayak ramai...
Jabatan Agama Islam pula mungkin sibuk dengan pelbagai kes kes lain yang lebih sensasi sehingga gagal menjalankan kerja kerja mereka. Janganlah hanya warung warung tepi jalan diambush sekali sekala naiklah ke tempat high klass sikit
atau mungkin juga kerana Islam sudah berkembang dengan majunya........
5 comments:
bila dunia melebihi kesedaran akhirat, ini lah hasilnya. tanpa segan silu melanggar larangan Allah...
aku pernah tegur seorg tak pose tapi di marahnya aku balik. katanya "ei... kubur lain2. abang nak kecoh pesal"
aku cakap balik "kalau kau tu ada binti kat tengah-tengah nama kau, aku akan tegur kau sampai mati. kalau kau tak mahu kau pergi tukar saja binti kepada anak perempaun. br aku benti..."
Antara tanda tanda kita semakin menuju ke hujung perjalanan........
oit...kat The Curve ni kan? apsal tak bgaitau nak turun..hehe
Baru nih dalam perjalanan ke bazaar ramadhan, kebetulan di jalan ada 3-4 org budak laki main rempit2 sambil pas2 botol mineral dan minum depan kami! Tak senonoh betul. ISLAM pulak tuh.Saje nak tunjuk perangai tak senonoh.
Sedihnya...
Halym : Ooo rupanya penghulu kota damansara ada kat sini rupenya
Dijahsaad : sangat sedih .. itu lah bila dah terlalu moden.
Post a Comment