Saturday, September 13, 2008
Siapa Tekan ESD Button
Semua pekerja dipelantar mengenali ESD Button, ESD atau Emergency Shutdown Button adalah satu button yang digunakan ketika mana mana pelantar mengalami masalah teknikal, antaranya kebocoran gas atau minyak, kebakaran, letupan dal lain masalah,
Dan kebiasaannya sekiranya ESB button ditekan biasanya siren kecemasan akan bebunyi dan semua pekerja pelantar dikehendaki abandon platform menakala DCT team akan mengawal keadaan.
Pernah juga pekerja dihantar pulang first chopper (istilah O&G) akibat gatal tangan tekan ESB Button.
Tetapi agak malang bagi bagi Rakyat Malaysia apabila kerajaan BN juga mengunakan ESD button yakni AKTA ISA untuk menyelamatkan kerajaan yang pincang dan hampir binasa. Kedegilan PM mengundurkan diri walaupun kalah teruk dalam PRU baru baru ini, kes timbalannya yang melibatkan jurubahasa dari Mongolia, adalah detik detik keruntuhan kerajaan BN. Kritikan terbuka dari pemimpin UMNO itu sendiri keatas kepimpinan PM, Kes kes berprofile tinggi yang disiar di laman blog adalah faktor BN terpaksa menekan buton ESD,
Semalam sahaja 3 orang kuat pembangkang ditahan dibawah AKTA ISA menampakkan semakin buruk perangai kerajaan BN. Rakyat yang dulunya tidak tahu pun mula menjadi cuak atas Kerajaan.
Adakah Buttan ESD ditekan kerana hari 16 Sept Semakin Hampir ?
Siapa kah yang menekan panic button ini ?? Pak Lah ? Najib ?? atau Khairy ??? atau menteri bersongkok tinggi ????
N/B -> sekiranya yang wartawan Sin Chew ditahan dibawah Akta ISA, Kenapa yang mengeluaran kata kata tersebut hanya dihukum digugurkan dari UMNO.... Hairan bin Ajaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
...kalau tekan ESB BUTTON untuk mengajar 2 pencetus huru hara masyarakat Malaysia yang agak kebal tu (Teresa kok dan RPK) biarkanlah,cuma yang reporter tu munkin tak adil sebab pertama kali,tapi kalau dibiarkan boleh jadi kebal dan tidak makan samanlah macam RPK.......hanya pendapat!
Kepada Tiada Nama
Apakah tahanan ISA kepada RPK sebagai langkah kerajaan menutup kebenaran?
beberapa entri tulisannya mengeluarkan pelbagai tanda tanya yang masih belum jawap oleh kerajaan.
Sebelum ni RPK pernah ditangkap dan rasanya belum ada dakwaan yang cukup untuk memenjarakan RPK so ini sebagai shortcut umtuk menutup mulut king blogger.
tekan ESB button, first chopper (jip polis) datang hantar balik darat (kem tahanan)
ps: dia sudah goyang bro.tinggal 3 hari lagi
Hu hu hu bijak bijak
Post a Comment