Tuesday, September 23, 2008

Kasih Sayang Sebelum / Lepas kahwin

Kisah sekumpulan gadis sedang bersembang sembang

Watak
1. Gadis 26 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang
2. Gadis 24 tahun bujang (sedang dilamun cinta)
3. Wanita Berusia 35 - 38 tahun berkahwin dan mempunyai ? orang
4. Aku (Spy Leman)

Gadis Kahwin : Shim ko tak jual prepaid sekarang ?
Aku : Skarang ni kurang sambutan dah lepas ko kahwin jualan top up aku merosot. Skarang ni cuma *Nama* (si Anak dara) je yang beli tu pun tak banyak.
Gadis Kahwin : Ye la sekarang aku pakai pun tak banyak sebulan cuma 10 - 20 ringit je
Gadis Bujang : Ketawa sambil menaip SMS mungkin dari pakwenya. I pakai tak banyak sebab si dia tolong top upkan..

Aku : Dulu ko punya belian Top up mencecah ratusan ringgit kayo aku kejap.

Gadis Kahwin : Ya la tu dulu masa belum kahwin si hubby aku tu sebelum kahwin kejap kejap sms kejap kejap sms, satu hari sampai 40 - 50 sms dari dia. Kalau dulu aku tanya dia .. dia reply dari hujung kaki ke hujung rambut dia SMS sampai letih aku membaca. tapi skarang 3 - 4 kali aku sms dia cuma reply "K" tak sakit hati bakpe?

Gadis Bujang : Ye ke ?

Gadis Kahwin : Kalau dulu masa lunch dia ditanya " Yang U nak makan apa" Skarang ni apa dia tapau makan aje, Jangan banyak tanya nanti dia jawab "Beli Mujur". Dulu kejap kejap Lap You kejap kejap Miss You, pergi toilet keluar dah miss you dah... Skarang nak cakap I Lap you pun tergagap gagap.

Aku : Hek Ellleh ko bohong kot aku tengok *Name* (Suami) Ok je...
Gadis Bujang : Ye la tengok dia pun Romantis gitu....

Gadis Kahwin : Memang ko akan sokong lelaki... Aku dengan dia ok happy lagi cuma aku hairan kenapa lelaki selepas kahwin berubah begitu sekali .....

Wanita : Aleh .... dia dah dapat apa yang dia nak (cuba force kearah mengapi api kan perbualan)
Saya beredar dari tempat kejadian dengan 4 ribu soalan. Kenapa lelaki berubah selepas berkahwin ? Apakah sayang & caring Hormon berkurangan selepas berkahwin? Korang perasan tak sesetengah suami bawak kereta anak duduk sebelah wife kat mana ? kat belakang beb... Ingat Mem besar ke ?
Kawan aku kalu wife dia call jawapan " Em... Em.... Arh? .... Em Em.. cut the phone ... tapi kalu aweks call biar pun tungggakan kad kredit punya call " Hello ... ye saya .. baiklah ... saya cuba .... ok .... bye..... Apakah Faktor wanita telah menguasai diri suami sehingga Lelaki hilang caring and romance lepas kahwin ??

Aku tidak pasti pasal aku kerana aku tidak bercinta dengan wife aku. Kenal pun lepas angkat nikah... Semua diaturkan oleh Orang Tua aku. Makin lama aku kenal dia makin dalam cinta aku rasanya...... Hopefully forever !
(Mungkin kat catitan di atas kerana wife aku berada kat belakang aku ni sekarang?????)

9 comments:

Khadijah said...

'Gadis 26 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang'---> sungguh menusuk kalbu.

*kembali ke alam reliti*

encik hashim, saya rasa kan dedua mainkan peranan. Saya tgk org pompuan pon sama. Ada yang lepas kawen, jadik garang kat laki. Kalau dulu kemain melentok liok. Laki pon sama, dulu marah batu kalau awek tersepak batu. lepas kawen marah bini sebab tersepak batu..keke

Anonymous said...

Plus minus gitu ler umurnya... Dia pernah berkata Bapanya takut dia lama lama berkasih takut jadi lain

Yes.. saya agreed dua dua kena mainkan peranan. Tetapi adakah semasa berkasih semua itu hanya lakonan ? Pijat semut tak mati. sang dara berkata I tak kisah itu tak kisah ini tapi bila dah kahwin baru masaing masing mula tunjuk belang?

Khadijah said...

mungkin kot encik hashim, lakonan. Lakonan untuk memikat hati, ingin menunjukan yang terbaik. Ke sebab dah jemu? 24 jam setiap hari asik tgk muka yang sama. Kalau masa bercinta, tak dapat jumpa tgk bumbung rumah pon jadilah..hihihih

Snowflake said...

Assallamualaikum
Woitt!! Apa larr ustaz ni. Tak kira larr wife ustaz kan belakang ke, depan ke, mana mana ke, dia isteri, mesti di sayangi walaupun dia kat belakang tengah letak kedua dua belah tangan dia kat pinggang. Eh.. saya selalu nampak madam madam cam tu bab tu saya tahu.
Wassallam

Anonymous said...

Dijahsaad : Jemu ? perkahwinan seharusnya satu perhubungan yang tidak kenal jemu. Masing2 perlu verstile kan cara kehidupan agar sentiasa bahagia & ada kelainan......

Snowflake : Ha ha ha ... Dia sungguh memahami saya .. madam madam yang dah kena virus TB (Takut Bini)

halym said...

kenal wife dah lama..hampir 8 tahun.kenal kenal gitu je tapi tak becinta. (main cinta pula dgn beberapa wanita lain..hehe) selepas 8 tahun baru rapat dgn wife dan terus kawin dan bercinta.

bersyukur kerana dia matang dari segi pemikiran dan tingkah laku, so tak banyak yang perlu saya adjust kerana dia tua setahun dr saya tp mcmana pon segala keputusan muktamad dia serahkan atas tangan saya.

biler naik kete tak penah wife duduk belakang, mesti sebelah saya, dah 3 dah anak dan saya tak memanggil dia IBU...saya memanggil dia sayang dan dia tidak memanggil saya abang..sebaliknya sayang juga..hehe

Anonymous said...

Halym : Tabik dan salute kat Halym sekeluarga. Saling faham & memahami, Semoga Allah terus memberikan hidayat & petunjuk kepada Halym sekeluarga

Anonymous said...

aku tak boleh mengomen panjang di sini sbb aku masih bujang. cuma pendapat aku sebab faktor secure. ye la. sebelum kahwin, kita tak dapat lagi. kenalah pasang strategi memikat. I Lap U, U Lap Me. Bunga dozen-dozen. Bila dah kahwin, dah dapat, mula rasa selesa. Lg2 talak berada dalam tangan suami.

Anonymous said...

Syam : Perkataan yang keluar dari orang bujang masa mula mula kahwin
"Kalau aku tak nikmat kahwin cam ni dah lama aku kahwin. TETEPI selepas mengharungi perjalan yang berliku dalam alam perkahwinan "Kalau cam ni sengsara berumahtangga tak nak aku kahwin"
He He He kasi hang takut sikit

Tekan

Tekan