
Rata rata semua dah pulang bercuti dari kampung halaman selepas beraya & memulakan kerja masing masing. Selepas satu atau dua hari bercerita tentang kampung halaman kemeriahan raya semasa waktu kerja kini mereka kembali memulakan seharian mereka dengan muka yang kelat dan masam.
Bagi mereka yang bekerja baik sudah berkeluarga atau bujang masa berlalu agak perlahan untuk melepasi minggu ketiga atau keempat dimana Gaji bulan 10 Masuk. Kalau tengok kat Bank atau ATM mesin atau CDM machine dah naik berdebu sebab tak ada orang nak draw atau masuk duit. Tapi bagi kaunter ASB tu banyak sikit pelanggannya mengisi borang kaler Merah. Begitu juga Bank Rakyat juga sesak sedikit dari biasa bagi Kaunter Ah Rahnu..
Waktu Lunch pula agak bernasib baik kerana ada para "dermawan" dan "hartawan" yang mambawa kuih raya ke pejabat untuk dijamah bersama sama. Kalau nasib ada "ong" pergi jamuan raya supplier atau kontraktor... Syukur..
Bagi Para isteri Buat sementara waktu tidak berani bercerita pasal langsir raya baru, kasut raya baru, atau Perabut Raya Baru takut mungkin terima Tendangan Kung Fu dari pihak Suami. Kalau yang terover bugget semasa hari raya dek serangan pengumpul2 duit raya yang menganas, Mungkin sedikit kelegaan jika dapat Tapau kuih raya dari kampung halaman semasa pulang kembali ke Kota.
Time time begini kiuh raya dengan serdak serdak memang best untuk dimakan. Begitu juga permainan game baru iaitu mencucuk dan mengeluarkan duit raya dari tabung anak adalah satu permainan yang popular.
Antara ayat ayat yang famous sering terdengar selepas raya ialah "Bro bila nak buat Open House", " Malam ni kita satu family nak beraya kat rumah ko". kalau dapat dalam 10 ke 15 buah rumah setiap malam.. ok selamt. Tapi jangan pulak lupa kalau 10 , 15 buah rumah membuat serangan balas atas lawatan hari raya anda lagi Parah.
Demikian juga Keadaan Surau dan Masjid mula lenggang & kosong menunggu kedatangan Ramadan yang akan datang.
Apa apa pun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani kegiatan seharian anda semula semoga perkara pekara diatas tidak menimpa diri anda. Begitu juga dengan amalan amalan anda, jangan semasa Bulan pose aje nak beribadat.