Wednesday, October 8, 2008
Lambatnya Masa Bergerak
Rata rata semua dah pulang bercuti dari kampung halaman selepas beraya & memulakan kerja masing masing. Selepas satu atau dua hari bercerita tentang kampung halaman kemeriahan raya semasa waktu kerja kini mereka kembali memulakan seharian mereka dengan muka yang kelat dan masam.
Bagi mereka yang bekerja baik sudah berkeluarga atau bujang masa berlalu agak perlahan untuk melepasi minggu ketiga atau keempat dimana Gaji bulan 10 Masuk. Kalau tengok kat Bank atau ATM mesin atau CDM machine dah naik berdebu sebab tak ada orang nak draw atau masuk duit. Tapi bagi kaunter ASB tu banyak sikit pelanggannya mengisi borang kaler Merah. Begitu juga Bank Rakyat juga sesak sedikit dari biasa bagi Kaunter Ah Rahnu..
Waktu Lunch pula agak bernasib baik kerana ada para "dermawan" dan "hartawan" yang mambawa kuih raya ke pejabat untuk dijamah bersama sama. Kalau nasib ada "ong" pergi jamuan raya supplier atau kontraktor... Syukur..
Bagi Para isteri Buat sementara waktu tidak berani bercerita pasal langsir raya baru, kasut raya baru, atau Perabut Raya Baru takut mungkin terima Tendangan Kung Fu dari pihak Suami. Kalau yang terover bugget semasa hari raya dek serangan pengumpul2 duit raya yang menganas, Mungkin sedikit kelegaan jika dapat Tapau kuih raya dari kampung halaman semasa pulang kembali ke Kota.
Time time begini kiuh raya dengan serdak serdak memang best untuk dimakan. Begitu juga permainan game baru iaitu mencucuk dan mengeluarkan duit raya dari tabung anak adalah satu permainan yang popular.
Antara ayat ayat yang famous sering terdengar selepas raya ialah "Bro bila nak buat Open House", " Malam ni kita satu family nak beraya kat rumah ko". kalau dapat dalam 10 ke 15 buah rumah setiap malam.. ok selamt. Tapi jangan pulak lupa kalau 10 , 15 buah rumah membuat serangan balas atas lawatan hari raya anda lagi Parah.
Demikian juga Keadaan Surau dan Masjid mula lenggang & kosong menunggu kedatangan Ramadan yang akan datang.
Apa apa pun saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani kegiatan seharian anda semula semoga perkara pekara diatas tidak menimpa diri anda. Begitu juga dengan amalan amalan anda, jangan semasa Bulan pose aje nak beribadat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Wahahaha...wahahaha..tak dapat menahan gelak baca entry encik hashim..semuanya benar sekali...haha
Duit saya pon dah habis, setiap hari bila dah start keje nih hari2 saya tercongok kat bahagian kewangan dengan sengehan yang menawan. Sebabnya nak tgk cek claim dah keluar ke tak..hehehe
Dijahsaad : Alamak claims... nasib baik dijah ingatkan saya esok bole saya call HQ tanya bila claims masuk.. He HE HE
aku untung sebab dapat raya sekejap, dapat kerja walau sekejap, tapi pulangan lumayan...hahaha
Kak tie dah start rutin harian..anak2 sekolah,hubby sibuk kerja,kak tie dok rumah blogging, ngemas,masak dan bagi lecture sekali sekala pada budak2 tu..(dulu tak terpikir lak nak jadi lecturer!!)Elaun...emmm takut nak check..kalau tak cukup guna duit emergency..he he..
Halym : Kalu ada sifat berjimat cermat No problem raya ke Depavali ke no Problem. Tapi jenis yang shopping tak ingat dunia yang ni yang problem skit ni... Banyak duit ..Tak nak kasik ke duit raya ?? kasik kat dijah sekali kesian dia dok sengih kat Kerani Akaun di tu...
Kak Tie : Kalu ada duit reserve ok tu. Tapi negara Amerika pun dok merayu bantuan pasal tak cukup pitis
He He He
Assallamualaikum
Wahkaka.. sinis sekali ustaz hari ini. Apa apa pun yang bagus adalah sifat sederhana dalam segala hal. Waduh.. bila plak gw jadi Tuan Sheikh? Sibuk menelaah larr...
tak dapat update blog. Gw bakalan host di Snowdior.com. Rajin rajin kesana dih..
Wassallam
Salam Hashim..
Akak dah start routine harian lerr memasak mengemas, menyiapkan anak kesekolah, tunggu anak balik sekolah, hurmm semualah kerja2 rumah diteruskan seperti biasa, mood raya dah settle lepas balik dari kampung ari tuh..
Post a Comment