Wednesday, April 30, 2008

Rm 50 NOT BARU DAN MAKCIK

Tadi sempat pergi ke bank untuk membuat beberapa bayaran kad kredit, rumah, kereta dan utiliti bulanan, Maklumlah baru dapat gaji. Sedang saya mengeluarkan duit sebuah bank di bandar tertarik melihat seorang makcik tua yang membawa beberapa keping not rm untuk memasukkan kedalam CDM (Cash Deposit Machine) nampak keletihan mungkin menunggu agak lama maklumlah orang ramai dah dapat gaji so mesti jem skit beratur depan ATM/CDM.
Sampai giliran makcik tu, makcik tu meminta tolong seorang pemuda kat tepi untuk menolongnya memasukkan duit. Makcik di beritahu bahawa Not Rm 50 baru tak boleh digunakan lagi kedalam CDM Bila melihat antaranya ada 2 keping Not baru kat tangan Makcik tu. Makcik tu menjawab "Tadi kita g doh kat kaunter. Dia suruh pakai pakai mesing. Masuk pakai mesing tokleh pulok."
Kesian pulak kat makcik tu di arah pergi sana sini oleh pegawai Bank dah tu nak masuk pakai mesin deposit duit baru masih tidak bole pakai lagi.. Kalu aku yang menghadapi situasi tu mau aku maki pegawai bank tu....
Terpikir la pulak Sama ada bank seharusnya..
Program kan Mesin terima duit baru dulu dan kemudian edarkan duit baru atau
Edarkan duit baru dulu dan kemudian program mesin.
Kalau tak silap aku bank ini ada kenakan caj untuk masuk duit melalui kaunter .
Ehmmmm..............

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Biasanya bank yang suka suruh orang guna mesin, tanpa usul periksa ialah Maybank.

Hashim said...

Bijak bijak.........

Tekan

Tekan