Thursday, April 10, 2008

Calon Lompat Parti ??

Rundingan PKR dengan ahli-ahli parlimen BN "berjalan lancar" dan perkembangan lompat parti itu akan diumumkan "bila tiba masanya", kata seorang pemimpin kanan.
"Mereka menunjukkan respon yang positif," kata naib presiden parti pembangkang itu, Azmin Ali. "Kita tidak menawarkan wang kepada ahli parlimen tersebut. Tetapi perjuangan untuk membela rakyat dan negara." PKR juga akan menfailkan petisyen pilihanraya berhubung dakwaan "penyelewengan SPR" ketika pilihanraya umum baru-baru ini.

Ia juga mengumumkan sambutan kembalinya penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik selepas larangan bergiat aktif selama lima tahun.
Perhimpunan itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara pada Isnin depan.

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.
Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.
Perhimpunan "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" kali ini berbeza, menurut seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Badrul Hisham Shaharin.

- Muda Mohd Noor, Malaysiakini

Video Klip

----------------------------------------------------------------------

Hu Hu Hu Pak Lah dah tidak boleh tido malam dah.....


No comments:

Tekan

Tekan