Tuesday, May 6, 2008
Aku makin tua ??
Tadi masa makan rojak tengahari kat warung Maa dekat pejabat haiwan terserempak dengan classmate saya .. sama sama sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan 5. Kini sudah tinggalkan alam persekolahan lebih kurang 18 tahun..... kata kata kawan yang masih teringat ingat " kau dah beruban" balik rumah tengok cermin alamak dah rambut pun dah 25% putih.... dah Tua Dah...
So saja search kat google mengapa rambut beruban ?
Rambut sebenarnya mempunyai warna asas putih. Pigmen berwarna yang terdapat pada folikel rambut menyebabkan rambut kita berwarna hitam atau perang semasa usia muda
Apabila usia seseorang individu itu meningkat (tua) , sel-sel pigmen tadi mati lalu menyebabkan warna rambut bertukar menjadi putih. Keseluruhan proses pemutihan rambut ini mengambil masa yang lama iaitu diantara 10 hingga 20 tahun,jarang sekali ia berlaku dalam tempoh yang singkat.
Menurut seorang pakar, Sebaiknya uban jangan dicabut, kerana akan merosak pori-pori sekitarnya dan mengganggu saraf akar rambut, Sebaiknya uban digunting sampai ke akar rambut. Agar peredaran kulit kepala lancar, pori-pori dimassage dengan menggunakan hujung jari.
Stress, banyak berfikir, dan sering menggunakan komputer tanpa senaman yang teratur diantara punca utama. Faktor Genetik juga antara punca. Senaman dapat memlancar peredaran darah di kulit kepala sehingga pertumbuhan rambut bole bole mengelakan rambut beruban.
Antara cara cara yang selalu digunakan mengatasinya ialah mendye rambut dengan pelbagai terdapat produk dipasaran. Tetapi hati hati ada diantaranya tidak halal digunakan oleh umat islam.
Ada petua mengatakan Biji betik yang di ambil & digoreng tanpa minyak sampai hangus kemudian ditumbuk lumat. Masak dengan santan pekat sampai menjadi minyak. Gunakan sebagai minyak rambut
Dalam pandangan islam Mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hanya
harus bagi yang berpenyakit sahaja
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.
Dari segi pewarna rambut yg menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ?? Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah
jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam
Sekarang ni kita bole tengok remaja melayu tapi rambut dah kaler merah, biru, dah macan rainbow dah.... Apa nak jadi yek....
Jadi bagi saya merasakan ianya hanya sekadar peringatan dari Allah S.W.T yang usia saya makin meningkat. So sedar dirilah sikit, jangan dok kejor yang dunia saja. Nasib baik Allah mengubankan rambut saya je kalu menarik terus nyawa saya sempat ke bertaubat...........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment