Friday, May 9, 2008

Mak.... saya sayang mak.

Dikatakan kisah benar benar berlaku...
(Translate)
Alkisah satu keluarga miskin, seorang remaja mempunyai seorang ibu. Ibunya hanya ada satu mata. Menandangkan keluarga miskin dan wajah ibu yang kekurangan satu mata. maka remaja ni sangat malu mengaku atau berjalan bersama ibunya.
Si ibu bekerja menjual pelbagai sayur dan bunga untuk menampung remaja kesekolah dan berbelanjaan mereka.
Satu hari semasa disekolah remaja tersebut didatangi ibu untuk memberi bungkusan makanan yang tertinggal dirumah. Maka remaja tersebut menjadi Malu yang amat sangat bila di ketawakan oleh rakan rakan. Akibat malu besar Remaja tersebut mendoakan agar ibunya lenyap dari dunia.

Semasa balik dari sekolah remaja tersebut memarahi ibunya "kerana ibu saya menjadi bahan lawak disekolah, Kenapa ibu tidak mati atau pergi saja dari saya.... Kenapa ibu hodoh dengan bermata satu" marah remaja tersebut.... Remaja tersebut berazam belajar bersungguh2 agar dapat keluar dari rumahnya dan dapat meninggalkan ibunya. Hasil kesungguhan remaja tersebut dapat melanjutkan pelajaran di korea. Maka gembiralah dia, selepas berjaya dalam pelajaran seterusnya bekerja terus di korea. Dia juga berkahwin dan menpunyai sepasang anak. tanpa ingat lagi pada ibunya.

Pada satu hari pintu remah diketuk dan kelihatan seorang tua dihadapan rumahnya. Anak2 lari ketakutan & menangis bila melihat seorang perempuan tua bermata satu dihadapan rumahnya. Melihat anaknya ketakutan dia terus menjerit " Hei orang tua kenapa kamu takutkan anak2ku"
Perempuan tua itu mengatakan dia tersilap rumah dan terus pergi. Dia merasakan sangat lega kerana ibunya tidak memalukannya lagi dihadapan isteri dan anak2nya

Satu hari dia mendapat surat dari Sekolah lamanya untuk hadir ke majlis reunion. Dengan berbohong kepada isterinya untuk bussines trip dia kembali ke kampung halamannya untuk menghadiri majlis reunionnya, Selesai je majlis, dia melalui hadapan rumah lamanya. dia berhenti dan cuba masuk ke rumahnya. Namun dipanggil oleh jirannya dan mengatakan Ibunya telah tiada, Hatinya sangat gembira, tiada air mata mengalir kesedihan untuk ibunya. Jirannya memberi sepucuk surat yang ditulis oleh ibunya untuknya.......

Menemui anak kesayangan ku,
Ibu sangat gembira bila dengar anak akan datang ke majlis reunion. Tetapi ibu merasakan tidak mampu bangun dari katil ini kerana sakit. Ibu memohon maaf kerana sering memalukan kamu sepanjang kamu membesar. Ibu juga memohon maaf kerana menakutkan anak-anakmu semasa ibu kerumahmu.
Untuk makluman mu semasa kamu kecil kamu terlibat dalam kemalangan yang menyebab kamu kehilangan satu mata. Memandangkan ibu masih hidup dan ibu tidak mampu melihat kamu menbesar tanpa mata dan akan ditertawakan oleh orang, Ibu mengambil keputusan untuk mengorbankan satu mata ibu untuk anakku. Sekarang ibu rasa bangga kerana anakku dapat melihat dunia dari dari tempatku dengan mata ibu.
Ibu selalu mengingati dan ibu sayang anak ibu.

dari ibu mu.

Dia menangis buat pertama kalinya untuk ibunya..............
_______________________________________
MAK hashim sayang mak.
Bukan hanya pada hari ibu saja tapi setiap detik
Hashim sayang mak........

No comments:

Tekan

Tekan