
Kekalahan kedua disebabkan oleh surat dari SUK yang kurang cerdik mendakwa Kerajaan Johor tidak menuntut kepulauan tersebut

Dimasa Masyarakat melayu masih dalam perpecahan dan menghadapi kedaulatan Melayu yang semakin hilang, Tiba tiba Kedaulatan Negara dimalukan oleh Singapura dengan mengambil hak Malaysia dengan kuasa ICJ. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada Negara Palestin yang yang diceroboholeh Israel sedikit demi sedikit sehingga bumi Palestin dikuasai oleh negara Yahudi Laaknatullah dengan izin Polis @ Mahkamah Dunia Amerika Laknatullah. Cuma bezanya dengan cara pengambilan hak Malaysia oleh Singapura lebih "diplomasi" (kata Rais Yatim).
Apa apa pun keputusan telah dibuat, tiada rayuan yang boleh dikemukakan kepada ICJ lagi. Maka Malaysia ambillah 2 Pulau yang tidak diingini oleh Singapura. Cakap banyak pun tiada guna lagi. Maka kerajaan seharusnya melihat kehadapan mengambil langkah berjaga jaga supaya tidak terus dibengongkan oleh negara Jiran. Oleh kerana kebengongan pemimpin masa lalu kita kehilangan Pulau Batu Putih. Janganlah pula bengongnya pemimpin sekarang kita hilang pula wilayah Iskandar pada masa yang akan datang. Tengok tengok kerana terlalu banyak yang diperkatakan tentang WPI yang status pemilikan tanah masih diragui. Begitu juga terdapat banyak juga yang diperkatakan terdapat SPY Singapura didalam kerajaan Malaysia.
Seharusnya rakyat Malaysia yang glamer dengan Cerita lama Hikayat Pak Kadok Menang Sorak Kampung tergadai mengambil cerita ini sebagai iktibar. Janganlah satu hari anak cucu kita di masa depan duduk membaca cerita jenaka Hikyat Pak Lah dalam Malaysia Macam Macam Koridor, WPI tergadai.
..
No comments:
Post a Comment