Tuesday, July 22, 2008

Perlukah Muzakarah ??

Selepas kekalahan besar Pasukan BN didalam Pilihan Raya ke 12 baru baru ini menyebabkan Kerusi Perdana Menteri ibarat seperti "Telur dihujung Tanduk" lebih lebih lagi bila komponen Pasukan Bn itu sendiri ini bermasalah, Bermula dari MCA, Gerakan dan MIC, malah termasuk Umno itu sendiri makin retak akibat penangan kebangkitan Pembangkang dan juga kelemahan Perdana MEnteri itu sendiri

Masalah bertambah lagi bila SAPP cuba bermain api dengan mengeluarkan usul tidak percaya kepada kepimpinan PM. Diikuti juga khabar angin terdapat segelintir Adun dari Sabah yang bercadang untuk "bertukar baju"

Melihat keyakinan rakyat pada pembangkang semakin bertambah maka Pasukan gerak khas BN terpaksa mencari formula baru untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka untuk terus mengkaut dan terus mengkaut keuntungan hasil bumi Malaysia kepada Kaum Kroni mereka dan keluarga mereka.

Pada andaian saya kes liwat DSAI dan Muzakarah Umno Barisan adalah antara Formula untuk mengembalikan cengkaman BN dalam arena politik Malaysia. Kenapa selepas beberapa tahun lamanya memerintah dengan selesa tanpa sebarang kerjasama dengan Pembangkang kenapa kini bila Orang Melayu itu sendiri tidak mempercayai BN atau Umno baru rancangan untuk Muzakarah itu timbul.

Sedangkan masalah kemiskinan tegar, masalah sosial, keugaman itu sendiri telah menghantui negara sejak 10 tahun yang lepas. Kenapa tidak Muzakarah itu diadakan 10 tahun yang lepas? Mengapa cadangan untuk Muzakarah sejurus selepas keputusan Pilihanraya ke 12 ?

Cakap cakap pula mengatakan terdapat pujukan dan sogokan jawatan yang akan diberikan kepada pemimpin PAS sekiranya PAS sedia bergabung dengan BN sehingga jawatan TPM ?Bukankah sogokan itu untuk semata mata memecah-belahkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Begitu juga Gabungan PAS BN mampu menawan kembali Selangor Kedah dan juga Kelantan. Ibarat "Serampang 3 Negeri"

Forum Majlis Peguam yang menyentuh pasal Kontrak Sosial juga antara formula yang dirancangkan untuk menguatkan kan lagi Pisko fikiran Rakyat dan NGO keperluan Muzakarah ini.

Pada saya BN dan UMNO sudah dijangkiti Kanser tahap Kritikal, Rawatan yang terbaik yang perlu dibuat hanyalah potong dan buang saja. Muzakarah antara senjata untuk BN untuk meneruskan memijak PAS terus ditakuk lama, dan sekiranya Muzakarah masih teruskan maka berkemungkinan jangkitan tersebut bole merebak dan menghancurkan PAS.

2 comments:

adie said...

macam² skrang nie. aku pun dah mula jadik keliru nie.last² aku malas nak layan dah.

Jie said...

Kalau jadi derang tu kawen,
sy nk ber'cerai'
tak rela bermadu dgn bekas

Tekan

Tekan