Wednesday, April 30, 2008
Peranan Media
KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) -- Media perlu memainkan peranan untuk melerai segala kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Khazan Che Mat.
Beliau berkata ini berikutan rakyat menganggap kerajaan sekarang adalah lemah.
"Hari ini kerajaan yang diperintah oleh parti yang menang (selepas pilihan raya) telah diberikan gambaran sebagai kerajaan yang lemah. Oleh itu rakyat wajar diberikan gambaran yang betul dan media mempunyai peranan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.
Khazan berkata agensi di bawah Kementerian Penerangan perlu menjadi pembekal maklumat yang berkesan kepada kerajaan.
"Kita tidak boleh tersilap langkah dalam bertindak hanya disebabkan kesilapan maklumat dan hal ini wajar diberikan perhatian oleh semua pihak berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
------------------------------------------------------
Tengok berita yesterday & today my personnel comment media bukan lagi untuk meleraikan kekeliruan rakyat dan salah paham rakyat terhadap kerajaan tetapi semakin MENYESATKAN Rakyat dan menutup supaya terus duduk dibawah Tempurung
Rm 50 NOT BARU DAN MAKCIK
Tadi sempat pergi ke bank untuk membuat beberapa bayaran kad kredit, rumah, kereta dan utiliti bulanan, Maklumlah baru dapat gaji. Sedang saya mengeluarkan duit sebuah bank di bandar tertarik melihat seorang makcik tua yang membawa beberapa keping not rm untuk memasukkan kedalam CDM (Cash Deposit Machine) nampak keletihan mungkin menunggu agak lama maklumlah orang ramai dah dapat gaji so mesti jem skit beratur depan ATM/CDM.Sampai giliran makcik tu, makcik tu meminta tolong seorang pemuda kat tepi untuk menolongnya memasukkan duit. Makcik di beritahu bahawa Not Rm 50 baru tak boleh digunakan lagi kedalam CDM Bila melihat antaranya ada 2 keping Not baru kat tangan Makcik tu. Makcik tu menjawab "Tadi kita g doh kat kaunter. Dia suruh pakai pakai mesing. Masuk pakai mesing tokleh pulok."
Kesian pulak kat makcik tu di arah pergi sana sini oleh pegawai Bank dah tu nak masuk pakai mesin deposit duit baru masih tidak bole pakai lagi.. Kalu aku yang menghadapi situasi tu mau aku maki pegawai bank tu....
Terpikir la pulak Sama ada bank seharusnya..
Program kan Mesin terima duit baru dulu dan kemudian edarkan duit baru atau
Edarkan duit baru dulu dan kemudian program mesin.
Kalau tak silap aku bank ini ada kenakan caj untuk masuk duit melalui kaunter .
Ehmmmm..............
MALAYSIA TIDAK MAMPU LAGI MENGHANTAR PELANCUNG KE ANGKASA?

Beberapa ulasan yang dibuat termasuk No 1 negara tentang penjimatan baru Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar Pelancung Angkasawan Malaysia kedua. Sekiranya kesakitan Mejar Faiz semasa ditetak oleh beberapa orang lelaki mungkin kesakitan mungkin lebih lagi apabila mendengar berita buruk ini
Menurut kebanyakan akhbar menipu minda rakyat berdasarkan fakta yang dipersetujui oleh badan-badan dunia, kos bagi membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa adalah lebih rendah daripada kos menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
So apakah kos menjadi factor ? Menyemak balik perbelanjaan menghantar Sheikh Muzaffar ke Angkasa Lepas yang memcecah 100 juta tu nasib baik ada discount dari kerajaan Russia diatas pembelian Jet Pejuang Sukhoi maka seorang Angkasawan Malaysia dibenarkan melawat Angkasa Lepas dengan kadar yang murah.
Memandangkan replacement Nuri yang disebut sebut kontraknya bakal diperolehi oleh sebuat syarikat Itali AgustaWestland (Agusta) untuk model AW101 juga dikenali dengan nama Merlin. Maka tiada lagi discount untuk penghantaran angkasawan yang kedua. Akan menjadi kemarahan rakyat Malaysia lah sekiranya ada pengumuman penghantaran angkasawan ke2 dengan kos yang lebih tinggi. Kecualilah Malaysia membeli Helikopter yang ditender oleh syarikat Russia.
Ataupun semenangnya Pak Lah mengetahui penghantaran Angkasawan ini memang suatu pembaziran Wang Rakyat yang selepas post mortem mendapati memang salah satu punca kekalahan BN dlm PRU13 atau Sekadar satu kemegahan BN dalam Era pentadbiran Pak Lah. ?
Sheikh Muzzafar juga menyarankan agar program angkasawan kedua dihentikan bila sedar beban yang kerajaan tanggung semasa dia ke sana...Atau tidak mahu Mejar Faiz lebih Glamour darinya Maklumlah sekarang dalam Majalah Hiburan pun ada gambar Sheikh Muzzafar dah.Tu tak termasuk pelbagai anugerah yang diterimanya Nanti kalu Mejar Faiz naik Angkasa dan buat experiment yang lagi canggih mau hilang glamournya.
Pokok pangkalnya Rakyat sekarang tidak mau tau Berapa Kos penghantaran Angkasawan, Atau Berapa kos membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa atau berapa kos pembelian helicopter. Tetapi rakyat lebih berminat untuk mengetahui Berapa Harga Gula sekilo hari esok? Berapa harga Minyak Petrol esok, Berapa harga beras esok………
Hashim300408
Tuesday, April 29, 2008
Toyol Besar VS Toyol Kecik
Selepas pelbagai aduan diberikan kepada Badan Bebas BPR ops Belum Badan Bebas lagi cerita tentang seekor Toyol yang terlibat dengan pelbagai Skandal kebas Pitis, Salah guna kuasa, Pecah Amanah arakian maka masih kebal lagi Toyol tersebut walaupun tidak berkuasa lagi. Tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap Toyol walaupun pelbagai usaha diambil untuk menangkap Toyol Tersebut.
Semenjak Toyol berkuasa telah banyak projek-projek besar seperti projek jalan-jalan di Sekincan dan Sungai Panjang diagih kepada Kroni Kroni Toyol. Antara kroni Toyol paling banyak dapat projek adalah Setiausaha Poltik Toyol melalui sendiri iaitu Meram Holding dan Radzah Sdn Bhd dan juga pegawai khas Toyol, yang dalam usaha mengumpul harta kekayaan.
Toyol juga didakwa terlibat dalam skandal tanah di Kajang. Toyol dikatakan membeli sebidang tanah dengan harga RM2 bagi setiap kaki persegi dan menjualnya kepada PKNS dgn harga RM22 sekaki persegi. One shoot Toyol berjaya meraih RM59 juta.
Toyol juga didakwa terlibat dlm kes rasuah dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada tahun 2002. Dalam urusniaga itu, toyol selaku Pengerusi PKNS meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat 50 peratus potongan dari harga asal. Juga kontroversi dalam pembinaaan bunglow mewah di Shah Alam untuk kegunaan Exco2 yang memcecah nilai 40juta ringgit ketika rakyat menangani krisis ekonomi yg teruk. Tidak termasuk meminta komisen komisen untuk setiap projek yang telah diluluskan olehnya
Terbaru muncul satu lagi Toyol Kecik yang mampu menghilangkan duit sekitar 10juta dalam sekilip mata.Mana taknya toyol kecik ni belajar dari Gurunya... Mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasik.
Saya sering terbaca hikayat pasal toyol, selalunya Toyol amik pitis sikit aje.... tak sangka pula sekarang ni status Toyol dah berubah kalu sapu, ..... sapu sampai licin.
hashim290408
Monday, April 28, 2008
Mari bertatoo bersama Astro
Hebat sungguh Astro dalam diam diam menyelitkan unsur unsur negative dan menyemai propaganda kristian kepada masyarakat Malaysia. Mungkin kerana melihat ramai anak muda dah mula bertatoo maka rancangan ini perlu pertambahan siarannya. sehingga kepada 3 rancangan dan disairkan setiap malam.
Lembaga penapisan tak perasaan sehingga rancangan sebegini boleh disiarkan di Astro, atau Astro sememangny KEBAL. Memandangkan ianya hanya siaran berbayar tunggal diMalaysia. Dengar kata SKM menjamin haknya esklusif sehingga 2017 dan lesen kekal hingga 2022. So nothing to worry.
Ini akibat sekiranya hanya satu services provider diberi LESEN TERBANG tiada saingan, tiada halangan, hanya hisap darah pelanggan...
Allah s.w.t melaknat org yg menyambung rambut dan yang meminta disambungkan,melaknat org yg bertatoo dan yag meminta ditatookan
(H.R Bukhari dan Muslim)
Saturday, April 26, 2008
SMS Services
bila melihatnya rasa nak ketawa pun ada rasa nak menangis pun ada. Apa tidaknya satu massage dari satu services provider bertulis
" Hi sayang sudah kah download sexy movies saya ? Type ON HOT dan hantar sms kepada 3*** 8 awak mesti terpikat dengan saya"
bila saya bersembang dengan kawan kawan se ofis ada yang mengatakan mereka nyaris bergaduh dengan isteri apabila ada satu sms yang bertulis (lebih kurang) seperti di atas kebetulan sang isteri yang menbaca sms apalagi kena jawabler,,,,
Kalau dibiarkan saja saya rasa nanti mau filem prono pula jaja menerusi SMS. Ini diantara kenapa galakan kepada masalah Sosial meningkat pada hari ini. Kalau diihat pada hari ini rata rata pelajar sekolah pun dah ada handphone. bayangkan sekiranya klip2 begini dijual menerusi pesanan SMS.
Sekiranya membuka Harian Metro anda dapatlah melihat satu muka penuh syarikat yang menyiarkan iklan ringtone dan pelbagai services. Cuba bayangkan untuk menyiar satu muka penuh di akbhar berapa ongkosnya sehari ? kalu sebulan ?? Jadi sesungguhnya business sebegini memang menguntungkan. Bukan perlu bayar royalti pun...... Janganlah bila masalah lagi besar melanda baru nak merawat. Pada Suruhanjaya komunikasi & multimedia pantau pantau lah sikit ye, atau jabatan hasil dlm negeri tu tengok tengok la syarikat yang beroperasi menyediakan perkhidmatan sebegini tu ada ke bayor income tax ??
Jangan la pulak satu hari nanti SMS dikenali SEX MESSAGE SERVICES........
260408
Petition untuk Kembalikan Wang Royalti
Saya Merasakan ianya salah satu contribution sebagai rakyat Terengganu dalam usaha menuntut kembali wang royalti yang di rampas kembali seperti dahulu.
Semoga duit royalti ini digunakan untuk membangunkan negeri Terengganu keluar dari kemiskinan.
Sekiranya saudara/i bersetuju dengan usaha saya mengembalikan Wang Royalti kepada kerajaan Negeri sila ambil masa selama 2 - 3 minit untuk mengisi I-Petition dilink dibawah
http://www.ipetitions.com/petition/Royalty_Minyak/
Friday, April 25, 2008
Welcome Beijing 2008
Most Expensive lady shoes
These Cinderella Slippers by Stuart Weizman are the world's most expensive and cost $2,000,000 dollars. They have a four and a half inch stiletto heel and are set with 595 carats of platinum set diamonds.
These Ruby Slippers by Stuart Weitzmen are based on the Ruby slippers worn by Dorothy in The Wizard of Oz, but you can bet that her slippers didn't cost a cool $1.8 million. These slippers are studded with 690 rubies and were made for an actress to wear at the Oscars but never worn.

This pair of alligator boots by Manolo Blahnik comes in at a cool $14000 which is very cheap by comparison. This designer is famous for very high heeled designs and also designs wedding shoes. The good news is that you can buy these fabulous boots and others made of ostrich leather and snake skin in New York. (If animal skins are your thing!)

---------------------------------------------------Kalau kekasih/Girlfriend anda mintak kasut yang jenis ni ada berani ke mau kasik ??
Thursday, April 24, 2008
Ubat untuk Syaitan dan Iblis
Menurut email tersebut
Menurut sebuah Kitab syaitan dan iblis sering sakit, luka patah tangan dan juga pelbagai penyakit. Kecederaan ini biasanya berlaku ketika seseorang mambaca quran, atau bilal melaung azan dari masjid masjid dan apabila azan atau bacaan quran berkumandang di corong
corong speaker maka bertempiaran dan lintang pukang syaitan dan iblis melarikan diri dari mendengar suara azan atau bacaan quran.
Semasa melarikan diri mereka sering terlanggar bukit, pokok, bangunan serta mengalami
kecederaan yang serius. Maka datanglah ketua Hadhari mereka dan berpesan menyuruh
mereka pergi ke rumah orang islam dan carilah mereka yang kencing berdiri, lalu ambil dan air kencing itu disapu ditempat yang luka.
Maka akan sembuhlah kecederaan kelukaan dan penyakit mereka dengan cepat.
Jadi kesimpulannya silalah kencing berdiri untuk merawat syaitan dan iblis yang luka tanpa bayaran
Wallahu Alam....
saya tak pasti samaada cerita diatas benar atau dongeng. Any comment??
Wednesday, April 23, 2008
Apakah BN Benar benar Ingin Membantu Rakyat ?

Saya sempat berbual dengan beberapa seorang Orang Kuat Umno Kemaman, yang menyatakan bahawa dia merasakan hanya BN dan umno yang memperjuangkan kesejahteraan dan hanya umno yang bole membantu rakyat Malaysia. Dia juga berkata rakyat patut bla...bla...bla.... bla.....
So aku tersentak sejenak kat kedai kopi Hai Peng, memandangkan masa tidak mengizinkan aku terpaksa pergi tanpa mendengar kutubah mereka sampai habis. semasa kat pejabat sempat buka akhbar on line utusan meloya. tertarik dengan berita yang mengatakan yang Datuk Lee Kah Choon menerima jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang. Susulan berita itu Presiden Gerakan mengeluarkan kenyatan akan menghantar surat tunjuk sebab atau mengambil tindakan terhadap Kah Choon. Koh Tsu Koon juga berkata tindakan Guan Eng KM P.pinang melantik Kah Choon bermotif politik. Kah Choon hanya pengalaman sebagai peguam tidak layak menjawat dan tiada pengalaman dalam mempromosi pelaburan di sektor perindustrian.
Sekiranya Tindakan Guan Eng tidak bijak apakah bijak tindakan Pak Lah melantik Kah Choon sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan dlm kabinet 2004 -2008? apa kena mengena kesihatan dengan peguam? Manakala Koh Tsu Koon juga mengumum antara calon untuk KM P.Pinang juga Kah Choon. Sekarang siapa yang kurang bijak? Manakala Najib pula berkata tindakan Kah Choon bertentangan dengan prinsip parti.... Apa prinsip ?? tidak boleh membantu kerajaan pembangkang? Apakah pula pengambilan komisen dalam membeli peralatan tentera terdapat dalam prinsip party BN ??
Sekiranya kerajaan BN/Gerakan ingin membantu rakyat dan memajukan Pulau Pinang seharusnya mereka menyokong salah seorang ahlinya menjawat dalan kerajaan Pakatan Rakyat
untuk kemajuan Pulau Pinang amnya. Apakah Motif Gerakan ? Adakah ini arahan Pak Presiden BN ? Adakah mereka ini tidak mau melihat rakyat P/Pinang maju dibawah pembangkang ?? BN/UMNO/Gerakan sekarang mungkin sudah takut melihat kerajaan Pakatan Rakyat yang begitu telus, mesra rakyat, dan tiada diskriminasi ideologi politik dalam menbantu rakyat P.Mutiara ini
Latest news diterima
Akibat tekanan yang diterima & tindakan yang bakal diambil terhadap Kah Choon, beliau telah melepas semua jawatan dalam gerakan. Gugur lagi seorang pejuang pasukan komponen BN yang
gugurnya diatas sikap angkuh dan sikap tiada kerjasama antara mereka.
(Untuk makluman jangan hubungi Kah Choon buat masa ini beliau sibuk dengan urusan kerja)
Apakah ini perjuangan yang dilaung-laungkan kan BN untuk membantu rakyat, Sekiranya sesama pemimpin pun tak bole bertolak ansur inikan pula nak membantu anak anak mamu dan mami.
Seronoknya melihat pergolokan yang membuka pekung didada mereka sendiri.
hashim230408
Tuesday, April 22, 2008
Al-Fatihah untuk Keluarga Dr Norlida

| |
KEMAMAN - Misteri kehilangan Zaiton Muhamad (gambar), 55, sejak seminggu lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di Bukit Taka, Ibok di sini malam tadi.
Mayat mangsa ditemui pukul 9 malam tertanam di kawasan penanaman pokok naga selepas sepasang suami isteri yang ditahan polis menunjukkan lokasi mayat itu.
Sebelum penemuan mayat tersebut, kereta milik mangsa yang berasal dari Chukai itu, turut ditemui kemik dan ditanam separuh bahagian badannya di tapak semaian pokok bunga di Kampung Mak Chili.
Jarak antara tempat mayat Zaiton ditemui dengan keretanya ialah kira-kira dua kilometer.
Penemuan kereta yang dipercayai
Anak mangsa, Norliana Ariffin, 25, mengesahkan penemuan mayat ibunya.
Beliau berkata, sebelum itu lebih 100 orang ahli keluarganya dan sahabat terdekat 'berkampung' di Cherating sejak malam kelmarin untuk menjejak ibunya.
"Tak sangka akhirnya mayat ibu ditemui di tempat lain yang kami tak jangkakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Chukai di sini.
Kosmo! kelmarin menyiarkan misteri kehilangan Zaiton yang juga merupakan pemandu van sekolah Rabu lalu selepas kali terakhir dilihat membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya kira-kira 10.30 pagi hari kejadian.
Menurut Norliana, pelbagai usaha dilakukan sejak kehilangan ibu mereka itu termasuklah mengadakan solat hajat dan menggunakan khidmat bomoh untuk mengesan lokasi ibu mereka."Sudah banyak tempat yang kami pergi untuk cari mama termasuk sehingga ke Bukit Besi, Dungun dan Gebeng, Kuantan," katanya.
Norliana berkata, polis memberitahu sepasang suami isteri yang menyewa rumah sewa ibunya sejak tiga bulan lalu ditahan semalam.
Katanya, beberapa hari sebelum hilang, ibunya pernah melahirkan rasa bimbang kerana rumah sewa itu kerap didatangi orang yang dipercayai datang mengutip hutang daripada suspek.
------------------------------------------------------------
AlFatihah kepada keluarga En Arifin bekas Guru dan seluruh ahli keluarganya keatas kehilangan Puan Zaiton. Moga moga rohnya dicucuri rahmat. Insyaallah penjenayah akan menanggung siksaan di dunia & akhirat. Amin.
Saya mengenali Arwah dan juga salah seorang anaknya. Kesedihan yang kita rasakan lebih perit kepada keluarga mereka yg kehilangan ahli keluarga mereka.
Aman kah Malaysia, Selamatkah Malaysia, Makmurkah Malaysia ????
Sunday, April 20, 2008
KJ Hang kata hang terror.....

Minggu ni semasa duduk depan PC aku just tengok web site FIFA masa melayari web just tengok ranking Pasukan pilihan aku semestinya England. so just tengok tengok la retek pasukan Kebangsaan kita ada kat mana. Setahu aku dalam ranking 156 begitula rasanya.
Tetapi mungkin lagi baik maklumlah orang yang sekarang ni Under pengurusan baru dan kepala Muda. lebih lebih menantu PM yang memegang jawatan vice presiden.
Tetapi alangkan terkejut kedudukan pasukan Malaysia dalam ranking 170 dalam dunia. Kedudukan last sampai 202 dikongsi oleh beberapa negara yang langsung tak kita kenali.
Kalau dilihat sejak ranking ini diperkenalkan inilah tangga yang paling tercorot pernah Malaysia duduki. Sekiranya perbandingan dibuat antara Indonesia (Tangga 132), Myamar (164) & Singapore (129) Thailand tidak tengok kerana bukan tandingan malaysia lagi...
Negara negara Africa contoh Ethopia yang miskin tu pun lagi baik dari kita. Mengapa mereka mampu membawa jurulatih asing bartaraf dunia??
Link :
http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/compare/compareteams.html#g=m&t1=MAS&t2=MYA&t3=IDN&t4=SIN&fm=8&fy=1993&tm=4&ty=2008
Melihat trend pengurusan KJ sekarang lebih kepada mencari Glamour dengan mambawa Pasukan Giant ke Malaysia seperti MU, CHELSEA, dengan menganjurkan CYCcup tidak menampakan sebarang kejayaan untuk Negara. Akhirnya kita disajikan dengan perlawanan pertunjukan yang berat sebelah atau untuk Pasukan Giant sekadar memanaskan kan badan.
Dengan penajaan untuk membawa giant2, apakah lebih baik digunakan untuk kegunaan yang lebih memanafaat pasukan Bola Negara atau pembangunan bola sepak remaja.
Perlukan menghantar pemain melancung selama 2 minggu dengan pasukan giant...Ilmu apakah yang mampukan mereka mengutip selama 2 minggu?? Bagaimana pula dengan pemain yang pernah dihantar Akmal pernah ke German, Titus Palani pula ke France apakah hasilnya?
Pernah ke FAM menbuat kajian atau feedback kejayaannya??
Apakah sememangnya Malaysia tidak mampu melahirkan pemain berkaliber?
Aduhai KJ sudah sembilan bulan ko dah jadi timbalan presiden tak mampu buat apa apa ke?
hari tu sibuk dengan pilihanraya sekarang ni jaga bapak mertua takut tercicir dari jawatan ke ??
KJ oh KJ........
HANG KATA HANG TERROR..........
hashimhabeed.blogspot.com
120408
Antara PakLah, Ceupec & Akhbar Sapa yang Bohong
So sapa yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ??
SusPect pertama
A. Paklah memang terkenal sebagai seorang yang sering mengeluarkan kenyataan yg mengelirukan malah memang pemimpin yang mengelirukan rakyat khususnya. antara kenyataan tentang tarikh pilihanraya, jambatan bengkok, tentang family business dan pelbagai.
So disini bole dikatakan suspect utama mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
Suspect Kedua
B. Presiden Ceupec Omar Osman so far tiada kenyataan2 berunsur mengelirukan ahli Ceupec
so tiada charge dikenakan
SusPect Ketiga
C. Akhbar & Media Nasional Ini lagi satu jenis propaganda KERA jaan untuk totaly mengelirukan dan meng confuse kan rakyat jelata. 90% berita memang tidak bole dipakai langsung. Kenyataan akhbar sentiasa diputar belitkan.
Ini lagi suspect Utama.
POLL OF THE DAY
Siapa yang mengelirukan tentang Pegawai Kerajaan bole bersara umur 56 - 58 tahun
A) Pak Lah
B) Presiden Cuepec Omar Osman
C) Akhbar & Media Nasional
D) Entah la malas nak mikir
Salam
http://hashimhabeed.blogspot.com/
BPR BADAN BEBAS

Lapuran akhbar semalam hari ni mengatakan BPR telah menghantar lapuran untuk menjadikan BPR sebagai badan bebas sepertimana ICAC (independant commission against corruption) kiranya suruhanjaya Paklah eh...eh.. Suruhanjaya Bebas.

Apakah perbezaan suruhanjaya ini dengan suruhanjaya yang lain. DiMalaysia ni terdapat banyak dah Suruhanjaya. Tetapi perlukan rakyat Malaysia menerima satu lagi Suruhanjaya sekiranya ianya mengikut kehendak Pemerintah BN yang sedang berkuasa dan Gila Kuasa? Sebagai contoh suruhanjaya Pilihanraya akhirnya menjadi Puppet BN, Dan sekiranya Suhuranjaya Kehakiman yang sedang didraf oleh Zaid Ibrahim ini pun bakal menjadi "Kambing Hitam" rasanya sekarang anda faham kenapa Zaid Ibrahim dilantik menjadi Menteri.
Rata Rata rakyat setuju dengan penubuhan suruhanjaya bebas ini akan tetapi sekiranya terdapat Inteferance dari KERA jaan Bn dalam menentukan keputusan maka suruhanjaya tidak menjadi Suruhanjaya Bebas tetapi
SURUHANJAYA BARUA.
hashihabeed200408
suruhanjaya bebas rakyat
Saturday, April 19, 2008
Apabila singa menyebut nama ALLAH
kita yang berakal pun jarang mengingatinya........
Friday, April 18, 2008
LESEN & CUKAI JALAN ONLINE
Sesuatu yang agak menarik. Bila terbaca keratan akhbar mengatakan sekarang
untuk road tax dan lesen motor & kereta bole buat online menurutnya lagi services ini disediakan oleh myeg (my e- goverment)
bagaimanapun services charge sebanyak Rm 2.75 dikenakan setiap kali mengunakan online service ini.
Road tax / lesen ini akan dihantar melalui pos (courier) kot dan juga dikenakan charge Rm 6.00 untuk Lembah Kelang, Rm 8.00 untuk Semenanjung Malaysia dan Rm 10.00 utk Sabah dan Sarawak. Tempoh berapa lama untuk penghantaran tidak dinyatakan. Untuk detail bole klik kat sini
http://www.myeg.com.my/
_______________________________________________________
Rasanya ok tapi untuk aku guna services ini mungkin tidak...
Nak Bayor Rm 10.75 services charge dgn courier mungkin tidak.
Kalu pergi sendiri free dapat terus road tax. Ni kalu road tax hilang dalam perjalanan mau hancur lagi Rm 50.00 untuk reprint copy.
Pemain Simpanan Pasukan BN
Soure : Utusan Meloya
Maznah Mazlan, Abdul Rahim Bakri, Lajim Ukin diumum timbalan menteri baru
![]() |
| Maznah Mazlan, Abdul Rahim Bakri dan Lajim Ukin |
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata, mereka yang dilantik ialah Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
Pelantikan tersebut berkuat kuasa selepas mereka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Rabu ini.
Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.
Abdul Rahim merupakan Ahli Parlimen Kudat manakala Lajim ialah Ahli Parlimen Beaufort.
Maznah pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Pahang.
Maznah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang.
Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Maznah sebagai Ahli Dewan Negara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Mac lalu Ahli Parlimen Kalabakan dari Sabah, Datuk Ghafur Salleh melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala dua lagi Ahli Parlimen menolak tawaran menyertai pentadbiran kerajaan.
Mereka ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar.
------------------------------------------
Datuk Maznah MP Muadzam.... Orang muadzam pasti ketawa dengan seorang lagi kaki kelentong diturun kan kepadang .....
Wednesday, April 16, 2008
Setan 3 Zaman

Tersebut alkisah 10 tahun duluuuuuu
Kisah sekor chief setan yang merayau rayau melihat
para para setan setan gondol membuat kerja........
sampai di satu tempat lalu bertanya la dia....
chief setan : " Lo amacam kerjo kamu ?
setan jr :" Kena kerja kuat boss kat sini semua orang kuat agama,
semua orang kuat sembahyang. berpuasa boss"
chief setan : "Ok so aku mau kamu kerja lagi ... mesti mau kerja keras"
setan jr :" Ok boss...
Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya ........
Selepas 5 tahun datang kembali Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja...
chief setan : " Joe amacam kerjo kamu ?
setan jr :" Ok boss kat sini semua ok so far so goood boss"
chief setan : "Ok so just keep it up"
setan jr :" Ok boss...
Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan gumbiraaaa........
Sekarang datang lagi tahun melawat maka kembali lagi Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja...
Lalu amat marah Chief setan melihat para para setan sedang syok tidoooo
chief setan : " Hoi !!! ini kerja kamu ye menbuta aje.....
setan jr : " errr tak boss kami ... kami.. sebenarnya
chief setan : " apa cakap sekarang "
setan jr : "Sebenarnya mereka lebih jahat dari kita orang boss
perangai dia orang pun mengalahkan setan dah boss. Sekarang tak payah goda mereka dah boss"
Maka pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan lagi gumbiraaaa........
Misi Berjaya
Moral " Lu orang ada otak lu pikir la sendiri "
Aurat Wanita
Aku terima satu mail dari Yeop office mate aku yang mengandungibeberapa keping gambar.... satu keping aku posting kan dekat sini
tujuan aku bukan untuk memalukannya tetapi sekadar memberitau apa yang salah
Apa itu Aurat ?
AURAT ialah perkara aib atau keaiban dan jika dikaitkan dengan bahagian badan manusia adalah bermaksud bahagian badan yang dianggap tidak baik dan memalukan jika didedahkan kepada umum
Aurat Bagi Wanita ?
Aurat wanita pula ialah seluruh badan bagi wanita bebas kecuali muka, dua tapak tangan di bahagian atas dan bahagian bawahnya
Hukum menutup aurat itu bagi wanita ?
Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya . Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka. Pelbagai dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.
Siapa yang Bole melihat aurat wanita?
Surah An Nur ayat 31
"Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan."
Antara Kesalahan kesalahan yang sering berlaku
Tujuan Tuntutan Aurat
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membuang bayi luar nikah dll.... Syaitan juga mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
Jazakallahu Khairan
hashim
16/4/08





