Kisah sekumpulan gadis sedang bersembang sembang
Watak
1. Gadis 26 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang
2. Gadis 24 tahun bujang (sedang dilamun cinta)
3. Wanita Berusia 35 - 38 tahun berkahwin dan mempunyai ? orang
4. Aku (Spy Leman)
Gadis Kahwin : Shim ko tak jual prepaid sekarang ?
Aku : Skarang ni kurang sambutan dah lepas ko kahwin jualan top up aku merosot. Skarang ni cuma *Nama* (si Anak dara) je yang beli tu pun tak banyak.
Gadis Kahwin : Ye la sekarang aku pakai pun tak banyak sebulan cuma 10 - 20 ringit je
Gadis Bujang : Ketawa sambil menaip SMS mungkin dari pakwenya. I pakai tak banyak sebab si dia tolong top upkan..
Aku : Dulu ko punya belian Top up mencecah ratusan ringgit kayo aku kejap.

Gadis Kahwin : Ya la tu dulu masa belum kahwin si hubby aku tu sebelum kahwin kejap kejap sms kejap kejap sms, satu hari sampai 40 - 50 sms dari dia. Kalau dulu aku tanya dia .. dia reply dari hujung kaki ke hujung rambut dia SMS sampai letih aku membaca. tapi skarang 3 - 4 kali aku sms dia cuma reply "K" tak sakit hati bakpe?
Gadis Bujang : Ye ke ?
Gadis Kahwin : Kalau dulu masa lunch dia ditanya " Yang U nak makan apa" Skarang ni apa dia tapau makan aje, Jangan banyak tanya nanti dia jawab "Beli Mujur". Dulu kejap kejap Lap You kejap kejap Miss You, pergi toilet keluar dah miss you dah... Skarang nak cakap I Lap you pun tergagap gagap.
Aku : Hek Ellleh ko bohong kot aku tengok *Name* (Suami) Ok je...
Gadis Bujang : Ye la tengok dia pun Romantis gitu....
Gadis Kahwin : Memang ko akan sokong lelaki... Aku dengan dia ok happy lagi cuma aku hairan kenapa lelaki selepas kahwin berubah begitu sekali .....
Wanita : Aleh .... dia dah dapat apa yang dia nak (cuba force kearah mengapi api kan perbualan)

Saya beredar dari tempat kejadian dengan 4 ribu soalan. Kenapa lelaki berubah selepas berkahwin ? Apakah sayang & caring Hormon berkurangan selepas berkahwin? Korang perasan tak sesetengah suami bawak kereta anak duduk sebelah wife kat mana ? kat belakang beb... Ingat Mem besar ke ?
Kawan aku kalu wife dia call jawapan " Em... Em.... Arh? .... Em Em.. cut the phone ... tapi kalu aweks call biar pun tungggakan kad kredit punya call " Hello ... ye saya .. baiklah ... saya cuba .... ok .... bye..... Apakah Faktor wanita telah menguasai diri suami sehingga Lelaki hilang caring and romance lepas kahwin ??
Aku tidak pasti pasal aku kerana aku tidak bercinta dengan wife aku. Kenal pun lepas angkat nikah... Semua diaturkan oleh Orang Tua aku. Makin lama aku kenal dia makin dalam cinta aku rasanya...... Hopefully forever !
(Mungkin kat catitan di atas kerana wife aku berada kat belakang aku ni sekarang?????)